Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





upload gambar kat facebook.
Monday, October 1, 2012 @ 3:37 AM


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum.

Malu betul kalau aku nak terus direct. Tapi lebih baik aku jujur. Bahawasanya selama ni, aku tak tahu yang upload gambar dekat facebook *walaupun tutup aurat dengan sempurna* itu berdosa. Menimbulkan fitnah dan sebagainya. Allahu, terus delete. Ingatkan gambar yang menjolok mata je berdosa.... Memang diri ini boleh ditayang buat yang halal saja. 


Big thanks to Farrah Waheeda. I knew all of this from her..twitter.


Dont forget, bagi yang ber-niqab pun tetap berdosa juga sebab mata boleh jadi fitnah. Bagi yang pakai burka, yang jarang sekali nak nampak orang pakai burka pun, tak tahu lah apa hukumnya. Wallahualam aku perlu dalamkan lagi pengetahuan bab bab ni. Betapa tak berilmunya diri ini T_T


Oh ya, kalau pakai niqab just untuk satu dinner, i mean pakai niqab saja saja, itu pun tetap salah jugak ye. Nak pakai, pakai terus. Note to self jugak ni. Bila baca semua tadi rasa macam satu tamparan hebat kena dekat pipi. Aduh! Dah lah dulu banyak gambar freehair aku tayang satu dunia. Kemudian, gambar bertudung pun ditayang juga T_T Weh seriously T_T

' Dan jangan lah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ' -Firman Allah dalam Surah Al-Nur ayat 31.

Banyak fashion menular dari luar masuk Malaysia sini & sesatkan kita sesesat sesat mungkin. Baju ketat ketat dan sebagainya menjadi satu contoh. Dan perlu aku boldkan disini adalah tudung style macam macam. Paling latest style Yuna. Dan style Hana Tajima. Tak aku nafikan, style mereka berdua sangat lah awesome dan macam MasyaAllah cantik & bergaya gila siapa yang pakai ikut gitu. Tapi itu ikut luaran. Cantik memang cantik... Tapi?

You know why.


Labuhnya tak melepasi dada. Itu style Hana Tajima tak lepas dada. Nak kata style Yuna leher pun tak lepas T_T Macam topi yang style. Rasanya nanti confirm ada hatters mana mana yang buat topi berbentuk lilitan Yuna. Takde sapa lilit macam Yuna semua pakat pakai topi gitu jer hehehe. Yes, stop all of this trend. Fashion pun kena ikut syarat. Dia ada level dia tau. Banyak lagi style lain yang ikut 4 syarat wajib bila pakai tudung, kenapa perlu ikut yang tak ikut 1 pun dalam 4 syarat tu? Ye dak? :')


Tahu tak, perempuan ni syarat nak masuk Syurga, Taat suami, berpuasa di bulan Ramadhan, jaga akhlak, pilih lah pintu syurga yang mana pun nak masuk. Tahu tak, Nabi Muhammad SAW menangis sebab penghuni neraka tergolong ramai wanita? Allahu :'(


Tahu tak Nabi Muhammad SAW sunnah baginda makan 'dessert' dulu baru makan makanan berat berat. TAPI, di belah barat mereka sesatkan kita dan katakan dessert kena makan lepas makan makanan berat dulu? Betapa mereka nak sesatkan kita... Tengok tu.


Banyak lagi aku harus perbaiki diri aku. Banyak lagi perjalanan hidup aku (InsyaAllah). Banyak lagi ilmu yang perlu aku tahu. Sejak dari dulu pulak aku tak pernah bersekolah agama maka aku tak mendalamkan sangat ilmu tentang agama ni.. Nak kata bukan semua benda basic aku tahu. Mungkin. Tapi tak semestinya aku perlu sekolah agama dulu baru aku pandai agama kan? ^_~ InsyaAllah dengan izin Allah nanti boleh la aku belajar sikit demi sedikit. 


-Boleh jadi muslimah sejati..


Dont judge me by my past. I dont live there anymore. Past aku memang teruk. Eh bukan la teruk sampai lupa aku ni Islam dulu. Takde. Cuma dulu aku freehair, bajets hots giler upload gmbar kat fb gitu gini, suka bergaduh.. Kalau aku boleh putar masa, aku tak buat semua tu.


Tp manusia berubah, kan. Sama sama kita berubah, jom~


Perlahan lahan insyaAllah.


Bila tang tang nak berubah ni lah ujian akan timpa. Kan kan? ;'D

' Setiap ujian Allah bagi pasti ada hikmah. Semakin Allah sayang kepada seseorang, semakin berat ujian yang diberi oleh-Nya. Namun, Allah yang lebih tahu tentang kita. '
Assalamualaikum. 



PAST
PRESENT