Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





=')
Wednesday, June 6, 2012 @ 2:12 AM


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum.


Jam 12 tengah malam macam tu aku turun bawah cari makanan (tak de pendahuluan kali ni), yang ada tomyam saja tapi nasi nya takda sedangkan aku laparkan nasi untuk dijamah. Gila sedih aku dibuatnya, tomyam pulak yang beli dekat restoran belakang rumah tu tawar. Jadi tak sedap kalau ratah saja. Aku pun pergi ketuk pintu bilik abang.


"Abang Mir! Tidur dah ke?" ketukan dah berselang seli dengan suara aku. Tolong lah jangan tidur lagi. Aku nak mintak tolong masakkan maggie! Tapi lama aku berdiri depan pintu, tak ada suara atau tanda tanda yang abang aku akan jawab atau buka pintu atau apa apa lah. Kiranya dah tidur. Aku pun dah pasrah menyerah dah fedup sume aku terus naik atas layan plants vs zombie. Ha ha ha, sadis.


sejam kemudian abang aku masuk bilik sambil handphone dekat tangan tengah dengar lagu dan muka dia langsung takde muka monyok macam muka baru bangkit tidoq. Maknanya tadi masa aku ketuk pintu dia adakah dia sengaja buat pekak? Tapi aku buat taktau la.


"Tadi org ketuk pintu bilik tak jawab pun. Baru nak mintak tolong masak maggi." Time ni pukul 145 gitu.


"Abg Mir tidur la tadi. Ngantuk." ngantuk tu jawapan bagi aku kata tolong masakkan maggie, maknanya dia taknak. Aku pun buat tak kisah, sedih. Perut ku berkeroncong T___T


Lepastu abang aku get out dari bilik. 20 minit kemudian dia masuk balik sambil bawak mangkuk yang entah berisi apa aku tak tahu, sebab aku duk kat lantai jadi kalau aku pandang mangkuk tu pun aku nampak bontot mangkuk tu aje. 


"Untuk orang ke?" aku tanya selamba. 


"Hah?" kerek je suara amir. Aku geleng, "Takde pape." aku malu sebenarnya. Iyelah, aku berharap maggie.....


Abang Mir letak maggie atas kerusi kecik sebelah aku. "Nah, makan. Abg Mir buat dua bungkus tu. Habiskan." ha kau! Nak sangat lapar sangat kan, Dua bungkus terus dia masak. Jadi aku share dengan ibu yang tengah leka main zombi.


Terharu giler aku abang aku sayang kat aku sanggup masak memalam tu hukhak jom teman aku nangis terharu.


Tetibe kakak aku masuk bilik tanya mana kepala charger, lepastu dia terpandang maggie jadi mula lah kongsian maggie tiga beranak. Baru aku nak pelahap semua tapi semua nak share sekali memang la tak kenyang T___T ceh tamak nak mampus, padahal aku takkan habis.


Tu je lah aku nak cerita. Aku nak sambung makan. Goodbye!


*Aku tengah cari theme untuk edit blog orang.



PAST
PRESENT