Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Ulcer.
Thursday, May 10, 2012 @ 2:03 AM


Bismillah, salam.


Ulcer. Apa yang aku tengah hadapi sekarang. Kesakitan. Yang teramat. Mak oi, rasa nak cabut lidah. Ish ish ish... Maksud aku nak cabut ulcer tu keluar. Sakitnya memang perit. Macam lah kau tak pernah kena ulcer... Aku jarang menggunakan bonjela atau apa apa ubat lain yang biasanya orang akan guna untuk sembuhkan ulcer ni. Aku tetap dengan cara aku. Aku yakin ramai jugak yang guna macam ni. Simple. Jimat. Walau pedih, tapi cuma sekejap. 


Garam. Air garam.


Dua ni je yang aku selalu buat. Letak garam banyak banyak dalam piring. Pergi depan cermin. Letakkan garam dekat tempat ulcer. Mengalir air mata. Kaki dihentak hentak. Sakit........ Pedih........ Aiseyh. Tapi aku tahan. Kemudian tempat ulcer kebas. Aku dah tak rasa apa apa lagi.


Cara kedua air garam. Letak garam dalam cawan, tambah air, diadukkan kemudian kumur. Nak minum terus pun takpe. Aku kekadang minum terkadang kumur je. Kau kena faham, aku ni suka garam. Kalau boleh masuk dapur nak je amik secubit garam jilat jilat. Masam. Eh, masin? Sedap...


Lagi lagi bila buah kedondong atau buah belimbing yang kecik tu di cicah garam. Pergh......... fly like a g6. Aku memang suka makan benda benda masin. Terutama sekali... garam. Eh.


Itu je keistimewaan ulcer. Boleh aku makan garam. Jilat sikit amik kesempatan makan garam. Tapi kepedihan tu memang lah tak siapa pun suka. Tersiksa selama 5 hari pun dah rasa macam tak mampu nak makan 10 hari. Sobs T_T


Ohya, bercakap pasal sakit dan pedih, semalam rakan rakanku kena suntik HPV Dos ke dua pulak. Aku dah semangat nak suntik together gether dengan kengkawan. Tapi nurse pulak kata dos pertama aku buat kat klinik kan, jadi dos kedua kena kat klinik gak T_T Buat penat je aku beratur panjang. Dah sampai turn tak jadi pulak. Bagi flying kick kat nurse pun apa tak dapat.


Yang aku marah sangatnya nurse tu muka masam macam hape, pastu garang macam sekolah tu bapak dia punya. Aku memang....... tak suka orang luar sombong taik kucing kambing lipas semua ni. Kot ye senyum la sikit. Tak payah la nak arah aku keluar dari bilik kesihatan tu seolah olah aku tengah kacau org tengah suntik. Aku tercongok je pun... 


Tp memang since aku kena dos pertama kat klinik tu, nurse sama jugak. Sombong gila kot...... Rasa macam nak baling kasut je. Aku saman klinik ketot kau tu kang. Cehwah.


--------------------


"Kenal Namy Yusof tak?" -tanya aku pada simsimi.


Jawapan simsimi........... jeng jeng jeng.



PAST
PRESENT