Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





rajin.
Thursday, June 7, 2012 @ 9:48 AM


Bismillah, salam.

Tadi kakak asyik suruh aku edit blog dia je... Sebenanrya lama dah dia suruh editkan tapi aku asyik 'Kejap.....Kejap...." dah berapa minggu. Bila dia tanya tu, time time tu juga aku nak edit blog aku. Dengki betul aku kan. Hahahahaha. Last last harini ter-lembut jugak hati aku nak tolong. Pui, padahal aku memang bosan. Dan tahukah anda time kakak aku tanya tadi suruh edit, dan dan tu juga aku nak edit header :p

Gila jahat aku ni. Orang minta, buat kat diri sendiri dulu...

Apa pun aku berjaya jugak edit blog kakak! Sekali pandang macam bersepah. 2 kali pandang, UNIK mak oi. Aku pun rasa jealous.... Betul. 3 kali pandang macam tumblr. Whatever it is, aku mengaku ianya memang cantik. Thankyou Blogskins!

Jom terjah blog kakak aku! -Click sini.


Dah macam promoter lol. Aku yang terlebih excited tau.... sebab lawo sangat bagi aku. Kakak aku tengah update blog kat belakang aku tu =p Tak sabar nak tunggu dia publish sebab nak baca. Pui. Ahaks.


Next is, bila edit blog kakak aku jadi gitu, aku teringat untuk edit blog kak Wani (agaaaaiiiinnn) sebab dah berapa kali aku edit, semuanya macam simple memang simple gila even memang request mintak simple tapi bagi aku macam terlampau simple dan dah lama aku cari layout yang simple tapi lawa, tapi tak jumpa. Lepastu tadi masa edit blog kakak, jumpa lah satu yang lawa. Dah prepare awal awal untuk edit kat kak Wani.


Tapi before edit, aku send msg dulu untuk tanya sama ada boleh ke tak. Kot kot la dia larang ke tak ke mampus aku memandai je edit blog orang? Hahahahha. Yang penting aku tak sabar nak edit nih. Suka.


Kat orang kemain lawa and unique and complicated+simple punya design aku editkan, tapi bila edit blog aku, aku amik yang simple simple. Sebab complicated sangat kekadang aku pun boleh pening =p (tipu, ini adalah alasan.) entah, kenapa aku tak suka complicated tapi simple punya template untuk blog aku. Mungkin... ah takde mungkin. Aku pun tak berapa pasti.


xxxx


Next topik.


Pagi semalam waktu aku tidur, ayah aku telefon kakak, tanyakan apa nama blackberry aku. Ini kakak aku ceritakan balik. Aku pun pelik memula, kenapa pulak ayah tanya pasal nama bb aku? Tapi aku kan pernah request dekat ayah nak jual handphone and beli handphone macam ayah... So maybe pasal tu. Ayah kata nak cari dulu kan.


Bila ayah balik kerja, laju aku tanya, "Kenapa ayah tanya nama phone fiqah?"


"Ada orang nak beli dah. Kawan ayah nak beli. Esok dia nak tengok dulu. Fiqah siap siap lah handphone fiqah semua. Letak dalam kotak." Ayah cakap sambil tuang air dalam cawan. Boom! Aku rasa macam ada bunga ros tertumbuh subur dalam hati jiwa raga semua. Seronok weh, siapa tak seronok nak berhijrah BlackBerry Bold 4 ke Samsung Galaxy Note the best phone/tablet ever!

Abang Mir yang dengar perbualan aku dengan ayah terus stop kerja sapu sampah dan menyelit antara perbualan kami. "Hah? Kenapa?" sibuk aje. "Nak jual telefon. Orang nak beli phone macam ayah." Abang senyum, nak tergelak, "Mana aci!!! Nak jugak!!!!" Gila gedik abang aku nih. Aku senyum, menyindir. Padan muka. Sape suruh tak cop awal awal. Tapi memang dari dulu lagi dia yang nak dulu jual telefon dari aku. Tup tup aku yang dapat peluang. Dia takut nak repot kat ayah kata nak jual. Takut ayah marah. 

Itulah kekuasaan keberanian. Wakakakaka.


Lepastu aku discuss dengan otak, patut kah aku jual? Nanti aku tak dapat bbm, atau whatsapp dengan cepat, atau... type lelaju macam jet. Tak boleh BIS waktu balik kampung. Yang special dalam sgn yang aku suka sangat adalah game sangat banyak, serta boleh main lukis2 dan internet sangat laju.


Nothing so special pasal instang messaging atau apa apa lain. Internet, video youtube, dan game yang banyak saja. Oh ya, GB yang banyak memory dia banyak gila. Dload bebanyak tak penuh pun (ni boleh beli so diz iz not a big deal).

Aku search internet, Samsung Galaxy Note. Ceh, poyo poyo poyo. Padahal handphone tu ada depan mata je ayah punya tapi gatal nak search internet konon idaman giler gilerrrr. Tenung lelama. Macam nak review, lepastu abang mir masuk bilik. "La, tak aci la macam ni. Nak gak." Aku senyum menyindir lagi. Hak hak hak! Padan muke ko, mir.


Tapi bila aku pikir pikir balik, kakak aku pulak runtuhkan semangat aku hua hua, "Kak Wani, Kak Najwa semua baru nak beli BlackBerry. Menyesal fiqah nanti. Baik jangan. Lagipun handphone fiqah cantik." Ibu sekadar mendengar. Aku tau ibu kiciwa. Siap memarah lagi sebenarnya.


Ibu kata, kalau lah ibu tahu aku akan amik keputusan untuk jual, ibu memang tak akan beli BB ni untuk aku dulu. Iyelah, time nak beli tu memang nak sesangat. Sampai sanggup tunggu kat kedai 20 minit just untuk pujuk ibu untuk beli. End up nak jual.


Sebab tu aku syorkan untuk semua yang minat sangat dengan BB 4, pls dont buy this. Kau akan menyesal. Kerana tak ada apa yang special tentang BB ni. Yang special adalah ianya bb paling besar dan tahan dan touchscreen antara bb lain. Torch memang besar dan touchscreen tapi ianya cepat rosak. Storm aku tak amik port. Jarang dengar pasal storm.


Aku pulak fikir betul betul, betul cakap ibu. Betul cakap kakak. Cousin baru nak berhijrah, aku taknak lepaskan peluang untuk sentiasa bbm dengan mereka. Think wise. Aku taknak menyesal lain hari. Jadi aku cancel. Padahal handphone serta earphone aku dah prepare dalam kotak. Lepastu aku tukar fikiran. Taknak menyesal. 


Aku pun bukak peluang untuk abang aku. "Mir, nak jual ke handphone hang?" 


"Uish, mesti lah nak." Semangat je abang aku jawab macam menang loteri.


"Jual lah. Orang taknak jual handphone orang. Sayang. Kalau nak jual, siapkan barang awal awal. Pack semua letak dalam kotak cantik cantik."


"Cun! Betul ah ni? Tak tipu. Abg Mir dah seronok ni.."


"Ye, jual la. Org sayang handphone orang."


"Orite!" cecepat abang mir search youtube handphone Samsung Galaxy Note yang bakal menjadi milik beliau tak lama je lagi. Mungkin dalam masa 2 minggu. Seronok kemain dia. Senyum sampai langit ahak ahak!

Malam midnight tu abang aku masuk bilik mintak laptop. "Fiqah. Nak laptop. Abang Mir takleh on pakai phone. Dah siap siapkan dah."

Ha kau. Betapa semangantya abang aku siapkan semua awal awal?


Baru je 2 jam lepas, ayah aku usung bag Blackberry keluar dari rumah tuju ke tempat kerja untuk ucapkan Bye bye pada BlackBerry 9900 hitam dari rumah. Aku yang sedih tengok ayah nak jual even bukanlah handphone aku pun. Tapi mcm sedih awww T_T Sayang. Huk.


Aku harap aku tak menyesal kalau tengok abang aku ada Galaxy Note nanti. Hak hak hak, kuaja tak ikhlas. Dah dah. Melebar post ni. Dah lah tkde gambar langsung. Erm.



PAST
PRESENT