Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





seriously...
Monday, June 11, 2012 @ 12:55 AM


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum.


Hai. Rasa macam harini lah hari paling bosan dan sakit sangat hati ni dalam dunia huahuahua okay pls. Today is SUNDAYYYYY. Boleh menjerit sekarang. Ianya bermakna besok isnin dan maknanya SEKOLAHHHH! Hai, sekolah.


Sangat bosan.


Rasa mcam tak percaya dan lajunya masa 2 minggu berjalan. Pantas. Betul. 2 minggu? I felt like 2 days! Dan juga tadi kitorang plan nak pergi PKNS nak cari tudung tapi tutup atas beberapa sebab (mungkin nak buat renovation) so plan cancelled, then pergi giant je. Harapan sekali tudung lelawa nak ada situ.


Kami juga plan nak pergi Jalan TAR tapi driver taktau jalan. Lagi lah rasa macam nak lari pergi jalan tar sendiri. Family pun tak tahu jalan.


Tudung nak beli disebabkan ada kenduri cousin sabtu depan, baju plak dah tempah pun color pink, semua cousin color pink, sebab tu cari tudung bawal 2 tone warna pink, taknak selendang pun. Sebab semua anak anak dara dah plan nak pakai tudung bawal gaya Dena Bahrin tapi kakak and the other anak dara dah beli tudung bawal memasing, semua pakat color sama.


Tapi aku larang dorang belikan untuk aku sebab aku nak beli sendiri. Sebabnya aku takut tak cantik, sebab aku tak dapat ikut diorang sekali.


Sad face.


And guess what, lepas dah tengok tudung kakak aku macam... thank god i warn them not to bought one for me. Bagi aku cantik memang cantik, very. nice. Tapi tak cantik dalam hati, untuk aku pakai. Plus color tak berapa masuk. Dan color 3 tone. Bukan macam yang aku nak. Tapi cantik, memang.


So memandangkan cuti pun dah habis, mmng visi nak cari tudung tak akan dapat lagi. TERPAKSA pakai selendang. Dan dengan itu aku lah paling rasa nak nangis dalam rumah sampai banjir rumah pun takpe. Sedih, betul. Sakit hati, sangat. 


Dlam ke-darurat-an aku, ada jugak orang nak jadi sellfish time time ni jugak. Macam takde otak nak fikir hal orang lain. Fikir diri sendiri je penting. Kalau boleh aku nak sangat bunuh dia bagi tak boleh hidup terus, aman dunia. Semua hal boleh settle dalam satu petikan jari.


Aku pula nak ajak kwani pergi jalan tar sekali sebab dia tahu jalan, tapi atas beberapa sebab kwani pulak tak boleh ikut.


Nampak tak? Macam memang takdir aku tak boleh beli.


Ibu pulak kata esok malam ajak pergi PKNS insyaAllah kalau buka, and kalau ada tudung sesuai akan beli. Ya Allah, tolong lah ada.


Dalam kedaduratan aku, aku try search dekat AROUSH tapi takde, theyre off until June, 21th. Cari yang lain, ada satu tempat, aku PM, tapi still tak berbalas (padahal baru pm beberapa minit lepas) =='


Aku berdoa sekarang semoga esok PKNS bukak, atau kat facebook tu penjual tu reply pm aku. Sebab dekat Khadeeja Collection (FB) mmang ada tudung yang aku cari. Colour, and 2 tone.


Aku betul betul taknak pakai selendang. Cukup lah tadi pergi giant pakai selendang and kena cover dan jaga 24 jam non stop sebab selendang derhaka sangat. Cukup lah sekali..... Aku taknak ulangi kesilapan yang sama, lagi lagi dekat kenduri. Sobs.


Esok sekolah, ya. Kerja sekolah satu pun belum aku sentuh. So, sekarang pukul 12.54. Pukul 1 aku start semua kerja. Aku akan gerenti dan pastikan semuanya akan siap pagi ni jugak. Before sekolah start tengahari nanti. Ya Allah, beri aku semangat. Aku boleh solat Isyak, hajat, semua sekarang. Semangat sikit nak siapkan semua kerja sekolah.


Sedihnya hidup aku ni.


Hahahhaha.



PAST
PRESENT