Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





aku benci padamu....
Monday, May 28, 2012 @ 2:58 AM


Bismillahirrahmanirrahim.


Aku bukan apa, nak update dua entri dalam satu masa. Tapi aku nak ceritakan hal yang tadi berlaku. Baru 5 saat lepas. Aku rasa macam cuak bercampur dengan gabra serta takut gilerrrr (r kena panjang menandakan keresahan yang amat sangat). Waduh...


Tadi aku masuk bilik kakak, yang berpenghuninya ibu. Ibu duduk atas katil sambil tengok tv dalam bilik kakak tu. Tak lain dan tak bukan confirm cite hindustan yang tah pape. Aku pun duduk la sekali atas katil. Oke, bukan duduk. BARING.


Ibu dah warning awal awal dalam bilik tu ade lipas. Terbang. Aku rilek je. Dah ada ibu, ape aku nak takut, lagipun lipas tu jauh. Dengar la sayap dia berbunyi bunyi. Aku endahkan. Takut tu ada. Tapi bunyi sayap dia sekejap je. Lepastu dia diam. Aku layan cite hindustan depan mata. Lepastu aku terlelap.


Baru 3 saat aku terlelap. Aku dengar macam ada benda bunyi merimaskan telinga. Aku nak bangun, tapi aku taktau tu amende yang bunyi. Aku biar je la. Mungkin aku tak fokus lagi. Masih mamai padahal baru 3 saat aku pejam mata. Bila otak aku macam dah berfungsi, terus aku bangun dari katil cepat cepat nak keluar dari bilik sebab aku baru teringat bahawasanya benda yang bunyi sebelah telinga aku tadi lipas.


Ibu pun dah cuak.... ibu pun dah berdiri sebelah aku siap lompat lompat cari mana lipas. Aku cuba pulas tombol pintu untuk menyelamatkan diri. Tapi, gagal. Tombol pintu bilik tu pun rosak. Pulas la 3 kali baru boleh bukak. Kena pulas lelembut. Pulas kasar kasar memang dia takkan bukak. Susah. Cubaan untuk aku meloloskan diri keluar dari bilik gagal. Jadi aku lompat atas katil balik, lepastu tarik selimut selubung diri.


Ibu cari mana lipas, dekat tangan dah tersedia satu buku panjang. Dah nampak lipas, pap pap pap! (bunyi pukulan ibu terhadap lipas) "Mati dah." ibu bagitahu. Aku keluar dari selimut. Pergh, lega kut. Tapi ibu kata, ibu rasa ada lagi lipas kat dalam bilik tu. Tapi macam takde tanda tanda ada lagi lipas. Aku buat tak layan je lah. Lepastu aku main korek korek pusat =='


Aku nak pergi toilet, basuh tangan. Siap pesan kat ibu, "berdoa semoga dalam tandas takde lipas  tau." Ibu tak layan pun. Masuk je toilet, aku baru nak bukak air kat paip sinki. Sempat jugak aku pandang sekeliling lantai tandas. Pap! Aku dah tertangkap.... ada lipas dalam toilet! Mak!!!! Aku terus keluar. Niat nak basuh tangan terus dibatalkan. Terpaksa aku turun bawah untuk basuh tangan. 


Lipas yang kedua mak aku tak bunuh sebab dia tak terbang. Kira okay lagi la, tak menganggu ketenteraman. Aku memang dah takut. Lepas keluar tandas tu terus aku keluar dari bilik. Pulas tombol pintu selembut mungkin sebab nak keluar dengan segera. Bila dah dapat keluar aku rasa macam baru menang Amazing Race main kejar kejar dengan lipas.


Aku tak tahu kenapa lipas suka kacau hidup aku dari sejak aku budak kecik tak tahu pape sampai lah sekarang aku 13 tahun. Tolong lah lipas... lepaskan aku. -___-




*baling laptop keluar tingkap* aku benci lipas. sangat. sebelum aku tidur aku kekadang la maafkan semua yang buat salah kat aku, tapi lipas...... aku takkan maafkan kau, lipas. aku tak akan. kau akan sengsara! kau tengok lah, keturunan kau akan pupus tak lama lagi!!!!!!!!!!!!! 


K, over.



PAST
PRESENT