Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Apakah?
Friday, March 30, 2012 @ 10:06 PM


Bismillah, salam.


"Afiqah, air sejuk dalam peti ais siapa punya?"


Telefon yang digenggam dalam tangan dijauhkan dari telinga.


"Orang punya. Jangan minum, setitis pun. Jangan."


"Sikit je, sikit je."


"Ah, takde. JANGAN."


xxx


"Hang minum air orang ke?"


"Tak, abg mir tak suka minum air orang lain lah."


Oh please.


xxx


Kini saya benar benar tahu yang mana kawan, yang mana lawan. Kawan, kawan baik, kawan selamanya. Tu semua berbeza. Saya mempunyai kawan. Saya mempunyai kawan baik. Saya juga mempunyai kawan baik selamanya.


Dulu dianggap seorang kawan baik selamanya, saya ditipu. Ditipu hidup hidup. Eh yelah, takkan tunggu ajal datang baru dia nak tipu pulak. Terus saya dah tekad.


"Dia bukan lagi best friend forever aku"
Terus dalam otak dah tanam kata kata tu. Biasa. Kena sekali, baik saya masih boleh terima. Dua kali? Saya taknak menyesal, saya bersabar. Tiga kali? Ah, kali ni kata putus. Not anymore. Sungguh saya katakan, dalam waktu tu saya buntu. Patut ke saya percaya orang yang macam ni?


Lantas selang beberapa hari, rasanya semua dah balik seperti biasa. Perselisihan faham, pergaduhan, saya dah membesar. Mungkin sedikit matang, saya boleh tahu, pergaduhan dan perselisihan faham dengan rakan rakan itu kan lumrah hidup. Tak gaduh, nanti takde apa boleh buat menjadi kenangan dan boleh buat bahan ketawa bila besar. Kan?


Cuma, buntu tetap buntu. Otak kata, "dia mmg bukan bestfriend kau lagi, kau jangan terlalu baik. nanti orang pijak kepala kau." 


tapi hati? "kau sayang diorang, jangan ikut ego. kau putus kawan dengan salah sorang, sama macam kau putus dengan semua. sendiri menyesal nanti, kan susah? buang ego jauh jauh."


Saya taknak menyesal. betul, segalanya berubah sejak keputusan yang saya ambil tempoh hari. memang lah saya tak kata, "oke korang aku taknak kawan dengan korang dah. go die leave me dont touch me" eh apa kau ingat aku gila!? lagipun, aku macam terasa kesunyian sikit sejak kebelakangan ni. tak tenang, dan sebagainya.


Kitorang memang kawan macam biasa. Perbezaannya cuma rehat tak sama sama, gelak tak sama sama lagi.


sudah, saya dengar kata hati. Saya buang ego jauh jauh, saya taknak menyesal. Kata best friend forever? Tunggu hanya ajal yang memisahkan kita semua kan? Tup tup. Saya macam teringat balik, Ya Allah, sorang kata pasal tu, sorang kata pasal tu. Mana patut saya dengar? Tadah telinga? Setuju dengan orang tu dan orang ni? Saya rasa saya kejam.




Tikam belakang. Sungguh, saya taktahu nak percaya yang mana. Macam, otak kata "kau fikir baik baik. percaya mana kau ada bukti." hati, "kau percayakan dua dua je. mana lah tahu dua dua betul." eh hati ni, baik semacam je.


Kali ni, saya percaya kata otak. Saya dah ada bukti satu. Yang satu tu tipu. Baik, stop. Saya dah boleh bezakan mana satu batu api. Saya dah ada bukti tersendiri. Rahsia ni biar saya simpan. Sesiapa saja jangan tanya.


Semuanya dah kembali ke jalan yang sepatutnya (jalan yang sepatutnya gituewwww), saya seronok saya dapat rehat, makan, gelak dengan kawan kawan saya macam biasa. walaupun ada yang sikit tak betul, tapi biarlah. Saya taknak backup, campur tangan, gaduh, dan semuanya. Saya taknak disisihkan lagi, atau perlu buat keputusan bodoh buat berjulung kalinya. Biarlah pergaduhan dan perselisihan faham kita berakhir di sini.


Tamatnya riwayat perselisihan faham di antara kita di sini. Apa pun, kita selesaikan dengan baik, Insya'Allah dengan izin Allah cuma ajal yang boleh memisahkan kita semua, okay? =)


Berbalik pada kata ganti diri biasa, aku. Sebab nak buat speech sikit untuk rakan rakan seperjuanganku. Hak hak!


Zulaiqha, Shahzreen, Kamilah, Aisyah, Marsha, Athirah, Syaida, Amanda, siapa siapa je lah kawan kita kita niiiihhh, aku disini menyusun 10 jari tangan dan kaki, maafkan segala salah silap aku. Dari hujung rambut sampai hujung kaki ampunkan dosakuuuu~~~~ "Yang baik datang dari Allah, yang buruk dari saya sendiri" Maaf, selalu gaduh selalu campur tangan selalu keluarkan kata yang kureng diajer dalam twitter. Selamat hari raya, maaf zahir batin! HAKHAKHAK.




apa?


taknak maafkan aku jugak?


"Maafkan setiap orang sebelum tidur. Siapa tahu mungkin ini tidur terakhirmu."


don't make me ceramah here. Hakhakhak (gelak gedik) Macam sedih je kan post ni? T_T. (nangis ada taik lalat)



PAST
PRESENT