Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Jom nangis together.
Thursday, May 31, 2012 @ 4:40 AM


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.


Kau tak rasa ke macam nak nangis giler dengan lagu blog aku yang mendayu dan post blog aku yang sedih ni (padahal tak sedih lagi) sobs T____T Dah lama weyhhh (jadi rempit terus) aku cari lagu ni merata. At last kepandaian aku hebat gak. Aku boleh tangkap beberapa not lagu ni dari video lagu Ayie - Perangkap Cinta tu kan intro dia lagu ni. Siap search lagi kat google not lagu dia. Sekali dapat. Aku rasa nak nangis keluar air mata darah..


Sebab aku tipu je sebenarnya. Apa, gila ke aku nak tahu not not tah pape seruling tu? Aku tak sehebat tu lagi T____T hahaha.


Punya lah lama aku carik lagu ni, padahal mak aku dah tahu lama tajuk dia. Pahal la aku tak tanya mak aku dulu!!!! Tapi tadi secara kebetulan mak aku layan video video pencuri la bla bla bla sampai muncul perangkap cinta tu kat sebelah video youtube tu. Ibu pun bukak. Dengar intro. Lepastu aku cakap 'sedap lagu ni. dah lama cari, tapi taktau tajuk.'


Sekali ibu search tajuk lagu kat youtube. Tajuk tah pape. Aku ingat lagu keling. Ibu aku memang peminat keling yang tegar. Hindustan. Tetibe dengar laju tu. Pergh, meraung aku sensorang. Gila happy ibu sendiri tahu tajuk lagu ni. (banggakan ibu jap)


Pape je lah pasal lagu ni kan. Boring aku cakap pasal lagu.


Anyway, tadi kakak aku kata nak kemas rumah KONONNYA. Dia kata, tunggu semua tidur pastu kita kemas yer.... Aku pun angguk angguk setuju. Padahal dalam hati, aku tau kakak aku ni memang harapan la nak tidur lambat. Muka centu tidur lambat. Oh pls, selagi dia ada peluang tidur dia tidur je kakak aku tu. Hahaha gila kejam burukkan kakak sendiri. At last apa yang aku cakap kan betul. Dia tidur awal. Before mak aku tidur dia dah tidur dulu.


-____________________________________________-"


Nak kejut, aku tak sampai hati. Lagipun biarlah, mungkin kakak penat. (penat tidur). Aku tak tahu la apa reason dia penat tapi kakak aku memang jenis cepat penat.Sakit apa entah. Sikit sikit pening, sikit sikit selesema sampai habis sapu tangan kat rumah dia guna. Aku tak kisah pun. Siap syukur lagi kakak aku tak bangun sebab aku pun mood malas nak kemas rumah.


He. he. he.


Aku selalu pelik kenapa kakak macam sentiasa sakit. Risau gak aku, tapi aku tak kisah sangat la sebab kakak aku memang macam sotong. Lembik macam takde tulang. Lembut. Tapi hati dia tak lah lembut sangat HAHAHAHAHA. Okay maaf kak. Okay pe lembut. Takde lah ganas macam harimau nak baham orang.


Baik aku bersyukur siap siap takde kakak garang macam kakak orang lain. Kakak kakak kawan aku, aku tengok macam garang giler (aku taktau kakak siapa aku maksudkan).... Kakak aku boleh kira tahan ke-sporting-an lagi lah kan.... dah aku malas nak puji kakak aku! Naik kembang seinci lubang hidung dia aku taknak tanggung jawab der.


Nak bandingkan kakak aku dengan abang aku macam langit dengan bumi. Abang aku ni jahat. Taknak tambah perkataan sikit kat belakang sebab abang aku makin hari makin jahat giler perangai dia (kau perasan tak gila aku jadi giler menunjukkan kemarahan sampai jadi rrrrr kat belakang). Aku tak tahu benda apa rasuk abang aku. 


Memang abang aku buat lawak 1 jam lepastu dia membahan kemudian marah macam anjing tak dapat nak beranak ke hilang anak lepas tu nak rawrrrr kat semua orang. Dia suka marah tiba tiba. Aku pun rimas, rasa nak pelancung (apa ni) kepala dia! Eh aku sabar je dengan dia.... itu pun nasib baik dia abang aku. Kalau tak....... dah lama dia arwah (ke aku yang arwah?) Erk. Hehehehe.


Kejam gilerrr aku burukkan abang aku dpn khalayak ramai. wkwkwkwk, takpe aku jujur. Tapi bila mood baik abang aku datang, lawak jenaka dia memang boleh pecahkan perut semua orang termasuk perut jiran sebelah. Kot la jiran sebelah tengah makan, abang aku buat lawak, dengan pinggan serta perut dia sekali pecah. Ha kau ekstreme tak abang aku. Menipu jer.


Cuba bayangkan abang aku gaduh dengan kakak aku. MEANS Lembut + Kasar macam taik = ????? Perghhh aku tengok dorang gaduh rasa luruh jantung dan rasa macam 'abang aku kah ni?' tapi lepas 2 jam macam tu dorang okay balik macam takde pape jadi. tulah ikatan batin adik beradik. Ha.. Hahahahhahahahahaha tah pape gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr aku rimas betol ah.


Tu la lagu sedih mendayu aku letak dalam blog mengisahkan hidup aku dengan dua adik beradik aku.... aku rasa diorang pun stress gak dengan aku =p Heheheheh. Tapi aku tak kisah. Lain orang lain rasa. Lain orang lain perangai. Biar lah dorang dengan perangai dorang. Aku selesa dengan perangai dorang walaupun baik giler tak berpada pada serta jahat giler macam anjing (pahal anjing dooo, jahat gila mulut, fiqah!) aku dah hidup dengan dorang 13 tahun kottt.


Ceh ayat.


Annoying gila post ni. Wassalam.


Memang jahat sikit mulut aku tang post ni jadi heheheheh jangan lah tiru aksi ini di rumah! Heh. (sinis)


Boleh blah dah sekarang. Bertambah lah ke-annoying-an aku.



PAST
PRESENT