Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





random lagi.
Monday, June 11, 2012 @ 11:29 AM


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum.


Kau ada jiran yang baik? Kalau tak ada, kau kena lah jadi jiran yang baik. Ianya perlu. Macam bila ayah kau sakit, tapi mak kau tak pandai bawak kereta. Lepastu tak tahu arah tuju dan sebagainya, boleh mintak tolong jiran. Kalau jiran pulak sombong, wallahualam boleh lah call ambulans datang rumah since sekarang semua dah maju.


Tapi jiran aku memang baik. Sangat sangat baik. So, alhamdulillah. Kejap kejap bagi buah, makanan dan semua. Ni pun aku baru lepas dapat rambutan dari keluarga jiran sebelah. Terima kasih banyak banyak. Kalau aku balik kampung ke apa, kura kura memang mintak tolong jiran je yang jagakan. Dan juga dulu masa ayah sakit, jiran sebelah yang tolong bawakkan pergi hospital.


Baik kan?


How lucky am i.


Mengikut iklan dalam tv, jiran punya sombong tapi lagi sorang tu baik gile. Kita jadi lah macam tu! (kalau jiran jahat) dia jahat macam mana, kita kena lah tolong. Bagi dia sedar. Tapi kalau dia dah sombong, bila kita dah tolong dia sombong jugak, boleh pergi jsbgbg. Hahahahhahahaha.


Aha,


Jangan duduk atas bantal, nanti bisul.
Ni biasanya orang orang tua akan cakap kat kita kalau nampak kita duduk atas bantal. Tak pun nampak kita pijak bantal (tak sengaja) konfem kena tadah telinga dengar diorang berleter sampai habis. Benda ni semuanya tipu je, mana ada bisul bisul. Bisul ni tumbuh sendiri macam jerawat kalau dia nak. Takda maknanya duduk atas bantal terus keluar bisul.


Macam mana bontot tahu kita duduk kat bantal atau kat kusyen? Kan sama sama lembut. Ha, ni tak logik. Gila terer bontot kita.


Ianya direka benda demikian rupa untuk elakkan kita daripada duduk atas bantal. Iyelah, bantal tu tempat letak kepala. Bukan letak bontot besar tu. Kan tak sopan. Padahal aku pun selalu duduk atas bantal.....


Lagi tak logik,


Jangan amik gambar tiga orang, nanti tengah tengah jadi hantu/mati.


Dengar tak apa ustaz azhar idrus cakap pasal ni? Ini sangat lah merepek. Apa kena mengena tangkap gambar 3 orang, 4 orang 5 orang etc dengan pasal kematian atau kes hantu? Tolong lah, siapa yang cipta benda karut ni memula?


Boleh search apa yang ustaz azhar idrus cakap pasal ni.


"Merepek sungguh. Bodo." something, like that.


Kalau bini menangis waktu suami mati nanti suami hidup balik.


Kalau gitu, bini nangis banyak banyak kat suami tu ha nangis nangis, boleh hidup balik -UAI.


Banyak lagi lah orang orang tua cakap macam macam. Jangan kepit kuku malam malam lah, yang ni tak tahu lah betul ke tidak sebab tak pernah buat research pasal ni (wah, research gituew). Jangan makan kat banyak tempat nanti kahwin banyak, jangan makan tukar tukar pinggan, jangan nyanyi kat dapur dapat suami tua, etc.


Semua jangan.


Macam macam pantang larang.


Paling aku rasa nak baling semua benda bila kata jangan nyanyi dalam tandas.


Aku selalu nyanyi dalam tandas.


Tak kisah lah orang kata apa.


Yang penting aku bahagia.


Hahahahahahahahhaha!!


lagi 2 jam nak sekolah, time tu lah aku nak kapur kasut. lagi 2 jam nak sekolah, time tu lah nak siapkan homework. Ya Allah...


Oke, aku bau something smelly dan hanyir serta hapak.


Oh ya, aku masih belum mandi. Sekian. Homework time.



PAST
PRESENT