Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Typical questions.
Tuesday, June 5, 2012 @ 4:59 AM


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum.


"Nama awak sape?" 


Sering kali soalan ini ditanya oleh orang orang yang berlainan dalam laman sesawang fesbuk. Kalau username aku letak 'Purple Lurvvvv' atau 'Zombi Sawan' atau 'Sayew minahs comelllsss' atau 'Namer syew rahsiewwww' atau 'Kau nak tahu pahal?' -yang last tu no comment kalau taruk username okay jugak.


Kalau lah username aku dalam facebook adik beradik seperti senarai di atas tak ada lah pelik sangat kalau orang tanya nama aku sape. Kira relevan la dia nak tanya kan, dah terang takde nama aku situ. Tapi apakah manusia manusia zaman sekarang nihhhhh, mata diorang memang rabun semacam giler teruk dari aku ke, sampai tak nampak nama aku kat pesbuk tu punya besaq ._.


Seriously? Lebih sadis lagi apabila nama aku dah tertera lagi kat url, tapi itu mungkin orang tak amik perhatian tapi dah dorang tegur aku 'Hai' lepastu tanya nama aku sape, takde ke nama aku kat chatlist tuuuuu yang dorang tekan tu nama siapaaaa?!?!?!?!?!!? Okay fine.


My name is Namy. Or you should call me Afiqah oso can.


"Kau tengah buat apa?"


Kalau tanya dalam pesbuk atau twitter ke pape aku tak kisah sangat. Dah kita duduk tak nampak kan mane lah kita tau dorang buat apa jadi ada jugak sebab kenapa kita perlu tanya. I mean, itu tak dikira seperti soalan bodohsss untuk di tanya la. Tapi kalau orang tu dpn kita lepastu dia tanya kita, kita tengah buat apa itu adalah sangat hsAJNbdfnb!!!!!


Apatah lagi bila kita tengah ratah ayam dia tanya kita buat apa, lagi lah rasa nak baling tulang ayam jolok mata sikit, dont you see i am eating right now? Atau mungkin kita tengah main henpon pastuh orang tanya kita buat apa, "Oh aku tengah taip sms". Tak perlu pun tanya. Sebab terang lagi bersuluh kita tengah main handphone jadi takde benda nak ditanya kita tengah buat apa.


Dan lain lain lagi.


Aku juga menyampah dengan orang yang bila aku tengah amik gambar lepastu dia tanya aku tengah buat apa, kau tak nampak ke aku tengah hala phone ke belakang sambil senyum takkan aku tengah webcam guna handphone pulak.


"Kenapa kau cantik sangat?"


Soalan ini adalah sangat comels sekalisss sampais bolehs terharusss kuar air mata darah kut tapi still soalan ni macam... erk. Please, there are many other waysssss to puji people instead of asking them kenapa kau ada kelebihan tersebut sebab mereka pun tak tau acane dorang boleh dicipta cantik dan kacak seperti itu. Orang yang pandai akan jawab, "Allah cipta." tapi kalau orang yang bongs akan jawab "Entah lah hehehhehehe" sambil tersengih depan laptop macam kerang busuk tak bersalah.


Serius ker kau taktau macam mane kau boleh cantik. K ah....


"Macam mana nak edit blog macam awak?"


Soalan ini aku sangat terasa macam aku albert einstein kut padahal aku main kopi pes je html code dari blogskin pastu edit serba boleh. Tapi bila aku jawab, "Amik dari blogskin je." orang terbabit akan tanya lagi, "Macam mana?" nasib lah aku tak ada ipad dekat tangan dan dia bertanya dalam fesbuk sahaja kalau tak memang ipad tu melayang dekat muka seperti video yang disaksikan orang ramai beberapa bulan lepas. Ingat lagikah anda?


Aku bukan sombong serta bongkak atau dan besaq diri ke taknak cite macam mana aku edit blog tapi kalau cerita dia aku kopi pes je apa patut aku ceritakan? Takkan aku nak kata, okay first aku pergi blogskin pastu aku tekan tu pastu aku copy pastu aku edit ah profile aku bla bla bla?


(Macam bongkak siiioooottttt) ahak ahak maaf!


Dan terakhir but not least (sebenarnya tak tau apa maksud but not leasttt)


"Boleh tak editkan blog sy? Kalau takleh takpe, tapi kalau boleh editkan la ek, kalau rajin, kalau malas kalau dah rajin tu editkan lah eh, ni email...."


*roll eyes* kelip kelip mata. "Nah awak amik code ni awak paste."


Tak, aku tak pernah lagi jawab demikian rupa =p



PAST
PRESENT