Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





solat lambat.
Tuesday, October 16, 2012 @ 9:12 PM


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum.

Aku cuba google perkara yang selalu aku buat ni apa hukumnya -- solat lambat. Well actually aku dah tahu sebenarnya memang tak boleh, lagi lagi bila sengaja... Tapi mula mula macam takde effect. Maksud aku, aku ni keras hati. Tak peduli. Mungkin hati aku waktu tu tak dapat hidayah lagi jadi aku fikir macam 'At least aku solat.'

-Pengakuan berani mati. This is just a friendly advice. Sebab aku baru sedar akan khilafku selama 13 taun aku hidup asyik solat lambat. Bila time solat dah nak habis baru nak solat. Selalu juga aku solat Isya' pukul 4 pagi, tau! Tengok betapa teruknya aku. Okay from now on please du'a for me, semoga aku dapat berubah sedikit demi sedikit (tadi solat Isya' right on time lepas azan) insaf..

Allahuakbar.

Lagi teruk adalah bila aku stay up malam malam tengok movie or whatever sampai jarum jam menunjukkan ke angka 8 pagi! Aku tetap tak tidur. (aku solat Subuh oke,) dan lepas jam 8 tu baru aku tidur sebab terlampau mengantuk. Kadang kadang aku tak sengaja tidur, tapi kadang kadang aku sengaja tidur. Depends la tengok berapa mengantuknya aku saat itu.

Dan bila aku tidur jam 8 ni lah!!! Hamek kau, jangan kata solat lambat, tak solat langsung.

Tidur punya tidur, terlepas Zuhur, terlepas Asar, pukul 8 malam bangun (mentang mentang tidur lapan lagi, bangun 8 malam) pastu baru solat Maghrib. Pastu baru la nak gelabah qada' dua solat fardhu tadi..

Tak boleh nak nafikan ramai dalam dunia ni sekarang sengaja solat lmbat sebab malas. Nak baca novel jap, facebook jap, twitter jap, baringbaring jap. -- aku termasuk lah tu. Kemudian hati aku bagaikan terbuka nak search google pasal hukum solat lambat.

Lepastu 'pang!' lagi sekali bagai ada satu tamparan hebat menampar muka.

Terkebil kebil aku baca artikel tu.

Aku dah rasa... macam... nak... pengsan.

Syurga & Neraka tu wujud. Seksaan Allah tu benar. Aku tak dapat bayangkan macam mana panasnya api neraka kalau Allah humbankan aku dalam tu, macam mana terseksanya seksaan Allah waktu aku dalam kubur, ditayangkan balik dosa dosa aku di Padang Mahsyar.

Tapi bila sekali aku TERbayangkan.... dan dan insaf, dapat cahaya, terbuka hati nak berubah. Senang, bagi aku senang kalau nak berubah sikit demi sikit, cuba bayangkan neraka dengan syurga. Bam, boleh takut & gerun automatik. Itu bagi aku la, untuk orang lain Wallahu'Alam.

Tengok siksaan solat lambat pun dah teruk, inikan lagi tak solat langsung... *pang!* dulu waktu aku freehair, jujur aku selalu tinggal solat. Lepastu bila aku tengok sedara mara ramai pakai tudung, lepastu macam dekat facebook pulak banyak artikel keluar pasal seksaan neraka, Allahurabbi betapa takutnya aku. Sebab tu aku taknak start pakai tudung labuh pelan pelan. 

I mean, aku pakai tudung terus pakai betul betul. Aku taknak la mula mula pakai terus ikut style Yuna dengan Hana Tajima, singkat gile macam baik pakai topi lepastu amik shawl lilit leher, aku rasa dah sama. Kan... So aku amik contoh ni mostly dari Kakak dan Kak Najwa. Inspiration. Kalau boleh, aku nak jadi salah satu bidadari dalam Syurga nanti. Aku nak Rasulullah bangga...dengan umat macam aku. (selain daripada aku nak parents aku bangga dengan aku) hurm.

Sokay, aku akan bagitau seksaan seksaannya.

  • Kubur akan menghimpit serapat
  •  yang mungkin sehingga berselilisih tulang tulang dada.
  • Dinyalakan api di dalam kuburnya & api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang & malam tanpa henti.
  • Akan muncul seekor ular yang bernama 'Sujaul Aqra' dan ular itu berkata: "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensiakan siakan sembahyang Subuh."
  • Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerna meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isya' dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari kiamat.
Takut tak?

Okay, cara macam mana supaya tak lengahkan waktu solat.
  • Solat sebaik baik saja masuk waktu, dengar azan, terus amik wudhu' (bayangkan azan tu ada orang telefon, amik wudhu' untuk jawab, solat konon konon tengah berbual. Bayangkan orang marah kalau kita angkat telefon lambat 2 jam,  --sama dengan Allah marah)
  • Set jam waktu solat/alarm clock kat handphone.
  • Tampal poster poster berkaitan dosa tinggalkan solat/lambat solat kat dinding bilik supaya kita terus teringat. Kalau takde poster lukis/tulis sendiri pun takpe.
  • Hentikan aktiviti blogging, facebooking, tweeting, dan chatting & terus tunaikan solat bila dengar azan. Right on time!
  • Ingat bahwa setan tu sentiasa berusaha untuk sesatkan kita supaya manusia akan jadi orang yang terkutuk di akhirat nanti.
  • Sentiasa ingat bahawa mati itu tidak dpt diramal. Klau tak sempat solat lepas tu tetibe mati, rugi je.
  • Bayangkan seksaan Allah dalam kubur and neraka, takut, gerun. 
  • Kena terror berimaginasi.
(kebanyakan copy paste).

Now you know why im that scared to Him. 

& solat khusyuk. Pls google macam mana cara nak solat khusyuk. Jujur walaupun aku dah baca tapi agak susah untuk aku khusyuk kan solat aku. Yang aku tahu fokus. Tapi aku masih tak dapat nak khusyuk gile. Aku belum dpt nak bila ada semut gigit aku tak terasa. Aku confirm terasa. Belum sampai tahap khusyuk tersangat khusyuk lagi. Allahu, insyaAllah aku berubah amin.



PAST
PRESENT