Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Hipokrit.
Thursday, October 25, 2012 @ 8:22 AM


Bismillahirrahmanirrahim, salam.

Terbaca ni dekat facebook, tapi aku tulis balik lah terlupa nak save haritu. Maybe lain sikit, tapi takpe, msg nak disampaikan sama je.

Pada suatu hari tengah ramai jemaah dekat belakang imam & imam sekali nak tunaikan Solat Zohor, lebih 1000 manusia dalam tu. Baru mereka nak mulakan solat tiba tiba datang dua orang lelaki berpakaian serba hitam, siap pakai niqab supaya tak nampak muka kecuali mata. Mereka memegang pisau dan berdiri di depan. Semua terpana.

"Siapa sanggup mati demi Allah berdiri di tempat anda sekarang!" ugut salah sorang daripada lelaki tadi.

Ramai lari ke satu tempat lain dalam keadaan takut & gelisah. Hanya tinggal 20 lebih orang saja yang tinggal di situ, berdiri di tempat mereka, sanggup mati demiNya.

Kemudian dua lelaki tadi simpan semula pisau tajam mereka. 'Niqab' di muka di tarik, dibuka. Imam senyum. "Wahai imam, aku telah biarkan yang benar benar ikhlas saja di sini. Yang hipokrit aku telah halau. Teruskan solat kalian."

"Terima kasih." ucap imam. Kemudian imam dan beberapa orang makmum (yang tinggal) meneruskan solat Zohor mereka.

-----

Ha..... =) 

Kelakar?
Marah?

Tu lah, susah tau nak cari yang betul betul ikhlas buat semua benda demi Dia. Padahal Dia pencipta kita sendiri. Tak ada Dia, kita tak ada. Kita study, exam, solat, semua aktiviti, ingat Dia. Sentiasa. 

'Betul ke apa aku buat ni? Perkara yang akan aku buat ni akan diredhai Allah ke?'

'Meski ku rapuh, dalam langkah, kadang tak setia kepadaMu, dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertakhta. Detik waktu terus berlalu, semua berakhir padaMu' -lirik lagu Rapuh.

Lagu Rapuh bagai ada satu tamparan hinggap (again) ah kalau boleh semuanya bagai mengejek ejek aku. Betul, daripada cerita tu, dan daripada lagu Rapuh, *pang!* Lillahita'ala, 'kadang tak setia kepadaMu' terkadang bila perlu something, bila nak bila waktu susah, laju je nak solat. Tak sabar nak tunggu end solat nak mintak doa, berharap semoga Allah perkenankan doa itu dan makbulkan.

Waktu senang... ucap Alhamdulillah pun susah.

I am seriously talking about myself.
'Dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertakhta.'

Even terkadang terlupakan Dia, Dia lah selalu ada untuk aku, susah senang lonely sedih.. He is everything. Without Allah SWT, I am nothing. Seriously nothing. NOTHING. Dan aku akan pastikan (insyaAllah) nanti cuma nama Dia, cuma Dia dalam ingatan aku sentiasa. Bukan orang lain. Cuma Dia, Allah SWT.
'Detik waktu terus berlalu, semua berakhir padaMu.'

Waktu tak berhenti. Kau bina lah mesin apa pun, waktu takkan pernah berhenti. Detik terus berjalan, ajal kita makin dekat. semua berakhir pada Dia. beribadah lah, sebelum terlambat. bertaubat lah, sebelum ajal datang.

InsyaAllahu ta'ala. Aku lah diantara 20 orang tadi. InsyaAllah aku sanggup mati demi Dia. 
'Dengan namaMu, ya Allah, aku dihidupkan dan dimatikan.'
'Solat lah sebelum disolatkan. Solat lah di belakang imam sebelum kamu disolatkan dihadapan imam.'

Assalamualaikum =)



PAST
PRESENT