Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





diri dah dikuasai.
Wednesday, May 30, 2012 @ 7:07 PM


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.


Rasa macam dalam filem yang cerita tipu tipu bila diri dikuasai dengan ilmu jahat. Hiyarghhh! Okay tolong lah please... Mungkin diri aku dikuasai penuh oleh sesuatu (rahsia sekarang) tapi bukanlah satu ilmu mahupun kuasa yang jahat sampai aku dipaksa untuh bunuh family sendiri (tetibe).


Ya, aku dikuasai penuh oleh sesuatu. Terkadang aku pun taktahu macam mana nak kontrol benda jahat ni. Rasa macam nak baling jauh jauh tapi tak boleh. Tips apa? Aku search google pun tak mampu google nak jawab. Benda ni ada pada semua orang. Tapi sesetengah yang dikuasai dari sesuatu benda yang lawan dari benda yang kuasai aku sekarang baik ucap alhamdulillah sebab semalam ye jugak benda baik tu kuasai aku, petang tadi hilang balik.


Habis putar belit ayat aku.


Rasa macam entah apa apa je. Ha ha ha. Benda jahat kuasai aku buat berjulung kalinya, memang korang tahu lah kan, PERASAAN MALAS. Jeng jeng jeng. Aku tahu setiap kali pasti benda jahat ni kuasai diri kau orang jugak. Tipu la tak pernah. Jarang sekali benda baik, rajin ni nak kuasai aku.


Tapi tau tak, semalam rajin ni kuasai aku pulak. Pergh aku rasa macam tak percaya (kot)! Rasa macam macam macam seriously.... Adakah aku menjadi rajin sekarang? (sambil melompat kegirangan selama 2 jam kemudian rajin itu hilang semula) malam semalam dalam pada jam pukul 11 ke 12 ke 1 entah lah, aku kemas rumah.


Aku sendiri susah nak percaya bahawasanya aku kemas rumah, lagi lagi family aku nak percaya. (ceh benda tipu, dorang percaya elok je siap komen lagiii).


Pertama aku ingat nak basuh pinggan takat cukup syarat jer. Tapi tengok balik habis kat dapur tempat letak pinggan macam tong sampah letak pinggan. Berselerak. Nak amik pinggan pun punya lah susah sekali..... Aku pun fedup. Lantas semua benda aku keluarkan, kemudian aku susun satu persatu sampai hati aku sendiri menyebut perkataan 'WAH' atas usaha aku kemaskan semuanya SENDIRI tanpa pertolongan sesiapa pun......


Aku kata wah ada dua maksud. Satu, wah sebab nampak gayanya dapur kelihatan better dan lebih kemas dan lebih teratur dan lebih senang nak capai pinggan. Takde lah nak amik pinggan pun pastuh besen besen lain berlaga dengan pinggan kaca lain dan mengeluarkan bunyi yang tidak senang didengar kemudian jatuh semua barang padahal nak amik satu pinggan je. Maksud kedua pula sebab aku tak percaya aku dah susun pinggan tu leklok sebab sebelum ni memang pinggan tak pernah berkemas =p Betapa teruknya rumah aku kan. Hukhakhukhak.


Dah kemas dapur dengan sudu dan semua, aku pun beredar ke depan sambil doa semoga ruang tamu dah kemas sebab aku ingat abang aku yang sedari tadi sejak aku basuh pinggan pinggan susun sume selama beberapa minit (30 minit mungkin) aku harapkan abang aku dah kemas depan. Pergi je hampir jatuh rahang aku sebab terkejut. PAHAL BERSEPAH GILER.


Aku pun kemas sekadar cukup syarat. Nak bagi kelihatan better sebab kalau tak macm tak serupa ruang tamu je aku tengok. Jadi aku kemas serba sedikit dan alhamdulillah okay.


Bangun je pagi tadi ruang tamu macam taik balik, tapi akku tak kisah sebab aku kemas bukan kemas sangat malam tu. Dan alhamdulillah la dapur still maintain okay dan cantik serta teratur seperti aku kemas malam semalam. Happy giler kot aku. Ibu pun angguk angguk cakap 'pinggan tu je lah nampak bersih & teratur' aku memang dah agak sebab memang aku kemas bahagian pinggan je. Bahagian lain aku tak sentuh. 


Dan aku bercadang malam ni aku nak kemas lagi. Ruang tamu pulak tapi serious part punya. Itu pun kalau kuasa malas tadi hilang pada waktu malam dan kuasa baik pula datang kuasai aku insyaAllah segalanya berjalan seperti yang aku rancang (hahahahahahahahha). Brrrr..


Kenapa aku cerita pasal kemas rumah. Mungkin terlalu tak percaya sebab dapur kelihatan bersih sebab aku =p Gila bongkak dan gelabah nya padahal dapur je. Tolong lah.


Sejak cuti cuti ni, aku pula jarang on twitter. Mungkin kerana kuasa jahat itu juga telah merasuk aku smpai buat aktiviti yang aku suka buat pun aku tak terbuat. Erk, kesian twitter. Tapi biar lah. Aku pun rasa sakit hati dan makin bosan on twitter. Facebook pula jarang jarang tapi selalu la jugak on bila ada waktu dan rasa macam tergerak hati nak on baru aku on (tak perlu pun bagitau).


Aku rindu kawan kawan sekelas aku. Serta dua budak ini,




Semoga korang dalam keadaan seperti sebelum cuti 2 minggu bermula (sihat sejahtera) dan semoga korang happy sepanjang cuti ni. Ayat macam nak pegi jauh je aku ni hahahaha. Aku sentiasa rindu dan sayang dekat korang berdua! Tak lupa dekat Addina & Arisha! =)


Rasa macam.... hehehe.



PAST
PRESENT