Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





One Utama.
Monday, July 2, 2012 @ 1:18 AM


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum!


*Yiruma - Our same word (orchestra version)

Pukul 10 pagi tadi bangun mandi siap kemudian pergi One Utama dengan kakak ngan kawan die.... Masa turun kereta dan nak masuk entrance jalan tunduk je sebab ada pokok depan depan. Last last gedebuk punya kuat jugak terhantuk kepala kat dahan pokok sampai terduduk (ok tipu duduk memang sengaja nak duduk tahan sakit). MasyaAllah tahap kesakitan memang gile sakit. Tapi sekejap je.


Masa memula masuk, makan spaghetti dekat pizza hut. Lepastu masuk satu kedai kat patung depan kedai pakai varsity. Lepastu macam, okay fine varsity adalah salah satu benda dalam wishlist. Masuk. Lepastu jumpa la satu varsity, lawa. gile. Nak, tapi kecik kemetot. Ketat la kan, kecik. Lepastu buat keputusan, mari kita cari dekat tempat lain dulu.


Percaya atau tak, semua kedai dalam OU aku masuk. Semua. Sumpah la kau tengok betapa semangatnya aku nak cari varsity tapi satu kedai pun takde. Cari dekat Parkson, takde. Ingat dekat tempat branded ada, cari la kedai Zara semua. Takda.


Penat sangat berjalan. Penat sangat sangat! Tapi semangat...... jugak. Katakan la ada 40 kedai baju dalam tu, aku masuk 39.5 kedai. Lol. Sampai la 40 50 60 minit berjalan untuk cari varsity dan keputusan yang menghampakan bahawasanya tak jumpa varsity tapi akibat semangat aku nak jugak varsity. Maka aku balik ke kedai pertama tadi. PERTAMA TADI.


Maknanya selama entah berapa minit berjalan jejak ke segala kedai baju yang ada depan mata semuanya adalah sia sia sebab kedai pertama yang aku masuk tadi ada rupanya saiz besar T_T Salah sendiri sebab tak tanya T_T Malu bertanya sesat jalan...........


Kedai dia ada dua pintu, masuk pintu first, pintu sebelah tak terperasan ada gantung varsity bebanyak. Semua besar besar. Fit untuk aku. Rasa nak bunuh diri cekik semua orang sbab penat jalan last last ada kat situ. Aku menyelit di segelombang manusia yang menyerbu di kawasan varsity. Diambilnya varsity yang aku nak, bila dah try 2 3 kali baru la beli. Puas hati. Thankyou kakak.


Lepastu beli aiskrim lembu satu harga sepuluh hengget beli dua pastu nak masuk kereta aiskrim yang dipegang kakak jatuh sebab loqlaq. Heh heh heh. Tak banyak nak cerita. It is tiring tapi bila dah dapat varsity rasa macam it-was-fun-anyway... ;D


xxx





Thankyou, kakak! ;D


-Rumah dah dikemas dan disusun atur oleh abang Amir sepenuhnya. Hes very clever dan rasa macam dah tertukar jantina. Wahahaha, sebab dia pandai masak dan kemas kemas manakala aku pula sebagai seorang perempuan..........



PAST
PRESENT