Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





=)
Thursday, April 5, 2012 @ 1:42 PM


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.


Ini merupakan post kedua saya pada bulan April. Ye, bermakna buat beberapa hari ni setiap post bakal bertarikhkan bulan empat. Baiklah, harini 5 haribulan empat maka hanya tinggal 21 hari sahaja lagi kakak akan pulang ke rumah dan menetap di sini selama 5 bulan dan setelah itu dia akan pergi blah balik. Ok hehehehe. Kakak mesti rindu gila dekat haku nih. Agak agak dia menangis berapa jam sehari disebabkan terkenang akan aku? Hehehe soalan tinggal soalan. Ewah.


Saya harini tidak meng-hadirkan diri ke sekolah huhuhu kerana saya malas sebenarnya.. Kerja rumah terlalu banyak dan menyebabkan saya ter-lebih tidur eh. Maksud saya tak cukup tidur *.* Entah lah saya pun tak berapa pasti tapi saya rasa saya mengantuk sebab terover tidur. Hehe.


Anyway to my kakak, nak bagitauuuuu ni i think you can delete my picture in your blog oredi lah kak *.*  tak berhijjab (gambar lama). ye kakak? Pesanan ringkas dari adik hang yang comel lagi cantik serta baik hati penyanyang dan berbagai nilai murni yang terselit dalam diri lagi. Kalau abang faiz baca boleh tolong pesan kat kakak sekali? Thanks. Wkwkwk


Aku sebenarnya nak cerita something yang gembira tapi nanti orang kata hape pulak. Ye lah org kita ni takleh tengok orang lebih sikit nanti ade la unsur tokok tambah kata aku belagak ke ape. Ewah jahat pulak mulut haku! wkwkwk sorry it was just a silly joke. Jangan amik serious la brader. Ala lu ni. Takde cerita happy pun.


Just nak cakap sikit sejak kebelakangan ni aku (jangan tanya lah kenapa kejap saya kejap aku. aku pun kurang tahu) rasa yang abang aku macam getting better. Lol no. Maksud aku dia macam semakin baik je dengan haku ni. Tak tahu lah pulak kalau aku yang bertambah baik dan dia pun macam nak jadi baik jugak. Ini adalah untuk mengelakkan ribut taufan di rumah! Ya. Tepat sekali. Hihihi. Betul, before aku jawab apa apa dia nak kata aku akan fikir masak masak dulu.



"Adakah soalan ini atau kata kata aku akan menimbulkan pergaduhan?"


Baik, kalau tak aku lanjutkan niat aku untuk bertutur. Kalau aku tak pasti aku diam jerrrr. Kot la nanti tsunami melanda tak tentu pasal aku yang menangis. Kahkahkah. Terkadang kalau dia marah aku diam dan lepas 2 minit kemudian kitorang dah okay. Lagi lagi kalau dia nak mintak something dekat aku lepas gaduh dengan muka tak malu. Hekeleh dia ni.


Selama ni kalau dia marah atau kami bergaduh kami akan berperang mulut dan bergaduh sampai akhirnya aku tahu aku yang akan kalah sebab dia je asyik menang *.* Tapi takpe, sekarang aku dah berubah dan dia pun dah berubah jadi kami sehaluan dan dan kami dah jadi semakin baik walaupun ada gak lah gaduh gaduh sikit.


Ala biasa lah lumrah hidup. Baru sweet gaduh dengan abang sendiri. Hahahhahaha. Aku nak cite lah jugak semalam punya semalam aku tidur dalam bilik aku tanpa diseliputi selimut (seliputi?) apa apa je lah. Sebab bilik aku ni kepanasan dia boleh tahan. Pergh bukan takat boleh tahan tapi memang tak berapa boleh nak tahan. Panas dia memang panas gila i tell you. Kalau korang memula duduk kat salji lepastu datang bilik aku dah macam korang pasang unggun api. Eh apakah.


Pada waktu aku tidur tu abang aku masuk dalam bilik dan tidur sekali dengan aku dalam bilik cuma dia tidur dekat lantai yang ofcourse ada tilam manakala aku mestilah atas katil. Huahuahua terasa diriku kejam dengan abang sendiri tak pelawa abang tidur atas katil sekali. Huu. Dia sebenarnya ada bilik sendiri yang sejuk lagi beku tapi tahukah anda mengapa dia tak tidur dekat bilik dia?


Kerana dia sayang dekat aku! HAHAHAHAHA.


Pengakuan dia sendiri whatttt. Dia kata dia nak jugak rasa betapa seksanya aku tidur di bilik aku nih. Panas dek api. Itu baru panas bilik. Belum ada matahari terik membahang atau panas neraka. Hah fiqah....


Esok nya aku terdengar dia borak dengan ibu tentang temperature bilik aku. Wahahaha! Dia beritahu ibu betapa timbul rasa simpati dalam dirinya terhadap aku yang perlu tidur dalam bilik sepanas sjvksubgg macam takde kipas. Bukak aircond macam takde fungsi. Serious aircond ni macam hape je. Time dia borak tu aku tengah tidur atas sofa tapi bila dengar dia bercakap aku macam terus tersedar tapi masih pura pura tidur. Kira curi curi dengar lah ni. Eleh.


Apa yang aku dengar dia kata adalah "Ibu, kesian kat fiqah. Panas bilik dia. Amir tidoq pun tak tahan." Bla bla bla. Dan tahukah anda apa respon ibu?


"Esok ibu beli aircond baru kat dia." (sekarang tak dapat lagi sebenarnya)






Keesokan harinya ibu ceritakan balik kisah tu. "Fiqah tau tak abg mir cakap kat ibu dia kesian kat fiqah. Tengok abg mir sayang kat fiqah." Tergelak haku dengar. Buat penat aku je curi curi dengar tapi ibu cerita gak. "Ibu rasa ibu nak beli aircond baru kat bilik fiqah. Aircond tu takleh pakai dah kan ibu rasa? Ibu ingat nak pasang harini tapi bilik fiqah bersepah sangat. Malu lah nak panggil orang tu."


Halah, kalau aku tahu ni aku dah kemas dah sebulan sebelum tu tau wakakakka. Apa lagi? Petang tu pun aku kemas blik. Bila call org aircond tu dia kate ape tah aku pun kurang pasti tapi yang aku tahu dia akan datang dalam masa terdekat. Hurm. Hwaiting!!


Apa pun aku sangat gembira tak terkata mempunyai siblings yang memahami wakaka. Tapi apa pun rumah ni akan lebih meriah gembira dan semuanya dipenuhi gelak tawa dan bising dan prgaduhan dan blabla lagi kalau ada kakak. Baru complete rumah ni =)




Takde jerit takde rakam suara takde keluar karaoke jalan jalan kalau takde kakak. Sebab tu tak best. Hurm, tapi kalau ada kakak pun kakak bukan bercakap dengan haku pun ==' Sindir ada lah. "Dalam blog kemain cakap i miss you kakak~" hish. Ahaks, tp dalam blog kakak pun dia kata "rindu adik2". Dah terang lagi bersuluh dia mmg rindu aku tu. Kan kan ^_^ Hehe.


xxx


Ini keluar dari topik. Aku nak paste something yang aku belajar dekat sekolah semalam.
"Kesimpulannya, kenalilah diri sebenar rakan rakan sebaya kamu kerana rakan membawa pengaruh besar dalam kehidupan kamu dan kamu tidak rugi sekiranya kamu kehilangan rakan rakan yang tidak baik."
Assalamualaikum. "Yang baik datang dari Allah, dan yang buruk dari saya sendiri"



PAST
PRESENT