Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





november? Hi!!
Thursday, November 1, 2012 @ 3:42 AM


Bismillahirrahmanirrahim, salam.

3 jam lepas, *pap!* buat kali ke 10 tahun ni, bulan bertukar nama. Dari Januari ke Februari kemudian March, disusuli April, May, Jun, Julai, Ogos, September & Oktober. 3 jam lepas tukar lagi, ke November. Masa berlalu terlalu cepat. Hari persekolahan pun dah tak ada lagi. Goodbye PBS, akhirnya gua boleh hidup dengan aman dan tenang tanpa gangguan dari kertas kerta A4 depan mata atas satu meja kayu warna coklat, suasana kecoh cari jawapan untuk ditulis dalam kertas a4 depan mata.

Itu lah peperiksaan. Penting, katanya. Yang sangat memeningkan kepala. Yang aku tak mampu pandang lagi. Aku rasa nak buang jauh jauh kertas tu bila aku nampak dia depan mata. Tapi aku tak boleh, takkan aku nak gagal? Siapa nak perkataan gagal wujud dlm kamus hidup? Takde siapa. Cerita dia semua malas jer. Tapi takde sape nak perkataan gagal tu wujud.

Walopun aku gagal disebabkan tak buat (sikit) tp lebih baik dari aku membazir buang kertas tu kan. Huk.

I AM FREE!!!! for 2 months jer. Lepastu balik sekolah kena hadap balik kertas kertas annoying tahap dewa semua tu. Kenapalah hidup aku macam ni..... keluar ayat pasrah.

Okay, jadi sekolah dah habis. Tapi tadi tak ada pun sesi salam menyalam cikgu, mintak maaf, goodbye we meet again next year insyaAllah semoga berjaya cikgu di luar sana, mana ada. Semuanya disebabkan urusan pbs!! Ko paham tak betapa pentaksiran berasaskan sekolah ni sangat annoying dan menyusahkan hidup sampai time nak salam salam cikgu pun dah terabai!! Oh my... kenapa.. 

Tapi siapa peduli pasal salam cikgu!? Hak hak hak, im just kidding tapi sume peduli pasal kawan kawan sendiri je kan ^^,. Kalau Allah izinkan, lain kali kita jumpa lagi sahabat sahabat perjuanganku semuanya. InsyaAllah, kalau umur panjang. Tadi dah peluk peluk, lagak takkan jumpa lagi, Allah je tahu bila kita dapat jumpa lagi =) 

Aku seronok campur sedih. Seronok mesti lah, tak perlu bangun awal pagi nak kena wake up in the morning feeling like Ke$ha sangat, pastuh mandi, sarung uniform, amik duit sebanyak mungkin sumbat dalam poket, & the list goes on.... pasnih rutin harian semua tu takkan berlaku lagi selama 2 bulan berturut turut! Woooow kahkahkah.

Sedih, mesti lah jugak kan, tak dapat jumpa kawan kawan lagi dalam masa yang agak lama, kalau Allah izinkan boleh la jumpa outing ke bila bila tapi takkan la nak keluar tiap tiap Sabtu kan... Over sangat lah tu kan. Apa pun aku dah set dalam otak, nanti bila bila nak keluar nak tengok Paranormal Activity 4. Hooray (foyo)

oh ya gaisssseeeeeeeeeee, haritu aku tak sambut raya haji pun jadi nak jumpa kak naj and kak wani and balqish and kak nani dan awatif, hajatnya tak kesampaian. Belum waktunya Allah bagi. Lain kali lah, oh ya gaisssseee (ceh lagi sekali)

Nak bagitau ive made a new blog. Ciri ciri blog tu boleh la baca sendiri kat blog tu nanti, its  a place where i will share to u gaissseeee things tht i know lah kan. Lain lain baca sendiri kalau rajin ehe =) Maap la, i memang suka blog banyak banyak loool. pimpin tangan gua, keluarkan gua dari dunia kebajetan gua sekarang hah~~


http://namyyusof.blogspot.com/

Salam, =)





PAST
PRESENT