Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Kematian.
Sunday, July 22, 2012 @ 3:01 AM


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum.


Kematian itu pasti. Orang orang yang bijak saja yang akan doa untuk nyawanya di tarik awal awal supaya jangka masa untuk mereka berjumpa dengan Allah tak lama. Cuma orang orang yang bijak dan soleh saja yang sering ingatkan kematian itu. Kematian itu adalah benar. Semua orang tahu tu.


Malaikat Izrail merangkap Malaikat Maut melihat wajah kita semua sebanyak 70 kali sehari. Banyak kali kan tu? Maka dalam waktu kita bergelak tawa pun Malaikat itu melihat kita dengan penuh rasa hairan. "Alangkah hairannya aku dengan orang ini, sedangkan aku diutuskan oleh Allah SWT untuk mencabut nyawanya, tapi dia masih berseronok bergelak ketawa"


Malaikat Izrail sangat sedih okay diberikan tugas mencabut nyawa manusia manusia. Lagi lagi mencabut nyawa manusia yang soleh/solehah & yang dikasihi oleh para manusia lain lain. Ya Allah.. Waktu nak cabut nyawa Rasulullah pun, Malaikat Izrail memalingkan wajah sebab tak sanggup tengok wajah Rasulullah dalam keadaan kesakitan.


"Jijikkah kamu melihat wajahku, ya Izrail?"
"Ya Nabi Allah, siapa yang sanggup melihat kekasih Allah menahan sakit sebegini?"


Malaikat Maut mencabut nyawa Nabi Idris AS dengan lembut sekali, kemudian bila dihidupkan semula baginda memberitahu "rasa kematiannya itu seperti mengupas kulit binatang yang masih hidup, rasa sakitnya adalah lebih 1000 kali ganda."


Nyawa Nabi Musa pula di cabut cuma dengan memberi satu limau harum, kemudian Nabi Musa mencium baunya dan langsung meninggal. Baginda memberitahu rasanya seperti "kambing yang disiang hidup hidup."


Apa lagi kita? Manusia yang sering alpa? Yang sering melakukan kesalahan dan kesilapan. Macam mana pula rasa sakit mati kita? Wallahualam, Ya Allah!


Pada saat kita mati, para malaikat akan melihat kita, dalam rupa yang menyenangkan atau dalam keadaan yang menakutkan. Dan seseorang itu boleh melihat wajah wajah malaikat itu, apabila seseorang itu dalam keadaan nazak -- sakaratul maut (kita sendiri)


Jika Malaikat Maut pergi ke orang orang yang mukmin, berupa manusia yang amat menyenangkan, dengan bau harum semerbak, dimulakan dengan mengucap salam kemudian nyawa orang mukmin itu akan dicabut lembut, tiada kekerasan. Sebaliknya bagi orang yang sering berbuat dosa, dalam keadaan yang menakutkan, Malaikat Maut akn pergi ke orang nazak lantas mencabut nyawanya dengan laju, secara paksa dan ganas sehingga si mati terlalu sakit dan merana.


Dan sesungguhnya, Malaikat Izrail juga akan merasakan mati. Setiap yang hidup pasti akan merasakan mati. Dan Malaikat Izrail yang akan mencabut nyawanya sendiri! (reger to google)


This means, Syaitan juga akan mati?


Wallahu'alam!


(sesungguhnya aku tidak lagi tergolong dlam golongan orang orang yang bijak kerana aku belum bersedia menemui ajal.)



PAST
PRESENT