Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





kena paham.
Sunday, May 13, 2012 @ 1:09 PM


Aku taknak cakap banyak. Sebab tadi aku dah cakap banyak. Tapi aku rasa banyak jugak aku nak cakap. Tapi takde lah banyak sangat. Banyak die boleh tahan. Tapi kebanyakan dia tak sangat la. (tapi banyak jugak la)


Diam.


Satu je aku nak cakap, aku tak suka. Aku tak suka orang yang terlalu amik berat pasal aku. Terlalu. Paham? Terlalu amik berat. Betul, aku tak suka. Tak selesa. Pernafasan bagaikan tiada. Sempit.


Nanti aku rasa macam aku ni orang lain. Orang masuk bilik cuma untuk tengok sama ada aku duduk straight atau tak. Even doktor pun tak macam tu. Pergi satu sudut ada je orang datang kata "jangan duduk macam tu. duduk straight."


Masalah. Ada satu. Memang aku senget. Kenapa perlu aku control badan aku? Sebab macam mana pun, badan aku akan maintain macam tu. Point aku straightkan badan? Takde jadi pape pun. Getting better? Itu tipu.


Kalau spinecor pun belum tentu nak betulkan tulang aku,


takkan duduk straight boleh betulkan tulang aku? boleh mempertahankan tulang aku jadi teruk?


Kalau macam tu baik aku buang je semua benda, spinecor, boston brace, therapy semua tu tak payah buat, dan benda yang perlu aku buat cuma..


duduk straight?


doesnt make any sense. at all. aku tak paham.


Aku tak selesa. Aku rasa macam aku betul betul cacat gile macam seriously kenapa semua perlu amik berat sampai macam ni sekali?


I mean, sikit sikit dah la. Kau pesan sekali je. Lpstu, dah. Tak payah ulang sampai 100 kali sebab aku tahu selama mana aku boleh tahan nak control badan aku untuk straight. Kalau aku lenguh aku kena bongkok jugak. Kau boleh ke jadi robot straight je badan tu tak bongkok langsung? Boleh?


Aku percaya, aku yakin, aku pasti, semua ni atas sebab simpati, belas kasihan yang lahir dari hati diorang, kasih sayang dan semua la melimpah ruah kat aku. Aku tahu aku patut bersyukur. Tp aku tak boleh macam ni. 24 jam kena paksa duduk straight. Aku mana boleh control selalu. Aku penat. Badan aku lenguh. Aku tak boleh kawal tiap detik. Itu je.


Kalau duduk straight boleh sembuhkan tulang aku, aku amalkan setiap saat. Kalau tak, buat apa? Buang tenaga.


Ceh, macam guna tenaga je.


Layan aku macam orang biasa. Aku boleh jaga diri aku. Kalau takde ape boleh buat, kalau spinecor tak membantu, kalau takdir Tuhan macam ni, aku terima je. Kalau mmg takdir Tuhan nak biarkan aku kena operate cepat atau lambat, aku on. Aku malas nak fikir benda lain. Layan aku macam normal. Jangan buat aku rasa


aku spe-sial. aku istimewa. cacakjSBV? dan sebagainya. aku nak hidup mcm lain. normal.


aku nak hidup aku yang dulu. orang tak kisah pergerakan aku macam mana. cara aku tidur dan sebagainya. aku memang jenis tidur lasak, main bantai je bentuk badan aku waktu tidur macam mana. takkan aku kena berjaga sepanjang malam dan sepanjang masa dalam kereta otw pergi mana mana dan maintain badan aku straight? 


mampus lah aku. penat lah aku.


biar aku cukup panas pakai spinecor. biar aku jadi kuat nak tempuh dugaan sakit tulang yang takde sakit sangat cuma rasa lenguh je (bajet drama), biar aku sorang sorang. jgn terlalu amik berat. aku rasa lain. betul betul rasa lain. aku nak hidup aku yang dulu.


bag boleh bawak sendiri tanpa perlu bertekak pun "biar aku yang bawak. biar fiqah yang bawak. ringan je ni." aku nak hidup aku yang dulu, tak perlu tinggalkan buku yang mana aku rasa tak penting. biar bag berat, bawak je. walau seksa, tapi biar.


aku nak hidup aku yang lama. sedih tengok budak cacat diperlakukan macam patung. tapi sekarang bila orang sebut cacat atau kurang upaya atau senget, aku yang terasa. aku taknak.


sebab tu aku nak buat aku lupa. lupa yang aku ada sakit. supaya aku boleh buat mcm aku takde pape. tapi kalau setiap saat orang tegur, jangan duduk gitu jangan duduk gini jangan tidur mcm tu jangan berdiri mcm tu, memang tak la aku nak lupa.


Sakit aku tak teruk pun. Aku tahu boleh menyebabkan aku sendiri yang malu kelak. Tahun depan, dua tahun depan, 10 tahun depan, aku tahu aku yg dpt malu kalau aku tak jaga badan aku. Aku tahu kesal tu macam mana. aku tahu tulang ni boleh sebabkan paru paru aku pun kena himpit sekali. aku tahu semua tu. tapi aku lek je...


Parents aku sendiri tahu, kalau teruk,operation. kan. Doktor tahu. Aku sendiri tahu. Tp kalau dah terlambat, itu nasib aku kan?


Duh, cengengnya.






Aku tahu bila masa aku kena exercise mcm doktor suruh. Aku tahu macam mana duduk. Aku tahu kenapa aku berdiri senget. Jadi tolong lah.... layan aku macam biasa. Aku tahu apa patut aku buat.


Itu je.



PAST
PRESENT