Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





demam.
Thursday, June 14, 2012 @ 1:43 AM


Bismillah, salam.


"Aku tengah demam ni." aku memberitahu.


"Lah, habis tu siapa suruh kau datang sekolah?" Addina jawab statement aku dengan soalan.


"Entah, sebab esok nak ponteng lagi."


xxx


"Afiqah, bangun. Jom pergi klinik."


xxx


Baru aku sedar, perbualan aku dengan Addina dekat sekolah tadi hanya mimpi 2 saat sahaja.


xxx


"Ibu tau tak kenapa Afiqah demam?" kakak soal.


"Kenapa?" soalan dijawab soalan.


"Sebab tiap tiap hari dia tidur lambat. Lepas subuh baru nak tidur."


xxx


Mungkin aku penat semalam dari tengahari - petang berjalan sakan dekat Jalan Tar, dan sogo sebentar kemudian balik rumah dalam keadaan kecewa dan penat. Dan dalam keadaan sakit tekak.


Kecewa tak dapat beli Varsity. Tapi tak apa, tak ada saiz pun.


Warna pulak takde lah cantik sangat.


Tapi tetap kecewa.


Malam tu juga aku boleh agak, "Besok mesti demam. Tekak dah sakit."


Ingatkan esoknya, tup tup malam tu jugak badan lemah.


Dan demam time tu jugak.


"Besok kalau demam ibu tak bagi pergi sekolah."


Aku sedih dalam hati.


Aku pasti harini mula demam, esok mesti makin teruk.


Dan tadaaaa.


Pagi tadi aku hanya tidur tak ingat dunia. Langsung tak bangun. Malah turun dari katil pun aku tak bermaya. 


Tapi tadi pergi klinik. Pukul 9.


Keluar dari bilik doktor pukul 9.50. Maknanya 50 minit dalam bilik doktor berborak tentang scoliosis.


Doktor bagi MC harini dengan esok.


Maknanya Selasa dah tak pergi sekolah, harini pun tak pergi sebab demam, mc diberi doktor maknanya esok pun tak pergi. Jumaat terpaksa ponteng, ada kenduri.


Means, minggu ni pergi sekolah sehari saja.


How.Cool.Am.I?



PAST
PRESENT