Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





sekolah.
Wednesday, June 20, 2012 @ 12:20 AM


Bismillah, salam.


Tadi bangun tidur tanpa dikejut pun. Pukul 11 26 pagi. Gosok gosok mata buat lambat lambat sampai tepat 11 30 baru berganjak dari katil. Boleh pulak labuhkan punggung atas kerusi berhadapan laptop padahal patutnya kena capai tuala dan mandi. Ah, tak kisah lah kan.


Buat lambat lambat. Lepastu baru ingat, baju sekolah, inner, seluar, etc tak siapkan langsung. Dah lambat baru nak kalut cari baju untuk gosok pesume. Tolong lah, kenapa tah aku ni....


Lepastu ketuk dahi, terlupa nak basuh --- sental tudung sampai bersih malam semalam. Asyik perkataan 'kejap' je keluar dari mulut kat ibu, lepastu terus tertidur sampai tudung yang plan nak basuh sebab kotor kena water color - belajar seni kat sekolah pun tak di basuh jugak. Semuanya jadi beban dalam kepala pukul 11 30 tu!


Bersepah rumah carik tudung lain. At last jumpa jugak satu tudung labuh gila, tapi biasa la pakai, kotor jugak tapi memang kotoran tu tak boleh hilang. Pakai la Vanish ke masuk machine ke memang takkan hilang. Whatever, pakai je. Tahap ke-lembik-an tudung tu memang high. Aku sangat sakit hati.


Time tu jugak rush cari spray yang bagi keras tudung. Jenama Kleen. Botol penutup kuning. Cari, cari cari. Tak jumpa. Rasa nak nangis. Tudung tu lagi lembik kepala dia dari tudung bawal! Sakitnya hati.... Lepastu terpaksa pakai brooch. Padahal sekolah memang dah larang. Hewhewhew.


Conclusion memang hari sangat kelam kabut. Semoga esok tak jadi lagi. Maka kejap lagi aku akan siapkan semua. Tengok, perkataan KEJAP LAGI tu.. Misi nak carik si Kleen tu malam ni sampai jumpa jugak! Sebab tudung water color tu tetap taknak hilang si polka dot warna pink. Pe ingat tudung gi sekolah cecorak ke?


Apapun sepanjang kat sekolah memang 24 jam kena cover tudung. Sampai sakit hati. Kena pergi tandas 20 kali sehari. Bukan buang air, tapi digunakan untuk tengok cermin. Boleh tak nak tanya kenapa tak sediakan cermin dalam kelas.... Sobs. Betulkan banyak banyak kali. Mana boleh biar. Lembik sangat. Rimas tau. Kena fuh fuhh bibir kasi tiup atas kepala.


Serkup pun derhaka.


Sampai Harith pun tanya kenapa aku betulkan tudung banyak kali sangat harini.


T__________T


Anyway! Harini tak belajar pun. Buat PBS Science dan Math. Subject lain buat hal sendiri. Gila best kalau hari hari gini! Dan kalau nak tahu, harini memang ilmu kat kepala otak memang banyak sangat keluar. Gelak tak ingat dunia. Baru nak nafas 2 saat tergelak balik.


Ni semua Danial Hasyrie punya pasal. Rasa macam nak baling meja guru tu kat kepala dia. Muka dah macam perogol bersiri. Wkwkkwk =p


Ada insiden gedik dalam kelas tadi. Cite dia, aku kelam kabut buat pbs science. Lepastu cikgu dah nak kutip kertas, aku pulak emergency nak cari correction tape. Mintak tolong mat mr.bean si danial ni la cari kan correction tape. Dia pergi sesuka hati amik Nabil punya. Aku pulak taktau..


Aku dalam kesesakan nafas aku main guna je la correction tape tah siapa punya. Nak cepat, kan. Didapati pulak correction tape tu tersimpul takleh nak guna. Aku dah dapat aku tak guna pun lagi dah rosak. Acane kan. Aku pulang kan balik. Tak jadi nak correction, aku padam je guna pen.


Nak dijadikan cerita, bila aku pulang balik kat Danial, Danial kasi kat Nabil. Nabil ni marah kat aku macam kucing hilang anak. Siap kata aku rosakkan dia punya lah bla bla bla. Baru aku tau bahawasanya aku guna dia punya! Eeee kalau aku tau dari awal Danial amik si Nabil punya, memang sumpah aku tak guna. Dulu aku sama kelas ngan dia, boleh dikatakan dia ni kedekut sikit. Dalam pensilbox macam bookshop. Tapi satu pun dia tak bagi orang guna. Ceh kwangja mengata kawan sendiriiii...


Tapi memang aku menyesal betul la tadi. Tak sangka aku boleh sentuh si nabil punya correction tape. Aku dalam hati nak bayar balik ke beli refill baru, tapi mana aci macam tu! Dah la bukan aku yang buat. Buat apa aku pulak yang kena ganti? Tapi dia tak puas hati kat aku kan... InsyaAllah aku ganti. We will see. Lagi pun aku nak beli baru nanti untuk aku punya.


Apa apa je lah. Tapi hari ni memang best. Banyak sangat gelak. Semoga esok tak ada lah nangis nangis pulak. Heh. Assalamualaikum.


----


Kakak demam.


Tetibe.



PAST
PRESENT