Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Sobs.
Sunday, April 8, 2012 @ 8:00 PM


Bismillah, salam.


Semalam plan nak keluar dengan Aisyah. Semua dah setuju. Fuh fuh semalam macam Aisyah ko tanye bapak ko esok ok. Wahahaha KO.


Aisyah kata, ayah dia tu ok je. Baik dan memahami lah katakan kikikiki. Aku dengan perasaan takut dan  siap siap dah tertanam dalam hati fiqah k0o0o jangan nak nangis menghentak hentak kaki bajet kiciwa sangat bila ibu tak izinkan kau pergi nanti. Memang sebenarnya dah catat dalam otak ni mesti ibu konfem tak bagi.


Aku pehal rempit semacamz. Haiya. Ni menandakan stress!


Tuk tuk tuk (bunyi ketuk pintu) ada macam real tak?


Terpacul keluar kepala ibu dari pintu bilik wahahaha! Aku macam alamak alamak alamak cover suara fiqah, kasi ibu cair sikit. Kot la ibu bagi kan. Sambil buat muka comel comel sikit aku pun mula lah keluarkan soklan yang aku tahu akan dapat jawapan yg begitu mengiciwakannnnn. Okay okay maaf itu spelling yang sengaja buat buat salah. Tamo bash k wahaha. 


Hape semacam aku gedik sikit ni. Back to normal, Afiqah! Heheh.


"Ibu....... Esok kan Aisyah nak ajak Fiqah keluar."
"Ibu malas lah nak keluar esok."
"Lah, dia ajak Fiqah. Mak dia la amik fiqah nanti."
"Pukul berape?"
"Tktau la kena tunggu dia."
"Nanti lah ibu fikir dulu. Ha tanya abang mir dia buat air kat ibu belum? (tukar topik)"
"Belum. Dia tidur. Bu boleh laaaa. Tau."
"Okay, kemas rumah bagi bersih dulu."
"Pastu dah kemas ibu bagi tau. Janji? *hulur jari kelingking*"
"Okay, janji. *sambut jari* Yang penting kena bersih."


Terus aku hela nafas lega. Dalam otak aku terfikir, apsal lah bila sebut nak keluar dengan Aisyah mesti je ibu bagi. Ada pape ni...... Hehehe okay takde takde. Lepastu aku macam okay fine aku dalam zon selamat sambil dalam hati memang macam "HOYOOO SERIOUSLY IBU BAGI?!?!?!?!" Ha. Excited.


Pagi tu jugak, pukul 2 pagi sampai kira kira 330 pagi aku kemas rumah dengan semangat yang membara begitu wah wah wah aku tak boleh nak gambarkan bagaimana gembiranya aku saat itu. Bukan senang nak mintak keluar dengan ibu ni. Selalunya nak mintak separuh mati tak dapat. Mungkin ibu dah longgarkan sikit ikatan penjagaan =p


Rumah pun bersih setelah beberapa titik peluh aku jatuh tanpa henti selama beberapa jam. Walaupun takde lah bersih sangat -_-"


Lepastu pagi tadi aku dengan semangatnya bangun awal pagi kannnn, kira kira pukul 8. Bukan niat nak bangun pkul 8 pun. Tibatiba je terbangun. Nak tidur balik takut tak bangun dah. So, aku bangun lah............... walau mata masih kuyu ~.~ Syaitan melompat lompat di kelopak mata ku ini.... how dare you, syaiton! *baling syaitan dari mata* huahuahua.


Aku call lah Aisyah. Sebenarnya semalam aku happy happy excited pun aku macam....tak percaya dan mcm boleh ramalkan bahawasanya mesti ada tak kena dan menyebabkan aku tak boleh pergi tau. Ye, aku memang fikir macam tu. Jugak, aku pesan dekat Aisyah kalau ada pape hal tak jadi ke atau ayah dia busy boleh roger terus kan.


Pukul 11 tu aku call. Dia kata............


Ada tetamu dekat rumah dia dan itu juga menyebabkan dia tak boleh keluar, ofcourse. Mana sopan kan tuan rumah keluar waktu ada tetamu? Aku faham. Dengan itu perasaan excited dan happy aku terus hilang serta merta. Hancus. Hehehe. Tapi memang lah aku tak salahkan Aisyah.


Otak aku masin. Fikir sikit je mesti jadik betul betul. Lulz. Aisyah kata, dia nak plan minggu depan pulak. Dah tak jadi ni nak pergi minggu depan la pulak.


Matlamat pertama kenapa aku nak sangat pergi adalah untuk release tension aje hehehe, plus nak keluar dengan aisyah for the festaim lah kan. Bukan senang nak dapat izin ibu. Bila aisyah kata minggu depan, aku pun inform la mak aku. Mak aku pun okay je. Sib baik.


Semoga minggu depan berjalan lancar Insya'Allah.


Ha! Jugak tujuan aku nak sangat pergi adalah nak tengok sangat sangat The Hunger Games. Dengar cerita dari orang ramai serta dalam twitter dan Facebook, cerita ni sangat best. Orang kata The Vow pun best tapi ending tak best jadi aku batalkan niat aku nak letakkan wishlist-nak-tengok-the-vow. The Hunger Games kena tengokkk, nak nak nak. Hmmm~



PAST
PRESENT