Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





ha.
Saturday, May 5, 2012 @ 8:57 AM


Bismillah, salam.


Petang kelmarin heboh, heboh hampir merata tempat, kepergian Allahyarham Bob Kuman. Rakan karib Saiful Apek. Pelakon Jutawan Fakir, dan lain lain. Pelawak. Dan ape ape lagi lah. Yang aku dapat tahu (berdasarkan orang cerita) aku tak baca apa apa lagi pun, ni dari dengar cerita je..


Bob Kuman jatuh katil, nak angkat dia naik kat katil balik pun amik masa 4 jam. Entah berapa ramai angkat dia. Ikut secara positif lah kan, jangan fikir lain pulak. Dari badan Bob Kuman ni pun kita tahu dia memang berat. Jadi tolong jangan fikir ke arah lain. Tu letak tepi.


Apa pun Al-Fatihah, semoga roh tenang di Sana.


------------------------------------------------------------------------------


Subuh gajah baru saja berlalu. Panggilan nama dari kakak aku sudah cukup dapat bangunkan aku pada jam 630/700 tadi. Aku menunaikan solat Subuh. Seusai solat aku duduk di atas kerusi roda milikku lantas laptop milik kakak di tarik rapat hingga ke hujung meja. Punat on ditekan. Kemudian cuma dalam 2 saat lampu menyala dari laptop. Padan lah cepat, tak off pun semalam. Sekadar sleep.


Semalam aku tidur jam 2 pagi lebih. Menunggu ibu untuk habiskan game Burger Rush ni. Sebab aku nak main pulak!!!! Tapi nak tunggu peluang dapat tipis sekali. Punggung serta badan direbahkan ke atas katil. Mata terkatup rapat. Kemudian aku masuk ke alam mimpi. Mak aihhh, tunggu ibu habis main game pun sampai tertidur. Lama jugak nak tunggu ibu main game.


Lepas solat Subuh baru lah aku dapat main game Burger Rush....... sambung balik yang semalam punya. Sekali sekala mengamuk, sekali sekala happy, sekali sekala rasa nak baling je laptop. Okay.


Kelmarin aku tonton 'Diba Sayang Benci Abah!' Aku taktahu lah siapa yang reka skrip cerita tu tapi ada kalanya skrip skrip yang pelakon tuturkan tu lawak. Macam.... perlu ke kau bagitahu yang tu?


"Ada nampak Diba tak? Dia ada telefon ke?" tanya Abah Diba pada rakan Diba saat Diba pergi dari rumah jumpa ibu Diba. Kiranya keluar tak minta kebenaran. Pergi gitu je.... risau lah ayah dia kan. Yang dah tengok tu tau la.


"Tak, um tapi.... semalam saya ada on Facebook. Dalam facebook tu (macam suspen je) dalam facebook Diba tak online jugak." 


==' Ada lagi satu tapi aku lupa. Aku ingat dia nak kata Diba tu update status kata nak jumpa mak dia ke apa, rupanya nak bagitahu yang dekat Facebook Diba tak online. Terus rasa macam..... ha ha ha!


(bajet tulis menggunakan bahasa baku, sekali sekala)


Semalam mula operasi mengemas rumah. Lega jugak tengok rumah dah bersih. At least takde lah nak cakap luar dah cukup taman macam hutan, dalam rumah pun macam hutan jugak. Bilik aku pun dah kemas. Lega! Cuma satu je masalah. Aircond rosak. Kalau tak mesti taknak keluar dari bilik dah (hiperbola).


Kepanasan yang membahang membuatkan aku peluh ketika duduk dalam bilik ini. Walaupun kipas siling menyumbang angin, tetap tidak mencukupi. Walaupun tingkap sudah dibuka seluas alam, masih berkuap bagaikan tiada langsung angin yang datang meniup diri. Ah sudah. Peluh yang melakukan kerja meleleh di seluruh bahagian kepala. Jatuh ke bahagian badan. Dan segalanya berulang setiap malam. Malam tu agak sejuk sikit. Bila hujan mula menitik, tingkap yang dibuka dibiarkan. Baru rasa sejuk!


Rasanya orang yang kesejukan kat salji tu, tak payah buat unggun api. Datang je bilik aku, 2 kali 5 je dari unggun api. Harini hari Sabtu, kan. Aku fikir harini aku akan pergi ke Terengganu sepertiiii yang dikatakan ibu. Tapi tak pun. Hoiyo. Aku pun malas lagipun. Refer to Kak Sayang's blog, Aisy is better now. Dia dah keluar hospital pun.


Aku menghabiskan masa di rumah dengan menonton tv, membaca novel, dan paling kerap sekali menari narikan jari di papan kekunci laptop. Bila bilik sendiri dah kemas, bebas nak buat apa pun. Kalau tak, nak jejak kaki kat lantai pun ada je yang dipijak. Tak selesa. Tak suka. Sekarang hooray. He he he. Heboh satu dunia aku dah kemas bilik, pui. Orang tak kisah pun kan.




















=='


















Dah.



PAST
PRESENT