Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Wangian.
Monday, April 9, 2012 @ 9:05 PM


Bismillah, salam.


Aku ni nak bagitau satu benda.... Untuk yang dah pernah pakai atau tengah pakai atau whatever lah tak perlu baca pun. Bosan. Nak cakap pasal Ambi Pur. Wahahahaha. Ni untuk yang tak pernah beli ok!


Aku cukup tak suka dengan perfume untuk sembur satu bilik kasi wangi tu kan, menyampah. Asal busuk je spray asal busuk je spray. Lama sikit bau tu hilang. Bazir tenaga jari aku je nak spray 24 jam. Tak ke penat. Nak bilik stay wangi.......tapi bila spray 5 saat je bau lepastu hilang. Bengang sungguh hatiku ini.


Jadi, aku cuba gunakan ambi pur yang ni; 




Aku tak jumpa gambar Ambi Pur jenis macam ni kat google tapi aku guna yang lebih kurang mcm kat atas ni jenama Ambi Pur lah kan.. 2 hari bau lepas tu takde aroma langsung dah. Bajet bajet 60 hari bau tapi 3 hari tak sampai pun. Waduuuh, geram.


Lepastu aku gi giant shopping barang dapur sekali jumpa Ambi Pur ni,




Kali ni seriously puas hati! (siap tanda seru maknanya terlampau puas) Sebab kan dah guna lebih 5 hari jugak, perghhh bau harum semerbak. Takde lah guna tenaga jari aku nak spray sini sana. Aku juga tak suka yang letak kat dalam bilik tiap 30 minit dia spray sendiri. Bau sekejap je, pastu hilang. Bila pagi pagi dia spray kan rasa wangi semacam aku pun seram ~.~ Rupanya perfume bilikku itu..


Ambi Pur kat atas tu jugak baunya boleh pepandai lah ko pilih sendiri eh. Dia ada anggur manggo rose semua semua la. Yang kat bilik aku sekarang warna purple gituew, anggur lah kot. Wangi gila. Plus, tahan lama. Bau dia sampai kat nak naik tangga tu dah bau sebab pintu bilik bukak seluas alam. Apa pun benda ni sangat...........sangat wangi dan tak rugi lah. Walaupun mahal nak beli benda alah untuk pasang dalam tu kira kira 8 ringgit satu benda pewangi tu je, tapi tahan 2 bulan kira okay lah tu kan.


Dia macam refill lebih kurang.


Suka bau bilik aku skrg hehehe.


Ha, untuk almari aku pakai,




Aku percaya ramai pakai ni. Kot. Aku beli warna kuning. Bau manggo. Sedaaaaap bau dia, sampai kan letak dalam almari baju baju aku semua bau manggo. Sebab tu aku suka. Tak payah dah sembur minyak wangi kasi wangi bau baju. Dah semula jadi keluar dari almari bau manggo. Me love....my baju buruk tapi wangi hehehehe. Bagus.


Terima kasih ambi pur. Korang baik cuba k......kalau tak wangi memang masalah hidung korang! ;D


xxx


27 April tak lama je lagi. Plan nak amik kakak 26 hari bulan tapi tak jadi sebab Uda nak amik kakak. Pada mulanya kan nak pergi Langkawi lepastu ayah kata kalau Uda amik nanti mesti melambatkan waktu nak singgah rumah uda semua kan. At first ayah cancel pergi langkawi.


Lepastu bila discuss balik, jadi. Ayah dah buat kata putus nanti pergi rumah uda jangan keluar dari kereta. Tunggu diorang anak dara dua org tu keluar dari rumah terus off pergi langkawi. Disertai dengan uda sefamili ofcourse.


Ayah dah booking satu homestay dari internet. Lawa sangat homestay tu, dengan dekat depan homestay ada sawah =) Yang paling penting tak sabar jumpa kakak sebab dah lama gila tak jumpa. Ko jangan hengat aku kejam sangat tak rindu kakak sendirik..............walau bagaimana pung aku tetap sayang die walaupun dia jugak agak kejam dengan haku insan yang lemah ini. Hehehehe kidding jer~


Lepas ni boleh lah buat rutin harian nyanyi karaoke duet record suara dgn dia lagi, yg best nya ibu kata kakak balik pergi karaoke. Fine lah.......dengan aku taknak. Hehehehe. Sentap =p Ceh takde takde.


Boleh lah aku ponteng sekolah nanti. Huiiihhhh. Insya'Allah semua plan berjalan dengan lancar =) *buat muka tak berapa nak comel*


(sejak kebelakangan ni aku jadik hyper dan gidikk gidik sikit wahahaha sikit je) aku tetap afiqah dulu lol. baik skit la hahaha. Dah, boleh stop sekarang rasanya. *sigh*



PAST
PRESENT