Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Kisah chewing gum.
Sunday, April 1, 2012 @ 2:42 PM


Bismillah, salam.


Semalam, macam biasa saya pergi buat fisio terapi. Ha, masa tengah buat ni kena baring. Lepastu masa tu saya tengah kunyah kunyah chewing gum. Dalam hati teringat 


"makan chewing gum ni selalu teringat masa aku 6 tahun dulu. sekarang mana ada tertelan chewing gum dah. ish, dah besar dah aku." lol.


Dan dan tuh juga, si akak physio ni suruh tarik nafas hembus tarik nafas hembus. Aku pun buat lah, tuppp tertelan chewing gum. Ish, masin betul lah hati aku ni. Baru je tadi cakap tak tertelan, boleh pulak tertelan balik. Halamak, dah gabra dah gabra. Aku pun pergi lah minum air masak. Ok, now aku nak cerita kisah waktu aku 6 tahun dulu. Masih kecil, when things were still cute and cuddly =p


here it goes;


Suatu petang di kampung, aku dan..... (gituewwww), suatu petang waktu tu aku abang serta saudara mara kecik kecik yang lain sedang bermain sakan di luar. Setelah itu aku terlihat abang aku sedang mengunyah 'gulagula'. Aku pun minta. Permintaan pertama abang aku hampir bagi, tapi dihalang kakak. Terus abang mir batalkan niat dia untuk bagi aku 'gula-gula' tu.


Kakak cakap, aku ni kecik lagi. Tak boleh makan chewing gum. Sungguh, waktu tu aku taktahu apa beza chewing gum dengan gula gula. Aku pun mintak lagi dekat abang mir. Kali ni abg mir bagi, dia kata "Dah la, bagi je lah." Lantas aku terima lah chewing gum tersebut dengan hati yang girang. Ehehehe.


Kakak lapor kan perihal tersebut pada ibu disaat aku hampir habis mengunyah chewing gum tu. Ibu jerit dari dalam rumah "FIQAH!!!! JANGAN MAKAN SHINGGAM (CHEWING GUM) TU!" Aku dengan seronok lagi happy lagi selamba badak je jerit "Ibu, dah telan dah!!" Seronok. Ha kau ibu keluar dari rumah.....


PANG!


Yoyo di tangan aku terjatuh. Fulamak hahaha, ibu paksa luahkan balik. Katanya bahaya, tapi aku tak terdaya nak muntahkan balik. Dah masuk kerongkong tengah on the way pergi perut nye pun macam mana lah nak muntah balik kan? Lepastu ibu marah, ibu kata siapa suruh gatal pergi makan etc. Start tu, aku tak makan dah chewing gum double mint.




Selang beberapa hari kemudian, aku pun pulang ke halaman rumah aku. Ye la, maksud aku bukan lagi dekat kampung. Balik rumah. You know? Home sweet home. Ahaha. Dekat rumah, waktu tu kakak dengan ibu dengan sengajanya makan chewing gum doublemint depan aku. Aku dengan konon konon drama hindustan waktu tu, pergi lah duk nangis kat tangga (tu la kot danish turun ikut perangai aku, bila nangis je dekat tangga)


Nangis punya nangis sambil tonton mereka berdua makan chewing gum, ibu dengan rela hati suruh kakak bagi dekat aku. Cuma di'patah'kan dua. Kira aku dapat setengah je lah. Kunyah kunyah kunyah chewing gum tu dekat tangga. Kepala mcm terjuntai keluar sebab nak tengok tv. Lepastu....


Tup, aku nangis balik.


Ter esak esak.


Ibu macam marah, ibu kata "kenapa? tertelan lagi ke?" aku dengan tersedu sedannya, "tak, terluah. *sambil tunjuk ke arah tingkat bawah dimana chewing gum aku jatuh*" waduh waduh, sebenarnya tujuan aku nak buat belon. eh terluah pulak. Jengjengjeng, lepastu ibu bagi aku chewing gum lagi.


Sejak haritu, aku selalu beli chewing gum diam diam.


Sampai lah naik ke darjah 2, ibu masih tak benarkan aku makan chewing gum. Kalau nak, pandai pandai lah aku beli sorok sorok. Tapi start pindah subang ni, aku dah selalu makan chewing gum. Beli depan ibu pun mestilah boleh. Dah besar dan matang, katakan. Ahahahahaha.


Ok ok, tutup kisah chewing gum.


Aku dah buang disclaimer panjang yang selalunya dengan main page aku. Senior aku kata banyak sangat benda kena klik bila enter blog aku ni. Aku pun macam........mulanya tak setuju tapi bila fkir balik betul jugak apa dia cakap. Entah lah apa lagi patut aku edit. Nak buang welcome masa mula2 masuk macam sayang. Ye lah, amik masa lama tau buat benda tu. Ececeh.


Aku nak editkan blog si Kamilah, tapi dia pun jarang update. Last update dia bulan January. He'eleh. Tapi aku takde email and pass dia pun ==" Heh.



PAST
PRESENT