Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Kadang kadang '2' lebih baik.
Thursday, May 31, 2012 @ 7:54 PM


Bismillah, salam.


Ya, kadang kadang 2 lebih baik dari 1. Ingat, 1 tu nombornya sikit. Dia berada dekat atas, maka dia baik? Okay, apa aku cuba sampaikan yer...


'Kau suka pada orang pertama, kemudian selang beberapa hari kau suka dekat lelaki yang ke dua. Mana patut kau pilih? Lebih baik yang ke dua. Biarlah yang pertama dikhianati pun. Sebab kalau betul kau sukakan insan pertama, kau tak akan terjatuh pada yang ke dua.'


Nampak? Itu yang pertama. Kalau nak masukkan hal sekolah atau hal yang berkait dengan kepandaian pula, tengok lah BAND sekarang. Mana ada gred A B C D bagi pelajar pelajar tingkatan 1 sekarang, 1st batch kan. Juga lain lain yang tahu pasal BAND.


Dapat BAND 2 adalah lebih baik dari BAND 1. Tapi BAND 6 adalah lebih baik.


Whatever.


Juga, okay bayangkan anda dalam satu situasi dimana kau kena pilih kau nak kemas SATU RUANG TAMU BESAR YANG BERSEPAH GILER atau kau nak buat 2 kerja, iaitu bancuh air teh 2 jag dan lap meja makan sampai bersih. 


Baik pilih buat 2 kerja tu. Senang, simple. Daripada bersihkan ruang tamu. Tahu, satu ruang tamu. Macam mana kalau ruang tamu tu bersepah? Kena sapu, kena mop, kena susun. Tak ke merepotkan diri je? Fuh... perlukan masa tau nak buat semua tu.


Sebab tu, bukan nombor satu je hebat. Bukan nombor satu je terbaik.


'Gagal sekali tak bermaksud gagal selamanya'


Bill Gate, tengok. Dia sangat bodoh masa dalam sekolah. Tp last sekali dia jadi paling kaya atas certain reasons, usaha dia. Cipta sesuatu yang baru. Tapi kau kalau dah tau tak reti cipta pape jangan pura pura bodoh dalam sekolah kau ingat the end kau jadi macam bill gate pulak. Hahaha, parah.


'Usaha tangga kejayaan.'


Memang susah nak usaha sampai dapat top 10 atau top 5 atau top 3. Atau top 1 (erk) tapi percaya lah, bila dah usaha gila punya gila sampai rasa otak nak pecah, at the end pasti diri sendiri yang happy! 




Apa pun juga, walaupun orang kata, 'gagal sekali tak bermakna gagal selamanya'.......


tapi jangan terlalu yakin bila dah berjaya. atau dah mencapai target yang kita inginkan.


'berjaya sekali, tak bermakna berjaya selamanya', ye!


Mungkin upsr kita dah capai 5A. Wah, bangga nya. Rasa nak melompat kegirangan. Usaha digandakan, pmr dapat lagi 8A. Wah, rasa bahagianya. Usaha aku berbaloi. Tiba tiba keyakinan diri bertambah. Rasa malas nak usaha. Alah, dah pandai.


Sampai spm,


tiba tiba hancur.


Mungkin juga spm cemerlang. Tapi big exam seterusnya macam mana pula? 


gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. begitu juga sebaliknya. yakin, memang kena ada dalam diri. tapi jangan lah tahap maksima sampai lupa diri. Usaha tangga kejayaan! Sekali dapat target, gandakan usaha. Dapat score lebih dari target, usaha lagi dan lagi.


Dpat full mark, 100% gandakan kasi 200%!


Caiyokkk~ wkwkwkwk. 


See, 200 lebih baik dari 100. Angka depan explain everything wkwkwkwk.


Walaupun sebenarnya kalau dalam exam dapat nombor dua instead of nombor 1, rasa kiciwa giler macam.... kenapalah aku tak usaha lebih lagi? kena la sampai nombor 1! Sebab itu nombor dua lebih baik, dia bagi pengajaran. teruskan usaha. Bila dah dapat nombor satu, boleh cakap thankyou bebanyak kat nombor 2.


Sebab dia bagi kita menyesal.


Dan dia penyebab kita teruskan usaha.


Ceh, tah pape gila aku. (muntah sendiri) cakap pasal nombor 2 nombor 1, nasihat kat orang, baik aku nasihat diri sendiri. wkwkwkwwkwkwkkw. jom buat homework cuti! =p



PAST
PRESENT