Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





A lot of fun.
Wednesday, March 14, 2012 @ 3:52 AM


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.


Sebelum nak buat pendahuluan bagi post kali ni aku nak cakap sikit lah kan aku sungguh bengang ketika ini. Eceh wah wah wah gituew. Aku sebenarnya tadi skype dengan Aisyah and Aliya lepastu secara tibatiba Skype macam dengan sengajanya jadi derhaka dengan kami bertiga maka, baiklah.... jalan yang terbaik adalah tutup skype tersebut! Bengang betul ah.


Baiklah, aku sedang berada di rumah Kak Min yang terletak di Semenyih. Kenapa aku rasa macam terlalu skema. Maaf, ok moving on.


Jadi tadi aku ke Tesco yang terdekat dan omaigod okay fine banyak nya baju yang buatkan mata sampai terbeliak hampir terkeluar. Ok tipu je, Sebenarnya nak cari baju tapi tak sempat :< Kitorang sampai kat tesco kira kira pukul 1120. Kitorang kena pergi amik Balqish dari sekolah pukul 12 maka kami sempat beli barang hanya dalam masa 40 minit. OK I REPEAT 40 MINUTES. Gila tak cukup masa. Nak naik escalator pun dah 2 minit. Lol


Yang aku sempat beli selama 40 minit dekat situ pun baju....baju tidur. Ok sebenarnya aku memang membelek belek baju lain tapi takde yang lawa. Yang lawa pun besar gedabak punya mmg kalau boleh bagi luas dada tu lagi. Lepastu ibu dtang sambil tunjuk baju tidur yang ibu amikkan. Aku pun malas nak tengok, cuma kata ok je. Alah, baju tidur je k. Nak lawa lawa buat pe.


Lepastu kami bayar dan terus ciao pergi amik Balqish.


Lepas amik balqish kami ke satu kedai tudung. Ibu yang ajak. Katanya nak beli tudung. Daa? Eh mesti lah dah kata kedai tudung takkan nak order nasi ayam pulak. Agak lama tunggu ibu nak membelek belek tudung, nak try lagi nak tanya lagi ok whatever. Aku terjah sekali cari kat belakang kedai, dah agak ada shawl. Amik warna kelabu terus letak atas kaunter. Malas aku nak try try. Sama je semua shawl.


Kalau mak aku macam aku, tak sampai 10 minit pun dalam kedai tu.


Jadi sambil menunggu ibu yang sangat lama nak membelek memakai mengetest meng apa lagi tudung. Aku, kak Nadia dan Balqish pun dengan riang dan girang sekali amik gambar macam kedai tu ayah aku yang punya.










Ini semua lepas amik Balqish dan nak otw pergi kedai tudung. Ok memang ah jap nak mengaku ni memang suka syok sendiri dalam kereta v.v Takda siapa kisah k, dah comel nak buat acane. LOL *muntah hijau* Tamo bash :p

Dan setelah sampai ke kedai tudung dan penat menunggu.......

















































Ok dah habis dah sesi tangkap gmbar dalam kdai. Okay memang gambar gambar kat atas sangat lah gila gila dan memang say whale (sewel) lah kan. Aha, biasa la bila dah bosan menunggu mak darew sekelian duk pilih pilih membelek, baik gunakan masa sebaiknya. Dan tahukah anda aku stop amik gambar sebab battery phone mat?! Eh kalau tak boleh sampai 100 gambar tau HAAHHAHAHAHA. Cut that crap. Gambar kat bawah lepas balik dari kedai. Penat.



Aku dah bagitau aku memang suka syok sendiri amik gambar banyak banyak. Ehe suka buat orang tersedak tercekik ter ter muntah ter semua ter la. Baiklah maaf maaf ye maaf.


Bila tengok semua gambar tadi balik ehe memang la gelak sensorang. Loqlaq.


Tadi bbm dengan kakak. Record suara send record send record send. Konon mcm cakap telefon lah. Hek eleh, ni namanya jimat credit! Tapi yang sedihnya, boleh bercakap satu minit sahaja dlam satu record. Nak cakap panjang2 boleh record 5 kali. Ahaks.


xxx


Esok aku akan pulang ke rumah. Ehe, dan dan dan eh tahu tak Tito dah besar?! *hyperbola* Seriously aku macam tak percaye je. Kihkihkih. Rasa macam nak lompat sampai atap rumah terangkat lol melampau tak?


Esok harap harap boleh ajak cousinku sekelian pergi ke Tesco. Nak beli baju k plssss nak beli baju. Asyik kuar pakai baju sama je, aku pun bosan. 


Betapa diriku tersiksa memakai spinecor ini. Sakit tau nak tidur asyik terjaga je pedih. Huh! *stress*



PAST
PRESENT