Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Rindu.
Monday, May 28, 2012 @ 1:31 AM


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.


Entah kenapa rasa rindu dekat kawan kawan makin hari makin membuak rasa tu. Padahal baru hari Sabtu dengan Ahad. Kalau tak cuti dua minggu pun, dua hari ni akan cuti jugak. Tapi pelik, kenapa minggu ni rasa rindu tu pelik semacam? Mungkin sebab dah tahu lepas sabtu dan ahad ni akan ada cuti yang panjang. Lagi lah rasa rindu membuak buak.


Dalam kereta aku dapat satu mesej. Baru aku nak karang mesej dekat dia, dia dah hantar dulu. Bila tengok nama dia tertera dekat skrin telefon. Lagi lah rasa nak menangis, menjerit dan semua dalam hati. Rindu kawan sendiri. Mana nak dapat gelak terkekek 2 minggu ni. Lain rasa, gelak dengan kawan dengan gelak family. 


Terubat rindu sikit bila berbalas mesej dengan Addina. Dia dekat kampung. Esok balik. Boleh lah calling calling malam esok. InsyaAllah :-)




Betapa tah pape nya aku edit melebih sampai gambar jadi pink serta nak bajet 'we are very comelzzzzz' siap ade love, namy kat bawah tu *ew* Kan aku dah kata, aku still pakai shawl tapi kali ni aku cover la belakang punya side tu. Siap pin kat tepi tepi lagi supaya tak kena tiup angin pastu melayang shawl aku nih... tinggi betul imaginasi. Wkwkwkw


Anyway, karangan pendek aku tu sejak kakak sedare aku suruh buat cerpen, dia suruh buat satu je, aku pun dah ngam sebab ceritera dia pendek, senang nak fikir, aku pun buat sampai tiga sekali. Cerita yang tergantung tu aku biar je dulu. Aku nak update jarang jarang. Sebab kalau aku update 2 ep satu hari konfem cerita tu pun dah tak jadi cerita. Kahkahkah. Perlukan idea yang bernas.


Perasan atau tidak watak heroin dalam karangan panjang gilerrrrr, nama dia Amirah. Dan kebanyakan cerpen nya memang aku suke letak watak nama Wani sebab Wani tu nama kakak sedara aku pulak. Aku ni memang kalau bab bab reka nama aku takut tak jadi nama manusia je.... aku main hantam je lah letak nama saudara kan. Kang letak nama sendiri jugak kang....


Esok hari Isnin. Ibu kata nak pergi rumah Kak Min tapi ikut aku la aku malas betol nak ikut. Dah lah aku frust dgn Kak Min for certain reasons terutama sekali kak min asyik tak bagi Balqish tinggal rumah aku je. Alasannya ada kelas tambahan la tusyen la bla bla bla. Tiap cuti ada je... aku pun naik bosan. Boleh pecah kepala otak takde rest langsung. Waeeeeee


Si budak terengganu juga ada kat rumah Kak Min. Tu buat aku essaited dan bertambah ragu ragu sama ada aku nak pergi ataupun tak. Aku takut la kalau aku pergi nanti tertangguh homework kat rumah (alasan poyo) sebab aku tau kalau aku bawak homework gi sana pun aku takkan sentuh. Tu lah aku, wkwkwkwk


Maksud aku bila budak terengganu slash AWATIF ada lagi bertambah essaited la kalau aku pergi sana. Excited bertambah = kegedikan terserlah = taknak balik = merengek nak tidur 2 minggu. Tu la masalah aku. Tu la.... Tula..... -___- Sebab tu aku rasa macam taknak pergi je. Lagipun asyik aku je bertenggek tidur sana. Nak ajak orang sana tidur sini tak bagi bagi jugak. Tension.



PAST
PRESENT