Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





babi! babi! krokkk krokkk
Thursday, July 19, 2012 @ 4:04 PM


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum.


Aku baru je balik dari IOI Mall. Nak dijadikan cerita, masa nak balik, kami stuck dalam kesesakan jalan lantas (wah gituew), eh, ke time tu lampu merah, entah lah. Time tu ada kereta Merc depan kereta kitorang. Lalu lah sebuah motor dari tepi memandang ke arah kami kemudian dengan lajunya ke depan.... sampai kat kereta merc tu.


Dari cerita mak aku yang mak aku nampak la kan, since aku busy tengah dengar mak aku jerit, maka aku tak berapa nak fokus di kejadian yang berlaku di hadapan mata. Ke, mmg leka taknak tau pasal apa mak aku jerit. Tapi senang cite mak aku tetibe menjerit.


"Ya Allah!!!!!! YA ALLAHHHH!!!!"


Aku pun dah apahal pulak mak aku ni. Tapi, mak aku biasanya akan jerit macam tu even benda kecik so aku macam...maybe air tumpah? sebab ibu tengah pegang botol air. Wakakaka, lepastu ibu tunjuk jari telunjuk kat arah luar kereta. Aku dah pikir, accident ke? Tapi takde pun. Rupa rupanya ada pencurian berlaku di hadapan kami saja.


Ceritanya, motor tu tengok kitorang maybe nak rompak kitorang tp dah tengok sampai penuh kereta macam mana dia nak curi kan? Tempah maut la. Kereta merc depan ada sorang je penghuni - perempuan - cina. 






Dia ketuk cermin tingkap perempuan tu, bukan ketuk actually, pecahkan. Kami yang taktau apa apa ingatkan kawan baik pompuan depan tu ke kan, last last sampai pecah cermin kereta & dia amik bag perempuan tu dari seat sebelah pemandu. Yeeee, perempuan tu sorang diri.


Tengok kereta kereta lori kat sebelah semua geleng kepala. Yang peliknya pompuan cina tu muka lek je. Takde muka mcm sedih ke nangis ke kisah ke hape takde. Mungkin dalam bag tu tak ada apa apa, atau dia kaya dan tak kisah langsung macam, kau nak amik lantak kau la, aku ada duit & handbag banyak lagi kat rumah. wakakak.


Pencuri itu menggunakan spana besar (spana?!) untuk pecahkan cermin kereta tu, btw. Eh, kalau la aku yang kena mcm tu dah lama agaknya keluar dari kereta kejar atau menjerit melalak tngah jalan atau mintak tolong orang ramai kejarkan. Im a girl, okay! (title siap babi! babi)


So, May Allah protect us all. Moga keadaan macam ni tak jadi lagi InsyaAllah kan? Kesian pulak dekat perempuan tu, walaupun muka dia takde riak, dalam hati siapa tau? Nervous sangat sampai tak boleh nak tunjuk riak muka yang ketakutan. Erk.



PAST
PRESENT