Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





kemunculan hantu.... (kisah benar)
Friday, October 12, 2012 @ 5:27 AM


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum.

Ini berlaku sejak siang tadi. Aku ditinggalkan seorang diri dirumah. Waktu itu petang. Pendek kata aku home alone. Ibu pergi ambik kakak pulang dari MSU. Abang Amir pulak entah aku tak amik peduli pun. Ayah pula kerja.... 

Sibuk aku tonton cite 49 days kat laptop secara online. Eh apa barang tgk tv, kan sekarang dah modern org tengok cerita pilihan secara online saja di laptop! aha, okay tak. Aku hayati cerita itu..... hayati... sedih.... tapi takde air mata nak kuar pun. Tak sedih...

Ha, kat sini hantu tu muncul.

Aku turun tingkat bawah. Dengan laju. Motif nak gi tingkat bawah taktau nak buat apa. Mungkin akibat terlalu bosan takde arah tuju nak buat ape. Mungkin cerita 49 days tu tak buat aku khusyuk tengok ia. Mungkin!! Mungkin!! Mungkin memang hati aku je yang gatal nak tergerak gerak ajak kaki turun tingkat bawah. 

Pastuh....

Aku tengok rumah macam berselerak semacam. Tetibe badan aku bagaikan di rasuk. ZAPP!!!!!!! Dush kebaboom. Habis. Tamat.

Ehe, takdelah. Ia sebenarnya digelar hantu R. Hantu Rajin. Yang datangnya setahun setengah kali. Betul, aku taktahu dan tak sangka dan unexpected la perkara ni akan terjadi. Aku basuh pinggan yg bertimbun gila sampai ya Allah nak pandang pun macam tak snggup je nak basuh tapi aku basuh jugak sebab rimas punya pasal. Kemas ruang tamu, kemas meja makan kemas dapur (",) 

Rasa macam cinderella. So cute aite.

Buat teh. Lap situ lap sini. Ish macam saja je nak describe betapa bersepah nya rumah aku dan betapa rajinnya aku wakakaka. Tp memang aku tak sangka la. Dlm banyak banyak paling aku tak sangka pun aku tak sangka aku sanggup basuh pinggan sampai licin. Siap susun rak pinggan lagi. Ish permainan apakah ini wahai diri!? Badan aku saje nak bodek aku pape ni..

Kemudian setelah selesai semua kira kira 2 jam aku buat kerja... aku duduk. Rest jap, ko hengat tak penat ke. LOL tolong pimpin tangan aku keluarkan aku daripada dunia kebajetan aku lol. Baru aku tahu betapa penatnya ibu setelah selalu buat gini...

Kemudian ibu balik. Abg Mir pun ada.

Soalan diajukan.

"Sape kemas ni, Fiqah ke Amir?"

Aku yang tengah teguk air nak taknak je jawab hehe mungkin terlalu bajet penat so mulut pun bajet nak terkunci. LOL, pastu abang mir kata "Amir lah kemas dengan kawan amir." -_____- Kalau ada pisau dpan mata tu dah lama cucuk kat perut amir. Lepastu aku ngaku la aku yang buat.. Ibu pun senyum. Senyum jer. 

Bagi aku normal la kemas kat depan tu, sebab kat depan takde lah wow sangat kalau nampak ianya terkemas puns sebab depan takdelah bersepah macam hutan. Sampai kat dapur je hamek kau. Effort aku kat dapur memang 10 kali ganda lebih daripada apa yang aku usahakan kat ruang tamu.

Sebab dapur tu dah macam.... tempat duduk bujang.

Ibu tanya lagi, "Fiqah ke buat semua ni?" ceh bajet macam ada surprise kahkahkah. Aku angguk. Hm. Takdelah bangga mana dengan diri sendiri wkwkwk sebab first time. Kemudian ibu cakap time kasih siap peluk lagi ._. I felt... awww man kahkahkah. Ok dah.

Sampai kat tingkat atas je Astaghfirullah!! LOL macam nak amik bilik letak kat bawah. Atas memang bersepah macam.... (",) hehe. takpe. 

jadi sekarang pukul 5 18 minit pagi. Pukul 3 pagi tadi aku start kemas tingkat atas. Pukul 5 tadi baru siap kot. Padahal takde lah bersih mana, aku nampak macam sama je tapi atleast boleh la tahan. Tu yang aku tertanyatanya sampai sekarang kenapa aku rajin semacam. Siap berjaga pukul 3 - 5 pagi untuk kemas je. Apa entah masalah mental aku harini.

xxx

Tadi around 8 aku order Dominos Pizza. Delivery. Maka kena lah call kan. Memang abang domino ni tak boleh blah. Tak tahu nama punya pasal panggil abang domino pun boleh lah kan. Dia cakap punya la panjang lebar, aku nak order pun dia tak bagi kesempatan. Nak membebel je pasal offer lah special dia lah bla bla bla. 

Time bercakap tu aku tengah tunggu masa je bila dia nak bagi aku order.

Mintak alamat, nama, landmark, siap tanya umur lagi!!

Paling paling,

"Hhaha, cakap bahasa Melayu je lah eh haha." -aku.

"Haha, okay boleh boleh. Boleh saya tahu apa nama puan?" Eh puan pun boleh!!

"Afiqah."

"Okay, Cik Afiqah. Jap nak panggil Cik ke Puan eh?"

"Cik je."

"Oh umur berapa?" -__-

"Baru form 1 haha."

"La kecik lagi, salah ngorat la ni!" okay lepastu dua dua ekor kitorang gelak dah macam bukan delivery punya call.

Cakap punya cakap. Dia cakap pasal offer dia akhirnya aku terpaksa la potong jugak. Sebab nak tungguk dia bercakap kot sampai besok baru habis. Maka aku potong je cakap 'Tak tak, nak order spaghetti je.'

'Spaghetti je? Taknak try kitorang punya offer....'

'Tak tak haha nak spaghetti je. Dua.'

'Oh spaghetti dua.. Spaghetti ayam atau beef?'

'Ayam.'

'Oh kitorang ada special menu Spaghetti Daging Arnab, nak cuba?' LOL!

'Hahahaha, tak!'

'Sebenarnya takde pun *gelak*'

'Tahu la hahaha.'

'Okay cik Afiqah, saya akan datang sana dalam masa 30 minit nak datang beraya. Eh salah pulak, hahaha nak hantar delivery. Ok saya ulang spaghetti... blablabla'

Memang annoying habis ah!! Lol.

Bercakap pasal domino aku tertanya jugak pasal offer kat fb dia cakap buy 1 free 1. Adakah ianya benar?! Best gak kalau betul tapi malangnya aku bukan penggemar pizza tapi penggemar spaghetti. Kot kalau beli 2 spaghetti free 3 nak jugak lol assalamualaikum.



PAST
PRESENT