Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Al Quran Pelangi/Holy Rainbow Al Quran.
Wednesday, October 17, 2012 @ 12:25 PM


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum.

Aku percaya bahawasanya ramai orang (macam aku) tengah cari cari mana nak dapat Al Quran pelangi yang satu ni. Aku rasa dah lama aku minat benda ni, tapi makin lama makin minat. Aku rasa tak salah pun nak minat benda benda cantik sebegini apatah lagi Al Quran yang suci. Memandangkan aku ni senang terpukau dengan kecantikan sesuatu benda, aku memang sangat nak Al Quran pelangi ni. Sangat nak. sangat sangat nak kan ia. Klau nak tengok Al Quran kat rumah aku ni pun Allahurabbi, suci semestinyalah suci, ada ke Al Quran tak suci cuma keadaan dan rupanya saja..

Ada dua helai terkoyak, itu pun Al Quran paling terselamat dalam rumah. Ada tiga sebenarnya, yang lagi dua tu aku takut ada yang dah terkoyak. Jadi aku tak berani. Tengok yang kakak punya je paling okay pun walaupun keadaan dia tak berapa nak okay. Hurm. Al maklumlah Al Quran since kat Penang lagi kot rasanya. Tahun... 200....5? Okay mungkin aku tipu, letakkan itu dekat belakang.

Jadi aku google punya google mana nak beli Al Quran pelangi ni yang memang menarik perhatian aku sejak azali lagi, MEMANG LA BANYAK SANGAT KELUAR DEKAT GOOGLE TU, BER PAGE PAGE SEMUA AKU TEKAN, sumpah tau, tak tipu... Semua aku tekan mana nak beli itu ini. 



Bila dah pm dah email dah call, jawapan dia semua nya... rasa nak baling telefon keluar tingkap. "Stok dah habis. Maaf." "Order ditutup buat sementara." "Second batch baru habis kena tunggu 3rd batch." dan sama erti dengannya. Semua macam tu tau T_T Sedih sangat...

Ada lah rasanya yang still terbuka tapi harga around saiz kecik pun RM 150, 120 aku rasa sangat membazir sedangkan yang lain yang aku tengah tunggu harga RM 60, 65, 70, 75 dan paling mahal 85. Baik aku tunggu daripada beli mahal sangat tu. 

Bila tengok orang orang yang update macam haku ni bahawasanya dorang nak beli tapi tak jumpa aku baca comment nanti ada yang jual katanya "Saya ada jual. Email saya ke ---- kalau nak. Atau pm kami di fb ---." Lepastu dorang pun berpeluang lah... Betapa untungnya...

Kebanyakan aku baca orang yang dah dapat, mereka beli kat NMC (fcebook), Ummah Sentral, Dian Pelangi. Kebanyakan nya. Sampai kat aku je confirm semua dah habis. Confirm. *acu pistol* Sampai hati dorang. Saja je pakat taknak jual kat aku ni. Aku tahu.

Jadi sesape yang tau mana nak beli atau diri sendiri jual mohon lah pm atau email aku kat fb atau yahoo T_T Im begging you oh pls T_T I need this thing, Allahurabbi. Teringin sangat. Okay thanks assalamualaikum.

--fiqah.yusof@yahoo.com

"Aku akan setia menunggu."

wkwkwkwkwkwkwkwkwkwk!



PAST
PRESENT