Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





post memalam buta. eh, pagi?
Sunday, May 6, 2012 @ 3:28 AM



Bismillah, salam.

Bila mata berjumpa camera. Bila bibir meniti senyuman. Bila tudung tersarung di kepala. Mula lah bunyi 'snap' terus terusan berbunyi tanpa henti. Ini lah terjadi bila Afiqah Yusof nampak kamera, telefon, atau webcam. Mahu saja pecah kamera kamera ni semua asyik tatap muka yang sama selama sejam setengah non stop. Gila. Aku sirius okay!

Tudung masih lagi tersarung sedari tadi. Aku rasa dah sejam aku pakai tudung masih belum aku buka. Nak kata ada orang datang tak juga. Ye, tujuan aku sarungkan tudung hanyalah sekadar bertujuan untuk amik gambar............. Padahal seluar pendek gila. Eh, diam. Bukannya aku amik gambar show kaki sekali.

Ibu ketagih dengan game Plant Vs Zombies sejak menetap di rumah Kak Min beberapa bulan yang lalu lagi. Sekarang dah sampai level entah berapa yang aku pun tak tahu level tu pernah wujud! Siap ada kolam, zombi naik pelampung lagi... Tapi ibu dah pun menang level yang tu. Kalau tak salah sekarang ibu tengah main level yang kat situ berlantaikan lantai kotak kotak. Entah apa apa je lah punya game main tembak tembak je.

Scha Al Yahya dan Awal Ashaari dah pun berkahwin. Dena Bahrin dan entah siapa nama suaminya itu pun sudah berkahwin. Sekarang makin ramai berkahwin. Umur masih muda pun dah berkahwin. Yang umur 19 pun ade. Tapi itu perkara biasa. Lagipun baik. Kahwin awal kan Syaitan menangis. Tahniah kalian semua, anda berjaya membuatkan Syaitan menangis! Ho ho ho. Sila tepuk tangan (hulur cermin).

Bila pulak kakak aku nak kawin?

Esok merupakan hari terakhir Pesta Buku akan dilanjutkan. Setelah itu semuanya akan berakhir... tiada lagi pesta buku untuk tahun ini. Aku sedih gilerrr kot tak dapat pergi....... percaya atau tak aku tak pernah langsung pergi pesta buku. *menangis keluar air mata warna merah biru oren pink*

Aku rasa macam mood nak webcam dengan orang je. Tapi memandangkan sekarang (jam ditilik) dah pukul 325 minit pagi... aku rasa takde sorang pun kawan yang aku kenal on pepagi buta gini... Aku pun takde mood lagi nak ber-tweeting sejak kebelakangan ni. Ada lah sebabnya dimana buatkan aku hilang semangat nak on dah. Sobs. Sedih je citerr aku nih. Heh.

Aku dah rasa macam... bukan rasa. Aku yakin bahawasanya aku dah tiada topik lagi untuk dibahaskan pada pagi buta ini! Maka berakhirlah entri kita sekarang... Selamat tinggi tamo rindu rindu kerana dalam beberapa jam sahaja lagi aku akan hapdet baru. Padahal takde siapa baca pon blog kerepot aku ni. Lantak la. Aku kisah ape kan? Kih kih kih..



PAST
PRESENT