Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





that...mini heart attack?
Monday, May 21, 2012 @ 4:51 PM


Bismillahirrahmanirrahim, salam.


Post kali ni, aku nak masukkan beberapa gambar sahaja yang aku petik daripada Mr.Google. Ha, perlu ke ada MR? Ini adalah gambar gambar yang sering kali terjadi kat aku sendiri (ayat.....) benda benda yang buatkan jantung bergedup kencang ketakutan selama 5 saat kemudian dah okay. Mini heart attack, pendek kata. Aku konfem sesetengah korang pun pernah kena jugak. Espicially yang ni,





Yang last sekali ni la selalu jadi dekat aku. Tak tahu la apsal, japgi mimpi ada tikus tengah kejar tup tup bangun rasa macam terjatuh dari katil padahal elok je straight atas katil. Heh. Yang first tu tak payah cakap........... u_u 

Second tak selalu, bila masa aku gatal nak turun tangga sambil tutup mata sambil mulut menyanyi, ha time tu lah akan terjadi insiden gambar ke dua. Kah kah kah, aku pun tak tahu kenapa perlu aku tutup mata waktu menyanyi turun tangga. Bajet feel turun pentas.

& last but not least,


Memang selalu tersangkut dengan charger laptop. Tapi lagi best punya bila kaki sendiri yang tersangkut, bukan kerusi. Tu lagi sedih. Jatuh tersungkur memang nasib diri sendiri je la u_u Anyway Alhamdulillah jugak la selama semua benda benda kat atas ni pernah terjadi kat aku, tak pernah lagi aku jatuh akibat perkara perkara ini. Ayat nak baku lagi.

Btw, aku baru tahu hal ni beberapa bulan lepas bahawasanya bila kita bersin (keluarnya suara HACHUUUUUMMMM dengan kuatnya) adalah saat itu bila jantung dan nadi kita semuanya stop sesaat kemudian okay balik. Thats why bila kita bersin haruslah kita lafazkan Alhamdulillah! Kau jangan cakap Astaghfirullahal'azim sudah la... sesetengah orang ada jugak yang salah lafaz eh. Dont ple ple. Ada yang menguap cakap Alhamdulillah tu aku tak tahu la, hahaha.

Okay another (wayyyyy) sebab dari tadi duk by the way anyway je kan, aku nak ucap CONGRATULATIONNNNN dekat Kyuubi Fox (nama beliau dekat FB) atau yang biasa digelar Ubi, sebab 5 haribulan 6 ni nak buat operation tulang belakang (penyakit kami sama!) Seronok dengar berita ini. Hey, operation which makes our spine will be straight itu sangat lah menggembirakan satu gang scoliosis okay walaupun rasa berdebar dan takut tu msti lah ada tapi seronok tu lagi power rasa dia. And ofcourse good luck Ubi! Lepas ni sila pepandai upload gambar besi besi dalam badan tu bawak masuk facebook dan pastinya nama Namy Yusof akan tertera dekat kotak comment. Kuikuikui, so happy. 

Bila turn aku plak? 

Lek luuu, tak ready lagi =p Plus kena bergantung kat spinecor and exercise dulu! Yang lain aku serah pada Allah. Tp aku sebenarnya teringin nak operate tau =p Sebenarnya la kan... tapi itu aku pendam sendiri je, sebab memang semua family nak elakkan daripada kena operate. Plus kawan kawan sekelas pun sama.... risiko tu. Aku pun sebenarnya nak taknak je. Matlamat pertama memang la nak tulang straight, siapa taknak. Yang boleh buat cuma operation je. Nak harap spinecor ni aku rasa macam takde beza je aku pakai berbulan bulan ni u_u sad story. Shh, dont tell anybody.

 Bila aku dah fikir masak masak dan sangat tak tahan pakai spinecor ni and rasa malas nak exercise, (macam mmg apa aku hadapi sekarang je, puiiiii) time tu baru aku akan beranikan diri nak report ayah & ibu bahawasanya aku nak buat pembedahan. Yezza.

Usaha tangga kejayaan (ha). Kehkehkeh. Poyo jer. Padahal exercise pun kena suruh. Pooooorrrdah =p









PAST
PRESENT