Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Doa.
Thursday, October 4, 2012 @ 8:13 PM


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum.

Kita selalu berdoa. Seusai solat, dan pasti waktu kita dalam waktu susah. Bila tak siap kerja sekolah ke, kat sekolah tu jugak dan dan nak doa "Ya Allah kau selamatkan lah aku. Ya Allah, semoga cikgu tak hadir." Atau dalam hal hal lain. Confirm. Pasti. (sebab aku sendiri macam tu wakaka)

Dan terkadang Allah tak makbulkan saat itu juga. Doa yang kita minta dalam 1 2 bulan tu Allah masih tak makbulkan. Walhal, kita dah berdoa benda yang sama. Setiap hari. Itu lah, Allah nak dengar pohon rayu rintih hambaNya. Barangkali hambaNya itu sudah banyak lalai. Dan sesat.

Allah sayangkan hambaNya yang mana Dia berikan ujian yang berat ke atas hambaNya itu. Andai kata Allah tak bagi ujian, itu bermakna Allah biarkan hambaNya itu tinggal dalam dunia yang lalai dan sesat. Allah ingin dengar rintihan hambaNya. Itu yang pasti. Andai hambaNya itu masih belum sedar, entah. Wallahualam. Itu namanya belum dapat kesedaran lah, kan.

Bila kita mintak doa, tapi Allah tak makbulkan lagi, sabar. Itu separuh daripada iman. Kalau kita buat satu kebaikan apa apa, Allah tak bagi balasan yang baik lagi, sabar. Kalau Allah tak berikan ganjaran di dunia, di akhirat Allah bagi balasan yang hebat. Syurga. Allahurabbi!

Sebaliknya, kita harus bersyukur. Bila kita buat dosa, Allah tak on the spot balas perbuatan kita. Nampak? Allah tak balas kat dunia, Allah balas dekat akhirat. Itu pasti. Nampak, kan tu? Tak semestinya satu perbuatan itu Allah kena balas on the spot jugak! Jahat atau pun baik :)

Tapi dalam masa 2 3 hari ni, cikgu BM aku ada bagi kerja suruh menghafal karangan. Isu semasa kena present kat depan katanya. Katanya kena present Rabu lepas. WAJIB, katanya. Dia dah beri tugas ni lama dah. Rasanya dalam 2 3 4 5 6 7 8 (hahaha) blan lepas. Takde, mungkin dalam 2 3 bulan lepas aje. Tapi tak sempat, tak ada waktu yang sesuai. Banyak tugas, dia kata.

Hari Rabu tu, ish aku doa la banyak banyak sangat sangat, sebab aku tak hafal lagi karangan tu, takutnya bukan main kepalang. Walaupun aku datang sekolah nak tambah ilmu, tapi dan dan tu jugak aku berdoa semoga cikgu tu tak datang. Banyak kerja ke, penat ke. Sungguh, itu aku doa. Aku takut sangat sangat. Takut kena marah. Takut semua.

Last last, tengok relief board, Allahu. Allah makbulkan doa! Hehe, cikgu tak datang masa tu. Alhamdulillah sangat time tu, ish Tuhan saja yang tahu betapa seronoknya aku waktu tu. Selamat!

Khamis esoknya (harini), tak hafal lagi hehe. Allah bagi peluang lagi ni, cikgu tak datang lagi :p Apa pun, aku doakan cikgu sihat. Kawan sekelas cakap cikgu accident ==' Tapi rasanya itu auta semata mata. Gaya dorang ckap tak serious. May Allah protect you, cikgu Hamilah! Amin Ya Rabb.



PAST
PRESENT