Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Aku?
Tuesday, May 22, 2012 @ 1:43 AM


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum!


Aku.


Diri aku.


Biasa. Yang di'create' dari tanah.


Siapa yang create?


Bodohnya kau kalau kau tak tahu. Mesti lah Tuhan. Bleu.


Hati aku lembut (cehwah).


Habit habit aku, diri aku.... aku ni kuat touching. (Touching? Menyentuh?) aku memang kuat tacing. Orang usik sikit, kena ignore sikit, kakak aku tak layan aku sikit, terus aku badmood dan buat perangai selama 3 minit (je). Lepastu memarah. Kira 5 minit la overall. 


Aku juga mengada, emosi, dan over acting kekadang. (over acting?)


Aku cepat rimas. Orang pegang pipi aku ke, ha kau aku bagi penampar sedas kang. Pegang sikit sikit takpe, ni duk cubit cubit pegang ramas memang ei aku tei kang. Hehehehe. Ye, aku baran. Tapi kekadang aku manja (dengan bapak aku jerrrr) r kena panjang. Itu lah manja! Erk.


Kalau aku berdebat atau bergaduh dengan sesiapa sahaja, tak kira la ganas mana ayat aku, tak kira la kurang ajar mana ayat aku atau selembut mana mungkin pun ayat aku, aku akan kalah juga at the end of the 'war' (sempat juga menggunakan ayat baku bertambah dengan 'the end of the war' konon baku + omputih = omputih yang baku) euw.


Juga aku ni kekadang malas dan kekadang juga rajin. Tengok mood la. Bajet bajet jer nak makan, kemas bilik, kemas rumah, basuh pinggan etc pun perlukan mood yang baik. Ow please! 


Kau boleh nampak tak betapa mengadanya aku dan betapa cengengnya aku? Tahap kemengada-an aku memang sangat tinggi over limit dah! Fuyo, kau nampak tak betapa over acting nya aku? Acting? Betapa hyperbola nya ayatku....


Kau tau tak aku bengang sebenarnya sebab aircond bilik aku rosak, menyebabkan aku kena guna kipas kat siling yang speed dia lembab macam siput babi berjalan (tipu!) dan disebabkan takde aircond aku dengan kejamnya amik kipas berdiri kat ruang tamu atas ni bawak masuk bilik kira aku ada dua kipas.... kipas berdiri memang hala kat muka je! HORAY, sejuk hape.


Tak, sebenarnya kakak aku yang bawak masuk kipas tu ke bilik sebab dia tak tahan panas. Macam cacing kepanasan je duk dalam bilik aku. Nyampahs. Konon nak cakap tepon dalam bilik tak selesa sebab terlampau panas macam kena bahang matahari. Apakah?!?!?!?!?! Geram betul haku takde aircond.


Aircond aku kalau switch on dah boleh jadi suis untuk tutupkan semua suis sekali gus! Betapa spe-sial nya suis aircond bilik aku buatkan SEMUA SUIS LAIN ROSAK SEKALI =') Aku geram.


Aku sangat geram dengan aircond bilik aku tau, dah la haritu dah call orang aircond blur tu, aku dah kata nak beli aircond lepastu dia kata "ok hari Jumaat will call you back. You wait forever" tak, dia kata dia nak call hari jumaat. Time tu hari Rabu. Dengan seronoknya aku kemas bilik nak meraikan aircond baru datang, sekali hari Jumaat dia tak call pung. Mak aku call lagi, dia kata Isnin call. Tunggu punya tunggu sampai bilik aku pun dah kotor balik hari senin dia tak call gak. Aku fedup betul ah dengan orang aircond tu. CANCEL, taknak order dah kat indon tu. Taknak duit, CAKAP! Ha.... ni rasa nak kentut kat muka orang aircond tu. Kehkehkeh.


2 MINUTES COMING UP nanti aku nak minum milo slurp kasi hilang stress. Eh. 2 MINUTES COMING UP?!?!?! AYAT APAKAH INI?!


Aku rasa omputih baca ayat aku pun diorang tutup muka tahan gelak sebab malu ada jugak manusia cam aku duk rosakkan bahasa diorang jer.... maaf T_T Aku amat sedih sekali. Dalam pagi yang subur pukul 1 38 minit pagi nih, japgi aku sekolah.... aku tak solat Isya' lagi plus kerja Geografi aku tak siap lagi. Hikhikhik aku memang suke tak hantar kerja sekolah. Sobs, kena potong markah penalti!


Sad story.


Takde, malam ni jugak aku bagi siap. Tengok, semangat dan mood baik dan rajin datang. Walllalaaalalala heh (heh ayat yang sinis, o pls)



PAST
PRESENT