Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Enam hari lagi
Friday, April 20, 2012 @ 8:31 AM


Bismillah, salam.






Subuh gajah dah lama berlalu. Jam 708 minit pagi aku tersedar atas sebab jam telefon ibu yang berbunyi bising waktu tu. Ah, kacau lah. Tibatiba terasa sukar nak paksa diri tidur semula. Bingkas bangun dari katil. Menunggu  kereta Wira milik ayah meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah.


1...


2...


3...


Zaap! Kereta Wira milik ayah dah lagi tak kehilatan. Kaki berlari lari anak menjejak tangga satu persatu. Sampai ke bilik ayah.. Yes! Awal bangun, ada lah chance nak main komputer lama lama. (tujuan tunggu kereta ayah pergi dan bangun awal nak main komputer semata mata) Aih, kalau aku sebuah komputer konfem rasa terharu tak terhingga =') (tibatiba)


Laju jari menari nari atas papan kekunci komputer (eeuw, skema nya!) melihat dashboard blog tanpa berkelip. Siapa lagi update.. siapa lagi update... ah spoil. Ingatkan kakak atau kak Wani nak update blog. Tapi tak pun.. Haiss.


Hati kata sabar. Relax dulu. Enam hari lagi, bukan lama lagi pun. Pejam celik pejam celik, hooray harini hari Khamis. Malam bertolak. Esok jumpa kakak. Pergi bercuti. Jalan jalan. Lepastu, pulang ke kediaman rumah semula. Terasa masa bergerak lambat. Menunggu 6 hari tiba bagaikan 6 bulan. Eceh tipu tahap tertingi.


Dalam tak dapat sabar menunggu ketibaan 26 April, rasa SABAR sikit tu pasti ada. Sebab takut segala perancangan dibatalkan tiba tiba. Ada kejadian apa apa yang terjadi ke? Siapa tahu perancangan Allah kan? Cuma mintak semuanya berjalan dengan lancar! Yezza.



Ya, bercadang nak pergi Langkawi.

xxx


Abg Amir akan gerak ke gunung datuk malam ni. Atau petang. Entah lah, aku kurang pasti. Yang aku tahu, gunung datuk tu pendek je. Abang Mir pergi atas sebab nak jaga budak budak form 1 dengan form 2 yang pergi tu. Kiranya dia senior dia kena merangkap seorang penjaga tegar dekat situ nanti. Wahaha. Itu pun atas arahan cikgu dia.


Okay, ape ape je lah. Drop the subject. Taknak bercerita pasal gunung ganang. Aku daki gunung pun tak pernah. Haisssss, layan perasaan kejap.


Anyway, to Balqis, Abg Mir, Kak Sha Najihah, and semua semua yang pergi ke gunung datuk (yang pendek) tu, hehehehe sebagai permulaan yee. Jaga diri elok elok. Semoga Allah tuntuni langkah kalian semua. Takde jatuh ke apa. Dengar cerita gunung datuk banyak hantu. Ehem, ehek ehek ehek. Baca doa banyak banyak!


Seram.






xxx


Semalam, setelah pulang dari sekolah, tiba di rumah terdapat satu berita yg seriously buat aku terkejut sampai nak terkeluar biji mata bila baca. Ya Allah.... apa lagi ni. Terus berdoa dan terus berdoa.


Fazdzikri.


Fazdzikri kena kemalangan sikit dekat kaki waktu main bola semalam. Tulang kaki hampir hampir keluar dari kulit (info ni dpt dari kamilah) Please pray for him. 


Ya Allah.... 


Get well soon, Fazd! =)


xxx

Anyway, keadaan makin rumit sekarang. Rumit dan terus bertambah rumit. Terkadang bila kami diam, ada yang bangkitkan semula hal ni. Masing masing tak boleh diam, memang lah masalah akan semakin besar, kan? Takpe, masih ada kesabaran tebal dalam diri. Bila ia gugur satu demi satu, apa jadi? Entah. Perancangan Allah siapa tahu. Aku duduk sini, terus bersabar. Apa dia nak buat, biarkan. Kita buat sikit, salah. Kesalahan sendiri, satu pun taknak cari pulak. Tapi takpe, aku amik perkara tu sebagai satu teguran. Terima kasih. Kita kan kena saling nasihat menasihati kannnn (-_-)
"Tak ada orang perfect dalam dunia ni. Kalau nak tunggu seseorang yang sempurna utk tegur, maka takkan ada yang menegur"  
Aku nak minta kita semua stop kan perbalahan dan drama drama kita dekat sini je boleh? Penat. Sungguh, penat. Nak memerah otak nak kasik ayat pedas ke apa, nak memerah otak kasi explanation bila ada yang salah faham atau tuduh melulu tiba tiba. Hahaha. Penat nak bergaduh tanpa sebab yang munasabah.


And yes, minta maaf ye dekat bekas bekas sahabat perjuanganku =) Terasa dengan tweet ke, terasa sakit hati dengan aku dari awal ke, terpendam apa apa dalam hati sejak pertama kali kita jumpa ke? Lupakan lah semua tu eh. Anggap semuanya dah berakhir. Anggap je tak pernah kenal aku. Senang kan? Tak perlulah kita panjangkan lagi hal ni. Kita tak payah update apa apa lagi dalam twitter tentang pergaduhan ni. Biarlah tersemat je dalam otak. Biarlah kita anggap kita tak pernah kenal, anggap aku ni orang asing yang tak pernah korang tegur. 


Senang. 


Dripada saling kutuk mengutuk, terasa, sampai bila pun tak habis kan. Penat tau. Tapi terserah korang, nak hentikan semua atau nak terus menerus sebarkan nama aku dekat org. Tapi janji aku, aku tkkn bahaskan soal ni lagi. Kalau terasa dgn tweet aku, sorry. Tp janji aku, aku tkkn update apa apa psl korang lg. End of story. Sorry atas semua aku buat sakitkan hati korang dari sejak awal kita kenal. Mari sama sama kita lupakan segala kenangan pahit dan manis kita. Orite! :D



End of drama, please. =)


(anyway sorry ni bukan bermakna boleh-kita-get-back-macam-dulu? tak, ini aku-nak-stop-drama. buat lah macam tak kenal aku. yes, kita tak payah tambah dosa kering sama sama.itu jee. dah tak dapat pahala takpe, jgn kita nak tambah dosa tiba tiba. kita diam. pahala tak dapat. dosa tak dapat. kan bagus. heheh. nak dapat pahala cerita lah kebaikan aku dekat orang. hahaha ok tu kena tunggu 10 tahun lg. ekkk)



PAST
PRESENT