Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





danish hakim
Thursday, April 26, 2012 @ 10:11 AM






Bismillah, salam.


Mata tu pandang awak memang nak bagi tembus. Memang rasa nak cekik je orang orang sekeliling. Eh eh.


Danish Hakim. Budak yang aku jaga (bukan aku, mak aku), sedang menuntut di... eh jangan nak menuntut sangat lah kan. Dia berumur 4 tahun sekarang dan dia belajar dekat tadika depan rumah aku. Itu bukan apa yang aku nak ceritakan. Mari kita start dari mula.


Dulu, ibu, kakak dan kak wani pernah kerja dekat taska depan aku ni. Taska tadika, ye dia gabung sekali lah. Okay, maka setiap hari lepas pulang dari sekolah aku akan pergi taska ni. Ye lah dah mak aku semua dekat sana takkan nak duk rumah sensorang je.... so masa aku selalu pergi sana aku memang sayang betul dekat danish ni. Dia nakal pun aku pujuk. Kau kena tahu aku ni memang penyanyang. Ho ho ho,


Okay, maka setelah beberapa hari aku ni layan danish macam anak sendiri... danish ni dah ngam dengan aku. Aku pergi mana konfem nak ikut. Aku pergi tandas pun menangis (tu dulu).


Dan pada suatu hari mak aku nak berenti kerja. Danish kami bawak sekali. Sebab dia memang takleh berenggang kan. Tapi tadika memang situ. Kira tadika belajar sana la. Tapi taska hantar kitorang. Kitorang jaga. Okay bukan kitorang, mak aku jer.


Bila Danish dah duk rumah aku mmg gaya macam rumah tu dia punya. Dah biasa. Nak baling kerusi ke nak gigit handphone aku memang lek je. Aku pergi keluar rumah pun dia tak nangis. Dah biasa. Entah apsal dekat taska tu dulu dia merengek macam hape je.


Aku ni pun boleh tahan jahat dengan dia. Cubit tampar tu biasa. Tumbuk tu belum lah kot. Terajang alhamdulillah belum. Tapi berhasrat pernah. Hahaha! Kidding je. Tapi aku tak pernah kurung dia dalam stor. Kau gila hape? Siapa je nak kurung adik/anak/budak dia mengasuh dalam stor? Tu gile.


Tak kisah lah betapa nakalnya dia. Aku nak kurung dalam bilik pun tak pernah. Inikan lagi dalam stor yang sempit dan penuh dengan habuk macam memang tempat pembuangan sampah tu je. Gile. Takkan lah kan.


Ha, ni lah ape aku nak cerita.


Taska si danish ni kan, penjaga dia memang aku dah lama tahu perangai macam mak mati suami. Kejam. Zalim! Rasa macam aku nak kerat badan dia 40 je (kalah mona fendi). Muka pun dah macam nampak sangat dia ni jahat dia ni jahat. Hehehe. Muka memang nampak muka jahat kot. Treng treng. 


Tahukah anda si penjaga ni kurung danish dalam stor dekat taska yang habuk boleh tahan lah kan, tilam kerusi semua dia taruk situ v.v betapa kejamnya ini penjaga..........you deserves my feet lah manusia. Menurut mak danish, danish dah banyak kali mengadu pasal pukul pukul tampar ape semua ni, katanya si penjaga tu lah pukul semua kan. Tapi mak danish anggap perkara tu kecik jer. 


Alah tampar, aku pun pernah. Cubit, aku pun pernah. Terhantukkan kepala dia dekat kereta, aku pun pernah. Eh opocot. Tu tak pernah! Ish. Tapi tiba tiba Danish mengadu dia kena kurung dalam stor. Ini serius. Ini serius! Tahukah anda kenapa dia kurung danish dalam stor?


Alasan dia terbaik.


Sebab danish merengek jerit "mama baba!"


Kot ye kalau danish tu pecahkan tingkap ke, tv pecah skrin ke, anak orang pengsan kena gigit dengan dia ke mcm alasan hebat lah jugak nak kurung kasi dia rasa sikit (ceh jahatnya aku) tapi, ni baru jerit mama baba dah kena kurung memang aku kurung penjaga tu dalam tandas rumah aku kang.


Tak pasal dapat dosa kering.


Macam jahat gile je aku dengar kurung anak orang dalam stor. I repeat, itu adalah bilik stor. Lainlah kalau bilik tidur ke, bilik yang ada aircond ke.... tu lain cerita. Kalau tu aku pun boleh kurung. Entah entah danish bukan nak keluar, dia pergi tidur dalam tu. Eh.


Meh kau aku kurung dalam stor. Ceh, stor aku dah penuh pun. Nak masukkan baby baru lahir pun belum tentu muat (pfth, adakah ini alasan kenapa aku tak pernah kurung danish dalam stor?) lol. eh kalau stor seluas alam pun takde punya aku kurung dia. Kurung kurung ni mana boleh tau.


Apa yang aku nak katakan bahawasanya penjaga ini memang macam kejam je. Hello, dia baru empat tahun tau. Bukan darjah satu nak main manja manja kurung dalam stor ni......... erm. Kenapa aku over. Tak, saja je nak cerita. Huh uhuh h uhsdugdjb vkdeg! Aku penat lah menaip. 


Moral of the story korang janganlah menggatal nak kurung anak orang ke anak sendiri ke adik sendiri dalam stor. Kalau korang pernah tu aku taktahu lah hahahahahaha. Aku takde adik jadi aku taktau macam mana stressnya ada adik ni. Kawan kawan aku semua macam stress je ada adik. Alah, jangan kata adik. Dengan danish ni pun kadang kadang aku rasa nak lari masuk hutan je melayan kerenah dia. Jujur kadang kadang aku yang selalu cari pasal v.v


Perkara paling teruk aku pernah buat kat danish pun...........tampar macam tu je kot. cubit. tendang tak pernah. baling roti kat dia sebab geram sangat dia asyik mintak roti aku je padahal aku dah beli dah roti untuk dia. aku lempang kang. heh.


Tapi ini pun danish cerita lepas banyak kali jugak kena. Itu pun danish yang cerita... entah apa lagi yang dia buat dekat danish tapi danish tak cerita? Ha. Soalan tinggal soalan.


Okay tamat cerita danish. Aku nak masukkan gambar masa karnival seni tempoh hari. Aku gabungkan dua gambar jadi takde lah banyak sangat nak masuk. Ada la banyak lg dekat fb;



Bersama guru guru tersayang.






 Bersama rakan rakan tersayang.


Bersama Fyza. 


Bersama Anis.


Bersama Hafiz.


Gambar selebihnya.


Gambar syok sendiri.


Sekian.



PAST
PRESENT