Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Ajal.
Wednesday, October 3, 2012 @ 11:31 PM


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum.

Ajal itu satu perkara yang cuma Dia yang tahu. Pencipta alam, pencipta manusia dan pencipta semua. Ajal itu bukan ikut umur. Bukan bila dah tua 'Makin dekat lah kau dengan mati'. Tak, mati itu datang bila bila. Waktu muda itu pun ajal boleh datang. Bila bila saja. Wallahu'alam.

Waktu nazak itu, waktu ajal datang itu, aku pasti itulah waktu paling digeruni ramai. Hanya orang yang bijak dan beriman saja menunggu waktu ajal tiba. Menunggu satu saat mereka boleh berdepan dengan Pencipta alam ini. Menunggu saat bisa berdepan dengan Allah. Hanya orang yang beriman dan bertaqwa sahaja, hanya insan yang cukup betul betul bersedia akan tak sabar, dan rindukan kematian. Allahurabbi sesungguhnya aku belum tergolong dalam insan insan yang bijak dan beriman seperti ini. Sesungguhnya aku belum bersedia menemui ajal.

Sabda Rasulullah SAW, kekasih Allah, katanya waktu seseorang insan itu sedang nazak, dan ia orang yang beriman, maka Malaikat Jibrail A.S akan menebarkan sayap di sebelah kanan, sehingga insan yang sedang nazak itu dapat melihat kedudukannya di Syurga. Dapatlah insan beriman itu pergi dengan tenang, kembali ke sisi Allah S.W.T.

Sabda Rasulullah SAW lagi, jika seseorang insan yang nazak itu insan yang munafik, maka Malaikat Jibrail A.S akan menebarkan sayapnya di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam waktu itu insan itu tak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya di Sana kelak.

Allahurabbi. Allahuakbar. Allahu. Allahu. Allahu. Allahuakbar.

Sungguh lah, saat aku baca semuanya dari encik Google, hati aku berasa gusar. Sungguh aku belum bersedia untuk semua. Tiap malam, tiap jam kadang kadang aku teringatkan mati. Kadang kadang mulut dengan celupar dan tak sengaja nya katakan sesuatu yang tak menyenangkan. Allahurabbi.

Bilamana aku bayangkan betapa panasnya api neraka tu, ya Allah :'( Sedang api di dapur, aku tak dapat tahan. Sedang panas air yang baru dimasak dalam cerek aku tak mampu sentuh lebih 1 saat. Macam mana pulak aku akan teguh berdiri dalam neraka tanpa selipar, dan harus aku minum api api itu bila aku dahaga dalam neraka itu nanti? Sungguh balasan Allah terhadap insan munafik sangat berat!
Sedang seksaan paling ringan dalam neraka diletakkan dua buah bara api di bawah tapak kakinya, akibat terlalu panas bara api tersebut sehingga boleh buat otak menggelegak.
Itu baru paling ringan. Yang sederhana? Yang paling berat seksaannya? Wallahualam. Dia saja yang tahu.
"Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkan aku, keluargaku, saudara saudaraku, sahabat sahabatku, guru guruku, dan saudara saudara seislamku daripada azab api nerakamu."
Amin Ya Rabb.  



PAST
PRESENT