Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Picturessss.
Thursday, June 21, 2012 @ 10:08 PM


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum!


"Dalam bilik orang ada lipas. Tolong bunuhkan."


"Go kill yourself."


Tawa pecah.


GO KILL IT BY YOURSELF.


Oh my english. Ahaks.


As i promised, gambar masa kenduri tempoh hari..


Memang sangat banyak. Jadi tarik nafas panjang panjang =p Ceh poyo je.




This. Is. Adam!!


Kakak.


FarahNajwa.


Ariyana Abas.


Fatin Hanani.








Dak dak syok sendiri XD


Kak Nad, Adik Angkat Kak Najwa, and Kak Najwa. Sebenarnya xtau nama.


Farah Nadia! FYI, Kak Nadia and Kak Najwa are twinssss.






Kak Fatin and her boyfriend. 



Muka bunga. Tu aku.


Kak Nadia and Nana.



Gedik giler nak jugak amik gambar dengan semua orang =p With Nana! ;D



Anak dara duduk di tepi sungai...
Duduk menjerat si ketam lah batu....


Family belah si suami.


Pengantin! Kak Qilah ;D


Fatin Zawani!


Kakak lagi.




Kakak & Ayah Teh.


Me with Ayah Teh, Zulkifli!




Penat dah. Aku dengan bobok.


Dan lagi.



Me with Kak Yana ;D


Kak Yana dengan Kwani. Sorry gambar rotate belah sana.



Tonggek tu woiii. Malas nak cropppp




Ni aku taktau minah mana =p



With Fzawani.

Fuhhh. Penat nya nak type di setiap bawah gambar. Wakakaka padahal tak letak pun takpe. Tudung style credit to Dianah Bahrin! Video beliau kat youtube yang mengajar tutorial cara pakai tudung bawal - labuh telah menarik perhatian kami anak darew (aku dah anak dara kah?) untuk mencuba dan tadaaaaaa. Kami siap pakai kat kenduri yang penting lagi tawww. Kihkihkih.


Tudung pink dua tone, semua beli dekat Jalan TAR. Yang aku kata harituuuu.


Cerita pasal kenduri sudah aku ceritakan pun haritu so were going onnnn to the next topic! Tadi Hari Olahraga ke dua. Serious aku nak katakan di sini..


Bahawasanya...


Aku...


Menyesal gile datang. Rasa macam nak bawak kapal terbang mendarat atas kepala cikgu cikgu kat situ. Bleu.


Sesampainya aku di sekolah pada jam 7 pagi, kemudian terus cari kelibat Arisha dan rakan rakan lain pastuh HAIIIIII. WEH KAU DUK MANE WEH. KAU ASAL LAMBAT HEK ELEH YE YE JE PUKUL 6 30 PADAHAL PUKUL 7. WEH NAIK BAS SAMA TAU. WEH PEGANG KUPON BAS. Memang semua gaya macam nak gi Gua Tempurung. Padahal UITM Shah Alam saja. Menumpang stadium!


Beraturnya kami bersama sama satu line maka alhamdulillah kami duduk dalam satu bas semasa bertolak pergii. Bila dah sampai sume semangat turun kan, carik tempat duduk tapi aku la paling sedih sekali dengan kengkawan. Semua tercongok mencari tempat duduk yang tidak wujud di depan mata. Takde!! Rasa macam nak hamburkan segala perkataan. Tapi ditahan.


Aku ingatkan aku orang pertama yang jejak kaki nak duduk atas bangku, last last dah penuh. Sobs. Tapi takpe, kitorang still duduk depan sekali tapi kami berdiri. Tahap kelenguhan - high!


Bila dah rasa sampai part acara acara membosankan, apatah lagi bila acara perempuan lari, lagi la malas nak tengok. Ceh kwangja, bila lelaki lari je nak tengok sebab laju. Lagi lagi bila lawan sekolah. Semua laju. Jerit macam nak keluar anak tekak, tapi aku tak jerit la. Tak sokong memane pun, even sekolah sendiri! Hehehheheheh.


Duk kat tengah orang lalu lalang, berteduh kat situ. Dengar lagu. Duduk macam forever alone, pastu melayan perrrssssaaaan. Oh i missed the A! pastuh, tidur tengah jalan. Baru feeling ke hari sukan-an. Kan kan!


Sehari suntuk ini juga aku cuma berkepit dengan Arisha dengan Mat Mr Bean sahaja. Aku pun tak paham nape mat mr bean ni follow je ktorang macam body guard tak berbayar. Tapi takpe. Tak kisah. Kejap kejap kitorang cari Addina pastu tak jumpa. Tapi bila dah tanya orang tu last jumpa la jugak. Kitorang tak buat pape.


Yang aku bengang tahap rasa nak nangis serta baling kerusi kerusi kat uitm tu keluar, adalah apabila cikgu tak bagi makanan!!!!!! Itu juga salah satu sebab nape aku menyesal datang. Dah la duduk tengah jalan macam merempat kan, cehwah padahal sume duk situ, tapi takde kerusi, kira atas lantai, lepastu takde makanan T_______T


Ni hari sukan ke hari penderaan?


Dan lebih menyakitkan hati bila nak beli makanan menggunakan kupon pulak. Kupon tu 5 hengget. Aku takat nak beli tu boleh je. Kupon tu sepatutnya di jual oleh manusia entah form bape pastu patutnya datang kelas demi kelas untuk jual. Sadly pemegang kupon rumah sukan aku takde pun datang kelas aku! Acane nak beli kan? Memang kebulur la aku 9 jam kat uitm tu. Betapa marahnya aku apabila tak boleh beli makanan menggunakan wang ringgit?


Kurang hajarrrrrrrrrr!!!


Akibat keserikan dan ketraumaan dan kefobiaan, aku berjanji pada diri aku lepas ni aku taknak hadir lagi kalau sesi giniiii atau kalau aku pergi aku akan bawak bekal! Betapa geramnya aku.. Ce kira berapa tanda seru ade.


Lagi aku bengang masa nak balik dari UiTM semua serbu bas. Bas tak tersusun atur macam masa nak datang tadi. Sebab time nak datang cikgu susun untuk yang ikut acara dan yang tidak. Bila dah balik ni cincai boncai je lah kan. Semua pun cari melilau, bas kosong... Bas kosong... Bila dah jumpa, memang aku lari gilaaaaaaa sampai jejak kaki atas bas, tetibe cikgu kira 47... 48... aku lah orang ke empat puluh LAPAN. Lepastu cikgu kata, "Ok 48 orang je lah yang lain naik bas lain."


Aku yang baru nak cari tempat duduk terus toleh belakang, OMG CIKGUUU. Kawan saya cikgu kat luar cikgu i am alone!! Terus nak atur langkah turun tangga balik tapi cikgu tahan "Jangan fikir kawan!! Nanti nak pergi sekolah yang sama jugak!" dalam hati yang menyimpan dendam, aku pun pergi dan cari tempat.


Buntu. Takde tempat puns. Mat mr bean belakang aku, "Kau duduk depan cepat. Sebelum orang amik. Duduk je. Cepat." Aku pun cecepat gi depaaaan sekali duduk sorang sorang. Pastuh tertidur. Bangun je dah sampai sekolah. Hureyyy.


Bila dah sampai aku cari Arisha. Dia pegang bag aku hokay! Aku cuma pegang botol air milik Arisha dan handphone yang ada dalam poket sahajaaa.  Carik... carik... pastu baru Arisha datang kat belakang kasi bag.


Pastu telefon ibu.


Bila dah masuk kereta, itu lah feeling paling tenang aman damai semuanya aku rasa. Fuhh, balik rumah terus serbu NASIIIII. Kau bayangkan kelaparannya dari pagi langsung tak sarapan selama 9 JAMMMM?!?!??!


Bila serbu nasi tengah makan tu, tengok jam pukul 4 30. Kelam kabut aku bangun pergi dapur amik wudhuk. Baru teingat Zuhr tak solat lagi. Nasi pun tinggal. Terus solat. Pastu sambung makan. Bila sambung makan tu aku tertidur akibat terlalu letih =p Dengan tangan yang berlauk tu, boleh aku selesa tidur kan.


Jangan tanya aku macam mana aku boleh selesa.


Aku pun tktau. Tapi yang penting best gile dapat tido.



This is Arisha =)


Balqis dengan Addina. Addina yang belakang ;D






Dengan Puan Lim! (kekok nak sebut puan sebab biasa sebut Miss Lim before dia kahwin dulu)


Cikgu Siti Zalzahila. Cikgu yang pernah aku berdendam dulu tu? Sekarang takde dah ;) Beliau akan beranak minggu depan!!



Ni lah mat mr bean, the one i was talking about. Yang duk ikut kitorang ke mana sahaja. Pui.


And this is Izzat. Ketua kelas aku.

Im done.



PAST
PRESENT