Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





ulala.
Thursday, June 28, 2012 @ 11:29 PM


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum.


*Harry Potter theme.

muka penat tak mandi. lagi.


"Tenenenene". Okay ini bunyi telefon rumah berdering minta di angkat. "Kawan orang." Cepat cepat aku mengatur langkah ke bilik. Nombor telefon pemanggil di tatap. Fine, bukan kawan aku.


"Hello."


"Hello, Assalamualaikum!" Ini suara fzawani merangkap saudara kuhhhh.


"Warahmatullah! Eh Ya Allah salah pulak dah hahahahahahahahahahaha Waalaikumsalam." -__-


Ko bayangkan aku salah sebut Waalaikumsalam. Aku pergi sambung warahmatullah? Ya Allah, apa kena dengan aku ni. Tapi sungguh lah, aku pun tak pasti sama ada aku ni nyanyok ke hape. Tapi serious aku ni pelupa gila sekarang. Kenapa eh -_-


Tadi ibu tulis surat, lepastu ibu pas pen dengan kertas dekat aku, "Fiqah tulis tarikh. Semalam berapa hari bulan?" pen bertukar tangan. Aku tulis tarikh semalam. Kemudian aku letak pen dan kertas atas katil.


Lama sikit, aku kejut ibu bangun tidur, "Bu, mana pen dengan kertas ibu letak tadi?"


xxx


Tadi usai solat Zohor, dekat sekolah, masuk ke kelas semula. Dalam minda aku, Arisha dan Addina, "Confirm la budak tu buat apa apa naya kat bag kitorang." Negative thinker betul kitorang kan? XD


Last last betul. Tapi tak semua. Bag Addina sorang je basah akibat air entah datang dari mana. Yang penting, ini perbuatan seorang insan. Insan yang entah apa masalahnya.


Lagi dramatik serta bajet dalam filem, semalam, dia masukkan buku salah satu kawan dia dalam bag Arisha, Addina dan Danial, lepastu tuduh diorang tiga orang ni curi buku diorang. Hadeh, masukkan sendiri, lepastu salah kan orang. Tak, sebenarnya dia memang nak cari kesalahan saja. Aku dah kata, macam dalam filem.


Tapi semalam aku tak datang. Sebab tu, aku tak kena.


Cool revenge bro, cool. Tak apa, semoga Allah SWT balas. Kitorang tak boleh buat apa apa. Sebab kitorang tak jahat. Dan otak mari-membalas-dendam tak ada. Cehwah.


"Ihdina sirathal mustaqim."


Baca ni hari hari. Semoga dapat hidayah.


"Rabbighfirli, warhamni, wajburni, warfa'kni, warzuqni, wahdini, wa'afini, wafu 'anni."


Kata Ustaz aku, maksudnya;


Ya Tuhanku, ampunkanlah aku. Tampungkanlah kekurangan ku. Angkatkan darjat ku. Berikanlah ku rezeki. Berikan petunjuk padaku. Berilah ku kesihatan. Ampunkan aku.


Kata Ustaz, maksud Rabbighfirli dan Wafu'anni, adalah sama. Cuma bagi bahasa arab, maksud mereka lain.


Rabbighfirli; Ya Allah, ampunkan lah dosa yang tidak aku tahu.


Wafu'anni; Ampunkanlah dosa dosa yang telah aku tahu.


Maksudnya, Wafu'anni, ampunkanlah dosa yang telah kita tahu, kita tahu sesuatu itu dosa, tapi masih kita lakukan juga. Kalau salah, sorry! Tapi ini refer to my Ustaz. Bukan lah Ustaz, Beliau pernah buat ceramah Israk Mikraj couple weeks ago.


Wallahu'alam.


Wassalam.



PAST
PRESENT