Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Hm..
Sunday, November 18, 2012 @ 6:48 AM


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum.

Manusia sekarang, terlalu sellfish. Mungkin memang ambition mereka nak jual ikan namun tak kesampaian? Jadi mereka fikir 'bersikap' seperti itu pun dah boleh penuhkan cita cita? Ah sudah.. Kiamat makin dekat, pedulikan hal dunia. Fikirkan kiamat. Fikirkan bagaimana hidup kita berakhir nanti. 

Tujuan utama, saudara kita dekat Gaza sedang sengsara. Mereka sedang terseksa. Faham? Merata rata Israel lemparkan bom. Mereka pergi tinggalkan dunia begitu saja. At least doa buat diorang. Diorang saudara kita. Saudara seislam kita.

Aku baca dekat twitter, buat aku marah. Sorang tu update, "Gaza sedang menderita tp di sini menonton AIM. Gelak gembira jangan lupa rakyat yang terseksa." lebih kurang, tapi aku lupa siapa. Sama ada Rabitah, Farra Waheeda, Mastura Manap atau Hanis. Lupa sangat. Sorry.

Lepastu ada yang reply,

"Takkan nak bersedih 24/7?" 

Menaikkan darah aku je. Macam.. seriously kau cakap macam tu? Kau orang apa? Padahal dia melayu, pakai tudung lagi. Lepastu reply macam tu? Perempuan ni, macam tak ada perasaan. Perasaan simpati semua tak ada. Tak malu kat Allah ke? Ee, malah aku yang malu tengok dia reply macam tu.

Macam mana kalau kita meninggal, Malaysia kena bom, Gaza pulak tengok tv, gelak sakan. Tak peduli kat kita.. Mcam mana tu? Mesti kita sedih, marah. Saudara sendiri tak kisah kita kena bom. Macam mana kalau kita meninggal, saudara saudara kita tak kisah. Siap cakap "Sampai bila nak sedih? 24/7?"

Tolong lah, manusia, kita umat Islam. Tumbuhkan la rasa simpati dan adakan lah sikit perasaan dalam jiwa tu. Jangan stiff macam kayu boleh?

Aku bukan nak mengaku aku baik sangat macam malaikat. Macam Nabi Muhammad. Tak, aku buat salah. Bnyak kali. Even aku pun gelak dekat rumah sekali kali tapi aku tetap teringatkan Gaza tiap saat. Selalu selitkan mereka dalam doa.

Dan kalau kau taknak doakan mereka pun, jaga bahasa.

Jangan kurang ajar. Itu je.

Bukan susah. Tunjuk sikit perikemanusiaan tu. Manusia ke bukan? Binatang pun tak macam ni. ceh mana aku tau binatang tak macam ni pun aku tak tahu.

Setiap yang baik datang dari Allah dan yang buruk dari diri sendiri. DariNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali. 

Jom, tadah tangan, baca doa buat mereka.


Ya Rabbi, ampunkan aku dari segala dosa. Lindungilah mereka, penduduk bumi Gaza. Sesungguhnya Engkau Maha Mengasihani, Engkau Maha Adil. Bantulah mereka, ya Allah. Sebagaimana Engkau pernah menghantar burung burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepadaMu ya Allah... Turunkan lah bantuanMu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon/Palestin, hancurkanlah rejim zionis. Tempatkan mereka dalam SyurgaMu, Ya Illahi. Amin ya Rabb.

Kemudian baca lah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan izin Allah.


A'lam tara kayfa fa'ala rabbuka bi as-hab al-fil "A'lam ya'jal kaydahum fi tadlil Wa arsala alayhim tayran ababil "Tarmihim bi hijaratin min sijjil Fa ja'ala hum ka asfin ma'akul."

Amin, semoga Allah makbulkan doa kita =)



PAST
PRESENT