Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





.......heartless.
Thursday, November 1, 2012 @ 4:42 PM


Bismillahirrahmanirrahim, salam.

Hidup, atau dalam bahasa english, life, eh perlu ke letakkan dua bahasa sebelah menyebelah? Life is not always good.. Kita sebagai hamba, memang layak ditimpa ujian. Sebab kita, manusia, senang lupa, alpa, lalai dengan keadaan sekeliling. Dah lupa, kita dapat ujian, sujud pohon rintih mengadu merayu dekat Allah, minta pertolongan minta petunjuk minta ampun minta semua. Kemudahan. Rezeki. Ketenteraman, semua. Kita mintak macam macam.

Tapi bila senang,

pap!

entah mana nama Allah kita letak tepi.

Sebut alhamdulillah pun susah. Jarang sekali.

Paling paling pun akan sebut waktu bersin.




*Hachuuuum* "Alhamdulillah"

lepastu bersin lagi, dan lagi, ucapan alhamdulillah disebut tiga kali.

Lepastu bersin lagi, hamek kau dah geram mencarut pulak.

"Eh aku sakit hati betul lah,"

Pastu bersin lagi. The end.




Sebab utama Allah bagi ujian, supaya kita ingatkan Dia. Supaya kita tak lalai. Supaya kita beribadah dapat masuk Syurga, nanti. Sebab tu orang kata, bila Allah bagi ujian, itu tandanya Dia sayang dekat kita. Kalau Dia tak sayang, takde ujian, semua lalai, sesat, alpa, siapa masuk Syurga?

Lock nama Allah dengan nama Nabi Muhammad dalam hati tu. Bukan nama boyfriend girlfriend(s) pfth ada 's', diorang bukan kekal selamanya. Kalau dah sayang sangat kat pasangan (tak selamanya) tu, sayang mesti ' i love you with all my heart ' mana nama Allah dalam hati kalau dah ALL MY HEART... Hati bukan besar mane pun, (ceh takde kena mengena.)


Terkadang aku rasa hidup ni macam satu mimpi, satu mimpi yang aku nak sangat bangun secepat mungkin, satu mimpi, satu cerita, sebuah permainan, yang aku betul betul taknak jadi realiti. Walhal memang realiti. Apatah lagi bila sampai part part sedih, putus kawan lah, habis sekolah tukar sekolah ke kawan pindah, semuanya. Aku taknak. Aku perlu bangun.

Tapi aku tak boleh.

Ini lah realiti.

PERGHHHHHH.

Aku tahu Allah bagi ujian sebab Allah sayang. Aku redha, aku syukur. Kalau aku boleh mintak pun aku tak akan mintak Allah tarik balik ujian ni. Tak perlu. Aku kena redha je. Yang aku perlu kekuatan. Dapat ujian, rintih lah, pohon lah, Allah nak dengar. Minta kekuatan. Allah kan baik. Kita je yang tak malu dengan Dia. Mintak macam macam, doa itu ini, benda wajib tak buat. Hmmmm....

Allah takkan bagi ujian di luar kesanggupan & kemampuan hambanya. He knows best. He created us. He created everything. 

Now, say thankyou. Say alhamdulillah. Sujud. Tadah tangan. Doa yang paling baik, & effort. usaha. insyaAllah. salam.



PAST
PRESENT