Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





ohyeah!
Saturday, June 23, 2012 @ 4:42 AM


Bismillah, salam.




Kau melihat diriku , seperti sesuatu yang mencabar dirimu, akal dan mindamu.
Kau mendustaiku, kau bilang mereka tak tahu, siapa diriku, sedangkan kau juga begitu.
Segala kata cacian yang telah engkau berikan, membuatku rasa kosong kosong, oh.
Setiap detik diperhatikan, kau cari cara putar belitkan, kau jadikan diriku kosong kosong..
Kini aku bangkit, membuktikan yang ku tak sakit, dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas brjalan, bergerak ke hadapan dan akan ku buktikan siapa diriku yang sebenar!

Memandangkan besonya hari Sabtu -- hari cuti, biasa, selama dua hari, jadi aku mengambil kesempatan seperti hari hari cuti yang sering aku lewati dengan tidur pepagi. Tak pun pukul 10 pagi japgi baru aku tido. Heh. Memalam gini layan lagu kosong memang best.

Part yang aku bold kan tu adalah part yang paling aku suka dan sering aku nyanyikan dengan kuat (padahal semua oktaf sama, tipuuu tipuuu). Sebab lagu ni macam menceritakan tentang kebangkitan dan kekuatan, kesemangatan seseorang untuk terus berjuang walaupun di caci dihina dan sebagainya. Hooooraaay, big clap tu Najwa Latif sebab nyanyi lagu ni dan sesape je lah yang reka lirik ni, ke Najwa sendiri I oso dunno dun care.

Jarang sekali nak keluar lagu tentang seseorang yang nak teruskan hidup lepas kena caci. Walaupun lagu ni selalu dijadikan bahan lawak, roti kosong lah, add math kosong lah apa lah etc. Tapi still this song fits me well. Bukan aku nak kata aku kena caci kena hina atau apa, Alhamdulillah belum lagi tapi aku pun tak pasti nape aku kata lagu ni fits-me-well. Poyo tak poyo tak perlu guna bahasa english kat situ? =p

Nak bagitahu besok ibu nak pergi kenduri kat perak. Bye, Ibu, kakak. Aku tak boleh ikut sebab ada exercise macam biasa. How sad my life is. Ingatkan dah habis rupanya still ada lagi.... Tapi takpe, aku pun malas nak ikut =)


Jam sekarang pukul 4.40. Alang alang tu baik aku tunggu Subuh je terus kan? So whatever, assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh!


Selamat tidur bulan bintang, besok selak muka surat baru! Alhamdulillah Ya Allah, aku masih berkesempatan untuk bernyawa =)


Sentiasa dalam mood bersyukur even kekadang sering juga aku merungut. Herm.


Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.



PAST
PRESENT