Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





post boring.
Friday, June 1, 2012 @ 2:07 AM


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.


Aku masuk dalam bilik ayah dalam tengah malam jugak. Makanan dekat bawah semua dah habis. Apatah lagi air air yang dah puas satu rumah teguk sampai tak ada langsung air yang tinggal. Lampu dekat ruang tamu bawah memang semua dah dimatikan. Maknanya tunggu masa nak tidur je.


Ayah masih dalam bilik tak lekang memandang skrin komputer. Buat kerja, memang selalu. Tak pun baca MalaysiaKini. Peminat tegar MalaysiaKini tau ayah ni! Tapi mata aku langsung tak tunjuk tanda tanda nak terkatup rapat. Tak minta rehat lagi. Jadi aku pun masuk dalam bilik ayah tanpa segan silu mintak pinjam telefon ayah sekejap. Tujuan; main air penguin.


Ayah meminta, 'Afiqah, tuangkan ayaq kat ayah'. Penang, biasa.


Aku diam. Fokus dekat game. Lama sikit baru aku jawab, 'Air dah habis.' Ayah diam. Maybe dah taktau nak kata apa. Aku tahu ayah bukan gemar sangat minum air kosong. Jadi aku tawarkan bantuan, ewah. Macam ape je gaya, sebab aku rasa kesian tengok ayah. Lagipun balas budi habiskan bateri handphone ayah :p


'Afiqah buat lah. Ayah nak air apa? Teh? Milo? ke Nescafe?' Aku dah rasa macam waiter kedai.


Ayah fikir 5 saat, lepastu baru jawab, 'Milo lah.' aku yang lompat gembira. Sebab aku memang suka minum Milo. Jadi boleh buat banyak sekali gus. Maknanya aku boleh join share minum dengan ayah sekali. Hukhakhukhak.






Bila dah buat air dekat ayah, masuk bilik kakak pulak. Ada Ibu duk layan game zombie. Silap hari bulan aku dalam rumah pun boleh jadi zombie boring tengok ibu main zombie punya pasal. Ibu pun mintak benda sama, 'Tuangkan ibu air.' 


'Air dah habis'.


Soalan dan jawapan yang sama. Ibu pun macam ayah jugak. Diam. Kira maksud dia dia, 'takpe lah'. Aku buat benda sama lagi, tanya nak air apa. Ibu pun, teh. On my way.


Bila turun bawah, ada lagi orang mintak buat air. Kenapa aku rasa macam memang malam ni semua mintak air je. Boleh syukur bebanyak sebab kakak aku tidur. Kalau tak mesti dia mintak air jugak. Si abang mintak hot chocolate. Perfect, satu milo satu teh satu hot chocolate. Kenapa takde mintak kopi ke nescafe atau laici? 


Memang rumah aku macam restoran dan semua air air tu macam hiasan. Tak terbuat. Bila betul betul dahaga baru buat. Atau dalam mood mari cicah biskut dengan air manisss, baru buat.


Malam semalam pun aku jadi rajin giler buat air kat orang. Hukhakhukhak, dalam kedahagaan aku, air kat diri sendiri taknak buat.... Takpe, minum air ayah.


Anyway, aku taknak la cerita pasal air kan (padahal tak sedar ke dari tadi aku cerita pasal air) =='


Aku sangat bosan sekarang ni. Dah lah lapar. Maggie pulak tak ada. *bunuh diri*


Mak, pukul 2 PAGI MAKANAN APA YANG NAK ADAAAAAAAA?!?!?!?! *tikam diri sendiri* awal awal taknak masak. Tu lah, bongok tahap maksima. Bleu.



PAST
PRESENT