Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





ni taktahu.
Saturday, May 5, 2012 @ 7:54 PM


"Lama tak tengok muka hang. Makin buruk." selamba aku tuturkan kata itu. Tanpa rasa bersalah. Alah, dah biasa lah gurau gurau manja dengan abang sendiri kan...


"Abang Mir pun dah lama tak tengok muka hang. Dah macam................" kat sini kami dua orang dah bantai gelak kuat. Bagi aku itu kelakar, ha ha ha!


"Macam muka takde jenis." sambung dia, abang aku.


Berdekah gelak tawa kami dalam bilik tak sebesar mana ni.


Betul, walaupun 2 3 hari ni abang aku memang menetap dekat rumah je, aku rasa macam dah lama tak tenung muka dia. Eh, tenung? Tatap. Dah lama tak nampak muka dia. Kenapa? Mungkin sebab laptop dah memenangi hati. Maka benda lain di luar mahupun keluarga sendiri aku lupa. Macam dah lupa aku ni ada siblings. Ha ha ha, kejam.


Kalau kakak tak beri peringatan, mungkin solat pun aku lupa nak tunaikan. Nak mati awal ke hape aku nih? Macam tak pernah dapat laptop je. Ni lah padahnya, bila dah ketagih satu game. Burger Rush. Walaupun mula mula aku tengok kakak aku main, aku rasa halamak, game bebudak macam ni pun kakak aku kata susah ke? Sampai turn aku main.............


Maki hamun. Perasaan nak baling laptop semakin menebal. Dan macam macam rasa yang lain bila asyik kalah je. Mulut terkumat kamit menyebut benda yang tak sepatutnya. Kureng diajer..... Tapi bila adanya satu level yang kakak aku tak lepas, tapi aku lepas, mula lah kembang kempis hidung ni. Dalam hati, losernya kakak ku ini..... Ha ha ha.


Juga tak lupa game Temple Run dalam Samsung Galaxy Note milik ayah aku sering sekali main. Game ni jangan kata, aku main sekali kalau dah game over mungkin akan aku ulang selama 5 kali. Kalau masih kalah tak dapat teruskan mission yang dia suruh selesaikan, aku give up terus. Beralih arah ke laptop pulak. Sampailah orang lain yang main game tu dan selesaikan mission yang aku tak lepas, mission seterusnya baru aku akan sambung.


Sekarang dah jarang aku sentuh telefon ayah. Bila burger rush dan menakluk hati. Fuyoooo, ayat taknak kalah.







Muhammad Danial Franz, Tengku Ryan Ameer. Dua karakter yang berbeza. Dalam dua novel yang berbeza. Cinta Kontrak dan Lafazkan Kalimah Cintamu. Aku tertanya, ada ke lelaki macam diorang ni wujud dalam dunia? So romantik.......... kah kah kah. Gatalnya kau, Fiqah.


Wujud ke lelaki yang macam Bruno Mars? Lagu, yang penuh makna macam dia cakap dekat perempuan kata kata itu. Bak kata bulan hijau, yang ada lelaki dari planet Mars yang kerek ada lah! Aku saje je bajet cakap pasal lelaki ni. Takde topik kan.


Esok kalau okay, si kakakku yang gedik ni nak pergi PWTC. Ofcourse lah aku ikut sekali! Takkan aku terpinggir kat rumah sedangkan aku yang semangat nak jejak kaki kat PWTC buat pertama kalinya? He heh tak sure lagi pun =')


Ape ape je lah.


Nak solat.


Assalamualaikum.



PAST
PRESENT