Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





die of laughter
Saturday, April 21, 2012 @ 4:38 PM


Bismillah, salam.


Beberapa hari lepas dalam kelas banyak sangat gelak. Sampai kadang kadang air mata pun jatuh laju membasahi pipi akibat terlalu banyak gelak sampai lupa dunia dan lupa bahawasanya cikgu sedang sibuk mengajar depan kelas. Eh ko jangan ingat aku ni fokus sangat dalam kelas tuh =')


Nak dijadikan cerita, waktu tu belajar BI. Tajuk summary. Itu sebenarnya tak perlu pun bagitahu tapi takpe, buat pengetahuan am. Jadik, belajar summary ni kira buat group lah. Dalam group aku sebanyak 6 org. Dan kami semua ni memang otak serba gila dan tak berapa nak betul. Wahahaha, ke otak aku je?


Oleh sebab belajar bahasa inggeris, kami dilarang bercakap dalam bahasa melayu. Ah, bantai je. Cakap perlahan lahan selagi cikgu tak dengar.


"Danial, bak pemadam."
"What? I dont understand pemadam, I understand eraser"


Ko ni memang mintak kaki betol lah Danial, Bila aku mintak lagi dia tak bagi pun. Eh menyirap betol aku dengan budak ni. Tapi takpe, sabar....... huahuahua.


"Danial, bagi eraser." Masih dengan bahasa Melayu. Sekadar perkataan 'pemadam' je ditukar 'eraser'. Ah, aku mana main cakap omputih walaupun main main. Dalam laman sosial je over. Kihkihkih.


"What? I dont understand eraser, I understand pemadam." Pungkoq. Terus bingit satu group kami dengan gelak tawa kami. Fuh fuh, korang diam sikit. Shhh, kita je paling bising sebenarnya tau. Hahaha. Bila diceritakan dekat sini tak terasa lawak. Tapi time gaya dia cakap tu memang muka takde senyum langsung. Bajet serious serious je.


Jugak, kami duk cerita pasal Dollah Hapak. Hahaha entah lah diorang nih, dollah hapak mana la diorang amik. Aku buat buat faham je. Kata mereka tu tajuk satu cerita. Aku tak pernah tengok tapi diorang buat lawak nya memang kasik pecah bontot dengar.


Ada ke patut kasi teka teki (lukis dalam kertas)


"Ada kereta ni, dia keluar asap *gelak* lepastu dia lalu jalan ni lalu lalu lalu (sambil tunjuk jalan dalam kertas) tiba tiba sampai jalan ni *gelak* kereta tu hilang. Cuba teka hilang kenapa? *gelak*" Mmg aku tension diorang kasi teka teki lepastu cerita cerita gelak cerita cerita gelak. Eh aku hempuk kang!! Hahahaha.






(bulatan merah tu dekat mana kereta mula hilang)

Aku dah duk memerah lagi memerah memerah, perah punya perah (otak)...lepastu asyik bagi jawapan;


"Ada lubang, kereta tu jatuh?" 
"Salah."


Lama sikit....


"Kereta tu jatuh lah."
"Salah!"
"Okay lah kalah. Give up give up. Apa jawapannya?"


Sebelum si pemberi soalan kasi jawapan sebenar, dia gelak dulu dengan kawan dia sekuat mungkin, gelak gelak punya lah kuat. Aku taktahu lah apesal. Aku tengok muka diorang gelak je, sambil tu bibir mengukir senyuman. Nak tergelak tengok diorang gelak. Lepastu jawapan dia....


"Kereta tu kena bom!! *gelak kuat*" Time tu aku dah rasa nak baling meja dekat kepala sorang sorang. Takde kaitan langsung dengan jalan dengan asap berkepul kepul belakang kereta tu. End up semua gelak sekali. Merepek.


Lepastu yang tak tahan lagi si Addina lukis gini lepastu dia tanya tu apa.


Lukisan pertama dia mmg blank. Tapi ada jugak jawab "Orang salji?" lepastu dia kata salah. Second attempt teka kura kura, tapi dia kata salah lagi. Sampai dia lukis hidung, memang dah tahu sangat itu binatang yang org selalu sebut bila tengah marah.


Babi.


Hahahahhaha!! Entah sejak bila babi berbentuk bulat.


And last but not least. Dia tanya.


"Ha, ni perempuan. Nama dia Sara. Ni perempuan jugak tapi nama dia Ali. Cuba teka kalau diorang bercampur jadi apa?"
"Pondan!!"
"Salah. Jadi Sarali."


=="


Boleh gila =='


Ya, hari hari kami gelak. Hari aku makin bertambah ceria. 


Hilang satu, datang seribu =)


Walau rasa rindu dan sayang masih berbaki.


Tapi biarlah.


Hidup baru.


Assalamualaikum.



PAST
PRESENT