Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





sekul.
Friday, June 22, 2012 @ 10:38 PM


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu'alaikum.


Sekul adalah sekolah dalam bahasa orang putih yang dipanggil school tetapi di eja sekul bajet baru kul. Kul adalah cool kasik nampak COOL! Konon macam nak eja terror yang orang eja terer... Oke diam.


Semalam adalah hari sukan seperti aku ceritakan, dan yang ingin aku katakan disini, Arisha lah sumber kasi aku rajin nak pergi sekolah! Hikhok... big clap big clap. Jika anda ingin tahu ianya susah oke nak tengok aku datang seminggu full. Kalau tak, biasanya dalam seminggu konfem aku ada ponteng sehari. Kalau tak isnin, selasa. tak selasa, rabu. tak rabu, khamis. tak khamis, jumaat. Betul.


Paling kerap aku tak datang rabu. Sebab biasanya rabu ade koko pepagi tu. Jadi aku macam cuti sendiri je petang. Kwangja en. Hahaha.


Lagi lagi bila semalam ada event, harini sekolah biasa takde cuti, lagi la aku malas nak datang. Aku juga selalu ponteng kalau ade event atau hari tah pape, sambutan yang tak penting, ada motivasi ke apa, aku memang bleghhh anggap hari itu adalah cuti peristiwa. Hikhikhik.


Macam sukan semalam, kalau ikutkan memang harini takde masa aku nak pergi sekolah. Penat, tau! Tapi memandangkan aku kesian kat Arisha yang paksa dan merayu kat aku suruh datang, aku pergi jugak. Betullll weyyyyhhh, kalau aku tak kenal kawan macam Arisha, maka tiap hari lah aku ponteng!


Konklusyen (conclusion) = datang sekolah sebab kawan. bukan nak tambat ilmu. <<< ni lagi taik. Okay tak, 80% niat nak borak jumpa gossip dengan kawan. 20% insyaAllah nak belajaq.


Time datang sekolah tadi aku dah boleh ramal & tilik dah, confirm tak belaja. PBS pastu cikgu tak masuk. Last last betul. PBS sejarah dengan math, pastu solat dan ada ceramah. Tapi ceramah best. Kira dapat jugak la ilmu harini.... ceramah pasal israk mikraj. Ustaz pun pandai buat lawak.


Bercakap psal Ustaz, aku rindu Ustaz Mahadir yang pindah beberapa hari lepas. Aku taktau pun ustaz nak pindah. Tup tup tengok board relief (Ustaz Mahadir -- Pindah). Sayu hati... sobs. Ustaz tu la paling sporting dan suka buat lawak. Last last pindah! Aku rasa nak sdjhvbkjdzb jer. Tapi takpe alhamdulillah ustaz dan ustazah zanira dinaikkan pangkat.


Padahal masih sedih =p


xxx


Anyway tadi aku duk search tutorial tudung bawal, 30% ada yang okay dan lawa. lagi 70% yang tah pape, complicated gila, dan cover comel pun hade. Naik menyampah aku (padahal tengok sampai habis jugak) kau nampak tak aku sempat lagi kritik meng-kurang-ajar-kan-mulut. Hehhe, afiqah yusof, behave. Watch your words, dear self =p


Ada yang siap buat tutorial pakai tudung bawal takat paras leher je. Baik pakai topi pastu pakai selendang letak kat leher cover leher. 2 kali 5 je.


Aku bukan nak kritik pasal tu... kuangja kau fiqah... hahahahahahhahahahahah. mulut.


When i was watching over the youtube (tetibe omputih) lepastu jumpe satu web kat sebelah pasal 'If you watch this amende tahhh aku lupe' tapi yang aku ingat, dia macam nak kata kalau kita tengok terus nak pakai tudung. So aku pun bukak.....


Still bukan nak cakap pasal tu..


Sebelah video tu siap ada video 'Why I hate Islam?'


Membuntang mata aku apabila baca saja tajuk dia. Lagi la rasa berkobar kobar nak bukak. Title pun dah macam kurang ajar bangeeeettttt..... kang ada islam buat video Why I Hate Christian jangan tanya nape. Tapi, tak kot. Islam ni peace =p Semua bebaik jer.


Dalam video tuuuuu kaaannn, lelaki si omputih yang jahat ni, kata dia benci sebab Muslim ni enemy diorang, siap kutuk cara kita solat lagi. "Can you see when they pray they put their head on the ground?" Bla bla bla.


"In Muslim they said God is only one, when actually God are three. The God, The Father of Gos, and The Son Of God.. I dont know why they said God is only one!"


"When we pray, we actually must do this, not putting our head on the ground!" Lepastu dia rapatkan tangan dia dan tunjuk cara krisitan sembahyang.


As you see, they did not respect our religion. Aku pun taktau la kenapa, memang diorang ni tak puas hati betul.


Takpe, Allah balas. Kita bukan boleh buat apa apa. Kecuali doa untuk pembalasan. Allah amik nyawa kau bebile je, mat omputih. Jangan kata om-putih je. Om-hitam pun ade gak buat video gini. Boleh search, 'Why I hate Islam', boleh keluar sampai 19 page atau lebih k..


Nak kata tak kisah tu tipu, memang aku kisah sangat sangat tapi yang aku boleh buat cuma diam. Dan menyumpah, mengutuk dan sebagainya. Waaaaa, kenapa diorang benci kita sedangkan kita tak buat pape punsss kat dorang? As long as they're happy...bleu. Whatever, lah korang kan.


Tapi ingat kita mana boleh benci semua christianist kann. Sebab ada je christian yang baik, macam yang duk kat negara kita sekarang. Yang jahat dan kurang ajar tu lain cite. Yang baik macm kat sekolah kawan india & cina kita... Jiran cina, etc. Ada je yang baik.


So conclusion (dari tadi conclusion jer) bukan semua la gini.




Ni patung lilin orang yahudi buat.


Nampak tak penghinaan diorang? Bila orang kristian tengah semayang pijak orang islam yang tengah sujud? Patung lilin ni dinamakan Stairway To Heaven, dan dijual dengan harga Euro 50,000.


Patung lilin ni bukan boleh musnahkan kesucian agama Islam pun la. Heh.



PAST
PRESENT