Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Malam nisfu sya'aban ('12)
Wednesday, July 4, 2012 @ 11:08 PM


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum hita'ala wabarakatuh, everyone. wah wah.

**Only You - Piano


Maka harini malam nisfu syaaban. Malam yang indah. Hari dimana buku catatan amalan kita diganti yang baru. Hari Allah memandang dan mengampunkan dosa kita. InsyaAllah sekali gus kabulkan doa kita. Allah tu hebat kan, kita lupa pada Dia, kita ingkar arahan Dia kadang kadang, tapi Dia masih beri kita peluang. Wallahualam.


Usai solat maghrib tadi, aku baca Yaasin. Sama dengan kakak. Sekejap seorang laju sikit, kejap sorang tinggal belakang, ada sesetengah 'part' dalam bacaan Yaasin tu kitorang sama baca. Lepastu aku dah laju. Lama sikit bila aku tersekat kakak pula pecut. Ehwah, ini takde main main. Kitorang takde niat pun nak main siapa laju dia menang. Heh!


Baca surah Yaasin ulang tiga kali. Kemudian memanjatkan kesyukuran, mendoakan semua yang terbuku dlm hati, mengadu dekat Allah apa yang semua aku tak puas hati berdoa semoga semuanya pulih balik and lots of thing i pray for. Dan mendoakan semoga Allah makbulkan setiap doa-doa tadi. Mendoakan belas kasih Allah, bukan untuk kurangkan Ujian, tapi supaya Allah kuatkan hati. Cekalkan hati. Itu dh cukup.


Sebab dapat Ujian dari Allah, kan kata Allah sayang kita. 


Berdoa semoga semua masalah kes kes sekolah, pergaduhan yang tak ke sudah selesai, dan tahukah anda? Malam tadi juga, selepas baca Yaasin, online facebook, theyve actually asked us for apologize. Mestilah kitorang maafkan since kitorang memang nak semua akhir dekat situ! Alhamdulillah kan, He fulfill one of my du'a just now. Alhamdulillah. Cepat betul Allah makbulkan.


Malu rasanya, Allah mintak aku buat benda senang senang, kadang kadang hati yang kotor ni malas nak laksanakan. Mungkin aku fikir, dah tutup aurat, solat lima waktu, puasa sebulan, dah cukup. Tapi sebenarnya tak. Degil cakap parents, masih belum hilang. Allahurabbi. Lepastu aku boleh pula minta macam macam. Malu. Memang malu. 


Whatever it is, i am happy. Everything had settled. InsyaAllah lepas ni tak ada lagi. Aku nak biarkan malaikat di bahu belah kanan aku yang sibuk mencatat dalam buku amalan pahala, manakala malaikat di bahu belah kiri yang mencatat dosa itu tidak sibuk. Cuma menunggu bila aku buat dosa dosa besar - kecil, itu yang aku nak -- pahala berlipat ganda. Dosa berkurangan.


Aku nak, semoga dinding kesabaran dalam diri aku tebal. Semoga aku jadi penyabar. Bukan pemarah, tak reti sabar sikit, dah melenting bagaikan puting beliung. Adeh, i have to change to be a better person! InsyaAllah. Hurey, lepas ni mungkin dekat sini tak ada terselit perkataan 'bodoh' 'babi' 'bangang' 'setan' dan adik beradik semua perkataan tu ;)


Tengok, dah sampai time time gini, baru nak sedar kan? Ya Allah, from You I seek forgiveness!


Bulan malam ni sangat cantik. Hari hari pun cantik ;D


Assalamualaikum! **Ustazah Pilihan tak? =p



PAST
PRESENT