Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Dizzzzyyy
Monday, April 16, 2012 @ 11:23 AM


Bismillah, salam.


Jam 6 56 minit pagi, telefon bingit lagi berbunyi. Aiseh, kali ni memang dah pasti. Ini bunyi orang telefon. Tapi siapa? Hello, pepagi buta ni nak apa call gini?! Hey takde takde gua manada rompak rumah orang kepe. Eh jangan kau. Mata masih berat untuk dibuka. Telefon pula jauh nak dicapai. Kaki dan tubuh badan seakan akan berat untuk bergerak. Maaf lah siapa yang call tu, siapa suruh call awal awal. Memang tak terangkat lah gamaknya.


Lalu panggilan tersebut dibiarkan.


Bunyi lagi.


Dan lagi.


Alunan lagu Love Story - Edvin Marton dibiarkan begitu. Hello, lagi sedap nak tidur. Lagu pun dah cukup mendayu dayu nak kasik mengantuk tu bertambah. Ye, teruskan lah call cik pemanggil. Teruskan. Esok pagi saya bangun pandai lah saya mintak maaf buat alasan tak dengar. He he he!






Jam 130 ptg tu saya bangkit dari tidur. (jangan tanya kenapa lambat sangat wuahaha) Ha, ini lah masanya! Kena mintak maaf kat cik pemanggil tu. Cehwah. Dalam otak konon je fikir "Ni mesti Arisha yang call." Tapi bila check, 019xxxxxxx. Dah pelik dah pelik dah pelik. Alamak, siapakah? Soalan tinggal soalan. Mana mungkin sesiapa pun boleh jawab. Sedangkan aku sendiri tak tahu.


Misscalled sebanyak 18 kali.


Haisehman siapa pulak si pemanggil yang langsung aku tak kenal tu? Nak kata pernah nampak nombor tu pun tidak. Terus aku call balik. Agak agak siapakah gerangan tersebut? Jengjengjeng. Lek luu.


"Nombor yang anda dail, tak jawab panggilan kau!!!!!!! SAPE SURUH DIA CALL 18 KALI KAU TAK RETI NAK ANGKAT!"


Oke, bayangkan itu apa yang operator tu cakap. Hehe, siapa percaya tu confirm duk kat hulu. Tapi ye, operator tu cakap something like nombor yang anda dail tak jawab panggilan lah. Agaknya ini revenge dia nak bagi tak? Call balik 18 kali kang.


Tangan ada niat nak menggatal hantar sms jugak. Tapi macam terbatal pulak niat tu. Hello, dah lah tak kenal. Tak payah la. Kalau dia nak call, dia call.


Agak setiap 5 minit jugak dia call. pukul 656, lepastu 705, lepas  715.... Kesian kan. Maaf. Betul, maaf. Tapi awak siapa? Hantu? HANTU SUNDAL PAGI.


Misteri.


Anyway, lepas saya dah biarkan soalan tinggal soalan tu terkubur sendiri, pasal entah insan mana yang menelefon saya menggatai call pukul 7 pagi tu, saya pun bingkas bangun dari katil lalu laju tuala dicapai dan saya mandi dengan segarnya. Jangan fikir sangat saya ni ikut prinsip 'bangun lambat mandi awal lah. bangun awal mandi lambat takpe.' Tak pun sebenarnya.


Jam 3 ada exercise. Demi kesihatan! Cehwah. Itu lah paksa diri suruh mandi awal. Kalau takde exercise pukul 5 petang baru mandi kot. Wkwkwkwkw! Hoi. Jangan lah percaya sangat. Maka, jam 1 35 minit tu, mandi. Amik masa yang lama jugak lah mandi. Sekali sekali tu boleh cat toilet kasik lawa. Hahahaha tipu je.


Jam 147 pintu tandas dikuak dari dalam. Wah, leganya dah habis mandi. Terasa sejuk angin kipas menampar lengan. Rasa macam nak off suis kipas saat tu. Tapi itu kipas ruang tamu. Tak pasal pasal orang dekat ruang tamu tu baham diri ini yang tak bersalah. Uhuiii. 


Ha, lepas makan bersiap tonton tv dan sebagainya, tepat jam 3 baru berangkat pergi Petaling Jaya the place where i learn some exercise. For my spine................................ treng. Time on the way sangat sangat sangat rasa ketidak selesaan tu. Rasa sejuk rasa bahang rasa demam rasa selsema makin teruk dan yang paling kritis adalah pening yang tak mampu saya disini diskraib! Oho, describe. Betapa peningnya saya ketika itu.


Setibanya saya di tempat exercise tersebut, saya masuk dan jejak kaki ke tempat tersebut dan... pap! Quick question keluar, ceh ceh "Tak sihat ke?" tanya akak yang bekerja kat tempat exercise tu dengan ramahnya. Dah macam........ eh, is it that obvious?! "Ha, ha'ah." tawa kecil terkeluar dari kerongkong. Nak tunjuk betapa comelnya aku walaupun pening dan demam hampir datang menyerang. Jap, abaikan.


"Laaaaa, kenapa datang?" "Baru je pening. Hehe." (pls tak perlu bayangkan bagaimana caranya saya menyebut cara gelak hehe-bajet-comel masa depan depan wahahah) lantas kakak tu pun jenis memahami sangat, maka dia ajar saya exercise yang basic basic whichhhh tak lagi memeningkan kepala saya ni. Hehehehe me love that kakak so much.






Balik je dari tempat exercise, makin pening pun ade. Masa dalam kereta, wah jangan cakap! Saya dah rasa macam tak mampu bernafas. Kepala bahkan bagai berdenyut denyut. Tidur. Masuk ke alam kedua. Mimpi.


Sampai ke perkarangan rumah, tubuh badan yang longlai, bermula dengan kaki lalu keluar dari kereta. Menuju masuk ke dalam rumah dan pap! Laju, tubuh di labuhkan ke atas sofa depan tv. Kali ni benar, kepala berpusing. Sungguh, buat berjulung kalinya, masuk ke alam kedua lagi. Tidur. Dan mimpi.


Bayangkan, betapa peningnya tika itu, jam 4 aku tidur atas sofa tadi, jam 11 baru aku bangkit waktu malam tu. Itu pun sebab kepala terlalu pening. Sofa pulak basah disebabkan air mata aku yang jatuh berjuraian entah dari jam berapa tadi. Menangis nangis menjerit minta pertolongan abang mir. Ha, dia turun lepastu paksa suruh mandi.


Ah, i cant move you know!!!!! Cuba tenangkan diri. Lek kul (cool) la bro hekeleh pening kepala bajet macam kepala nak tercabut je. Over kan? Kihkihkih. Paksa diri juga waktu tu. Sampai jam 1120 gitu baru berjaya tenangkan diri duduk, lantas mandi. Abang mir kata, "Mandi tu lama lama sikit. Basahkan kepala bebanyak." Akur. Masuk toilet.






Memang, lama benar aku mandi. Hampir setengah jam dalam toilet. Ke dah lebih. Entah. Masuk toilet nangis jap sambil pegang kepala. Duduk dalam toilet, nangis nangis nangis. Entah kenapa saat tu terasa macam pening sungguh kepala ni. Tak mampu bergerak capai pembuka shower. Ah, setelah 6 minit lebih duduk situ menangis bajet baru putus cinta nak luah dekat toilet, gagah juga diri dan tangan bangun dan capai pembuka shower. Tereng!!!! Berjaya.


Duduk atas penutup jamban tu. Dah bukak shower tapi tak mandi. Tu lah namanya kebodohan yang tahap high maximum i dont know. Hahaha! Takde rasanya orang macam haku nih. Lama termenung dekat situ. 10 minit mungkin? Setelah itu baru bangun, basahkan kepala sikit sikit. Lama.


Lega.


Keluar toilet rasa better. Berkat air. Terlihat sekujur tubuh dekat ruang tamu. Solat. Itu abang mir. Baru nak jejakkan kaki ke tangga, ibu turun. "Makan ubat". Aku meneruskan perjalanan ke atas. Menyarungkan pakaian ke badan. Lantas turun ke bawah semula, makan nasi goreng ikan masin yang dibeli abang mir beberapa jam lepas, kemudian baru makan ubat.


Ubatnya besar. Tapi dah memang aku pun membesar dengan ubat pil, dah biasa lah. Diri ini tak mampu lihat ubat air. Atau akan termuntah sebelum makan pun. Ceh tipu tipu. Serious tak boleh makan ubat air. Muntah teruk. Lagi lagi ubat batuk. Stay it away from me.






Kak Wani suka sangat ubat batuk. Aiseh, seriously... Ubat batuk yang kaler hitam tu. Jangan kata korang pun suka gak. Baik jangan dekat dengan aku. Ceh takde. Huahuahua.


Esok tu Ahad bangun pagi dah sihat walafiat. Kahkahkah!!!!! Semalam over kemain kan. Dah okay dah. Heheh.


(seharian tu tak layan twitter pun. tak login langsung pun. pening sangat kan)


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ini cerita hari Sabtu. Ye harini hari Isnin. Sorry yerrrr, lupa nak publish tempoh hari. Baiklah. Tinggal beberapa minit je lagi aku harus bergerak ke sekolah. (masih belum mandi ni). Hehe *tutup hidung*. Entri ni boring sebenarnya tapi takpe lah. Kebosanan melanda dimana aku tak dapat nak tepis kebosanan tersebut. Takpe takpe.


Kena mandi ni. Lepastu makan dan bersiap. Assalamua'alaikum.



PAST
PRESENT