Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





kemas.
Saturday, May 19, 2012 @ 7:45 PM


Bismillahirrahmanirrahim, salamualaik.


Pertama sekali, aku nak cakap thankyou bebanyak dekat kakak aku yang sanggup kemas bilik aku yang aku sendiri pun masa nak kemas haritu baru 5 saat lipat lipat baju dalam almari (baru lipat 1 baju) lepastu tengok baju berlonggok atas katil tu terus keluar dari bilik sebab rasa sebak tengok bilik yang tak serupa bilik tidur. Tak mampu nak kemas. Terlalu berselerak.


Balik sekolah beberapa hari lepas, 


"Ibu nanti kita kemas rumah bblablabala" kakak borak dengan ibu.


Aku menyemak cakap orang orang tua sekejap (kakak aku tua ke?) "kak, apa kata masa orang sekolah esok hang kemas bilik orang sekali ke?" gurau.


"Pergi lah tengok bilik fiqah." kaget. dah gaya cakap macam dia dah kemas, kan. cepat cepat aku naik atas. Tombol pintu aku pulas laju jerrr macam tak pernah masuk bilik. Terus terbeliak mata aku sambil mulut ternganga gaya macam ada emas berlonggok atas katil. 


Bersihnya bilik aku! ♥.


Maka, aku ulang.... thankyou Amirah Yusof!!!! sebagai hadiah, tadi dah buatkan teh. erk. Ada jugak la terpikir macam mana lah kakak aku boleh sanggup kemas bilik aku tu... almari pun clean and clear je, takde baju langsung. dimanakah baju baju itu? semua letak dalam bakul. takde baju langsung dalam almari.


Malam tu, mula la operasi lipat baju pulak. Memang banyak sangat sangat. Aku tukang bagi baju dekat kakak, kakak lipat, kemudian aku simpan baju baju dalam almari. Yg aku rasa aku pakai je. Baju yang tak pakai biarkan atas katil dulu. Skrg baju baju tu still ada atas katil. Thinking where to put those shirt.


Disebabkan operasi lipat baju pagi semalam, yang menyebabkan aku tidur tepat tepat lepas solat subuh dan bangun tadi pukul 4 petang!!! (rushing, solat zuhr, beb. itu pun kakak kejut, kalau tak maghrib pun belum tentu aku bangun) bilik aku dah bersepah semula.


Tp takda la bersepah macam 'eeeeew, ni bilik ke kandang?' macam sebelum kakak aku kemas tempoh hari. Tak, cuma berselerak sebab baju baju dan benda alah yang tak sepatutnya ada kat lantai. Malam ni memang nak bereskan semua jugak.


Perlu ke aku inform yang tu?


-------------


"Fiqah, urut belakang ayah sat." 


"Knp tak suruh kakak?"


"Tangan kakak takde tulang........"


Ahahahahha.



PAST
PRESENT