Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Langkawi.
Wednesday, May 2, 2012 @ 2:32 AM


Bismillah, salam.


Post ni panjang. Gile.


3 hari 2 malam. Mengikut perancangan, 3 hari 2 malam lah pun nak menetap di langkawi. Segalanya berjalan dengan lancar, Alhamdulillah.


Jam 4 pagi kereta meluncur laju keluar dari perkarangan rumah teres dua tingkat yang dalam rumah tu dah tak serupa rumah pun. Bak kata kakak, dah macam kapal Titanic yang karam tu. Berselerak tahap tertinggi! Hoyo.....


Baju baju dah disiapkan awal seminggu. Tu namanya semangat tak terkata. Sekarang semuanya dah tinggal memori. Tersergam indah dalam ingatan. Macam nak flashback je masa naik boat and having fun dekat Langkawi tempoh hari. Ceh, bajet ayat nak macam novel jer.......


Jadi, hari pertama kami semua dari rumah penumpang penumpang dalam kereta get ready nak pejam mata sambung tido je. Ayah je yang tahan mata memandu. Biasa, waktu waktu pagi gini dengan keadaan sejuk siapa je mata tak ngantuk kan? Paling paling pun ngantuk tapi taknak tido. Kalau tak ngantuk tu, aku tak tau.


Gerak rumah Uda jemput kakak. Masa gi rumah uda aku duk bonet. Saja gatai nak baring kat bonet alang alang bonet tu besar boleh buat tempat tido. Padahal seat kat depan tu luas lagi. Dah kata ada dua orang je duk kat belakang (abg mir dengan abg wan). Tapi aku nak over selesa plus boleh baring kot tido kat bot kereta. Redah je lah taruk selimut tebal jadi alas macam toto.


Rehat jap rumah uda, minum minum, lepastu gerak Kuala Perlis. Naik feri. Parking kereta di tempat yang diarahkan, lantas kaki sekeluarga melangkah ke kedai makan untuk.....tumpang tandas? Untuk makan lah. Ei.


Lepas makan naik ferry.


Naik ferry dalam tu kira pecah rekod jugak aku ni tak tido. Biasanya kalau masuk kenderaan memane pun konfem tidur. Paling koman pun tido 2 minit. Yang penting tidur. Alih alih dalam ferry ni tak tidur lah pulak. Entah jin mana rasuk aku time tu. Eh, eh. Dengar lagu amik gambar tengok tv (dalam ferry tu) dan itu je lah aku buat dalam feri tu.


Ada jugak aku bangun nak pergi tandas masa dalam feri. Perghhh, kepala rasa nak terpelanting. Pening. Nasib la ada kerusi kerusi dengan palang besi tempat aku berpaut supaya tak jatuh. Sampai kat toilet boleh pulak kunci. Ah, malas nak tunggu. Duduk balik. Masa duduk rasa calm je. Tak rasa macam bergerak pun feri tu. Time berdiri boleh pulak rasa kaki tak cecah lantai. Pelik.


Lepas sampai, kitorang check in Jasmine Villa. Cantik Villa tu. Kira selesa. 5 stars la. Depan dia sawah. Takde kolam ok. Macam kampung. Aircond pun sejuk. Kira okay la. Kitorang rehat kejap je. Malam tu...............


pergi kedai Haji Ismail ape tah aku lupa, beli coklat. Gaya serious macam nak buat party coklat. Paling banyak pun coklat Toblerone. Aku rasa ada la nak sampai 10 kotak jugak toblerone tu. Cadburry dan sebagainya. Banyak gila. Coklat je dah rm 200 lebih. Melampau. Tapi itu kira kali pertama dan terakhir la pun nak beli coklat bebanyak mcm tu. Aku jarang beli coklat banyak banyak. Paling kerap beli kat giant toblerone kecik dekat ferrero rocher je. Dengan kinder joy bentuk telur tu. Eheh.


Lepas dah habis sesi beli-coklat-gaya-nak-mandi-coklat, kitorang balik (kalau tak salah la, lupa). Penat gila. Tu je lah kot kitorang buat hari pertama. Beli coklat. Je.


Hari kedua paling best. Pagi tu kitorang pergi Geopark. Pegang arnab. Ingatkan kena la caj 3 ringgit ke 10 ringgit macam kat MAHA, rupanya siap ada tanda besar kat situ FREE ENTRANCE. Memang takkan lepaskan peluang lah. Masuk je dalam tu terus terkam arnab sekor. Ceh, tipu je.


Baru nak angkat tapi ada arnab putih besar sekor ni gaya nak protect anak anak dia je taknak kasi aku angkat. Nak hidu bontot anak dia, gaya nak gigit tangan aku. Beralih pulak ke anak yang lain. Dia datang jugak. Aku bunuh arnab tu, dapat dosa je. At last dapat jugak alihkan pandangan arnab tu. Dapat la amik gambar dengan arnab coklat terang and putih. Gebu gebu je semua.


Sebenarnya masa masuk geopark memula tu dah nampak arnab terlepas jalan jalan tepi tu warna coklat. Comel gila! Aku nak tangkap dia pergi lari. Nak kejar kejar memang tak mampu. Biarkan je lah. Ada itik dengan angsa etc.


Lepas amik gambar dengan arnab, tengok ada kuda. Naik la kuda. Lepas naik kuda naik kereta kuda pulak. Lepastu buat tangan daripada lilin. Lepastu minum. Lepastu..... amik gambar dengan ular. Lepastu beli icecream. Lepastu masuk van balik makan nasi pulak. Heh heh heh.


Mestila aku basuh tangan. Geli senanye pegang segala jenis binatang tu. Agak sampai petang jugak kitorang habiskan masa kat geopark tu.


Petang tu keluar lagi. Balik kejap je nak solat. Jamak sekali. Baru ingat dapat la rehat lama sikit, rupanya pergi geopark forest ape tah pulak. Naik boat. Penat memang penat. Tapi macam letak tepi sebab bila dengar perkataan boat dah excited lebih. Huhahuha.


Masa naik boat pergi gua kelawar, gelap. Kata tak boleh flash dalam tu. Yang aku peliknya bawak masuk torchlight boleh pulak. Macam tak relevan je. Torchlight dengan flash kan lebih kurang jugak adik beradik lampu je =='


Tapi tetap patuh. Nampak la banyak gila kelawar duk terbalik bawah batu dalam gua tu. Seram. Takut dia terbang je, tak pepasal. Aku pun baru tahu kenapa kelawar suka duk terbalik. Sebabnya... aku dah lupa. Hahaha, aku ada baca sign board kat tepi tu pasal kelawar. Entah kenapa dia takleh duduk betul betul, kalau tak salah sebab kaki dia berat. Menyukarkan dia untuk duduk betul betul. 


Lepastu pergi tempat helang makan. Maksudnya tengok helang bebanyak amik makanan dalam laut. Seronok je tengok. Cekap helang helang tu amik ikan dari dalam laut. Dari atas meluncur laju ZAPPP tangkap ikan. Cantik.


Info: Aku baru tahu nama Langkawi tu bersempena dari nama burung helang. Burung helang tu nama dia Langkawi la. Sebab tu Langkawi lambang dia burung helang besar. Aku baru tau (betapa losernya diriku ini....)


Pastu pergi makan kat tepi laut tu, ada la dia buat, pergi pulau kasut, apa buaya tah. Tempat tu pernah ada buaya, tapi sekarang takde dah la, kalau ada time tu entah hidup ke tidak aku sekarang ni. Best. 7 tempat pergi masa naik boat tu. Tapi aku tak ingat pun. Yang aku cakap tu je lah aku ingat.


Lepastu balik.


Hari ketiga tu, pergi lah tempat LANGKAWI yang ada helang besar tu. Amik gambar kat situ. Ramai berkerumun dekat situ. Pakat amik gambar je semua. Termasuk keluarga aku sendiri. Ada la pengantin baru ni mintak aku amikkan gambar diorang. Seronok aku tolong diorang, baik.


Lepastu kan, ada dua orang ni, pakcik dengan makcik. Memula pakcik tu amik gambar bini dia, tukar syif pulak bini dia amik gambar suami dia, mak aku ni pun dengan ramahnya tanya la si bini dia tu, nak tak suruh kitorang tolong amikkan gambar diorang ke? Mana la tau diorang nak amik gambar sama sama tapi takde orang nak amikkan kan. Si pakcik ni pegang kamera, dengan angkuhnya boleh pulak tak layan kitorang kat depan tercongok senyum manis, lepastu dia hulur kamera dia kat anak dia yang baru datang, tanpa cakap apa apa dekat kitorang.


Rasa macam nak angkat helang besar kat atas tu baling kat kepala pakcik tu je. Nasib kitorang ni peramah and baik tau. Kau jangan nak bajet sombong sangat eh pakcik tua kerepot...... sedar diri sikit. Orang nak tolong, angkuh pulak. Hidung tu bagi penyek sikit. Jangan nak hidung tinggi sangat. Pui! 


(marah sangat tu)


Cut off, kitorang pun amik gambar bebanyak. Pastu naik feri balik ke kuala perlis amik kereta balik. Ingatkan nak balik hari tu, rupanya cari homestay lagi bermalam lagi sehari. Aku dah agak dah pun. Selalu kalau plan 4 hari 3 malam nanti mesti tambah sehari dua lagi. Confirm. Kitorang apa apa mesti tukar rancangan last minit.


Esoknya, pergi padang besar shopping baju, bag. Lepastu pergi rumah Uda. Bermalam lagi sehari. Hahahahahahaha. Tidur rumah tok pulak. Kampung. Jaga tok dengan tokwan sekejap. Bila lagi kan nak jaga tok dengan tokwan. Bukan senang nak balik kampung.


Esoknya (Selasa) balik ke kediaman rumah semula. And here i am. Esok sekolah. Rasa penat je nak pergi. Tapi ingat pergi jugak kot. Insya'Allah. Takut jugak dengan cikgu Aziah. Banyak kali hari Rabu asyik tak datang je.....


Sabtu ni ingat nak pergi Terengganu pulak. Insya'Allah lah kan. Tak confirm lagi. Tujuan nak lawat Aisy. Demam teruk. Hmmmm...


Gambar nanti nanti kot masukkan. Malas nak transfer dari handphone sekarang. He he he. Assalamualaikum.



PAST
PRESENT